Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

5 makanan terbaik untuk kulit kita

Assalammualaikum

haa kali ini mamy come across satu artikel yang sangat menarik for me!
well umo dah masuk 3 series nih memang nak makan
yang berkhasiat dan membawak kebaikan aje..maklum lah nak kekal
keremajaan berpanjangan kui kuikui..

anyway apa saja yg bagus kita patut amik dan makan. betul tak?
untuk kita dan jua keluarga yang tercinta...

untuk itu..mari kita sama-sama usha ok!

1. Brokoli

kaya dengan vit a, c dan k. Vit A dpt membantu mengelakkan kulit muka
dari berminyak. Vit C pula merupakan anti-oksidan kuat dan Vit K pula dapat
mencegah timbulnya lebam di kulit.

kalu melihat kebaikan ini..mamy rasa kene mula beli lah..
cara yang paling mudah nak masak brokoli ni..for mamy lah
masa masak nasi tuh..buh sayur brokoli ni kat atas dan stim...

haaaa....mesti sedap kan..or else kita buat masak sos tiram..yummy
i am really fan of sayur n ulam ulaman ...

2. Teh Hijau

Tiga teko teh hijau sehari dpat menyumbang kepada antioksidan yang
secukupnya bagi tubuh anda sehingga ia terbukti mampui melawan
penuaan serta peradangan. seperti badam juga teh hijau mampu
mengurangkan risiko kanser kulit.

mamy memang peminat teh..but then selalu minum lipton.
lepas ni kene switch to teh hijau laa..lagi bagus rasanya.
rasanya lipton ada kut teh hijau nih..

3. Minyak Bunga Matahari

Menganduni omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering
dan radang kulit. Juga penting bagi pembentukan prostaglandin iaitu
hormon yang menjaga sel-sel tubuh agar berfungsi dengan baik.

hah..mana laks aku nak p cari minyak nih???? naya tul..

4. Ikan Salmon

Ikan salmon dan ikan kod contohnya kaya dengan khasiat Omega 3.
Ini penting kerana ia berfungsi memelihara kulit, melembapkan
dan dapat menghindarkan kulit dari penyakit-penyakit kulit
seperti dermatitis atopik dan rosacea. Ikan juga mengandung
Vit D yang baik untuk melindungi kulit dari penahan sinar matahari.

Wallah..mahal ooo ikan nih...
jusco jual brapa ingit tak sekeping tuh..bajet lari lalalalal

5. Badam

memakan segenggam badam setiap hari dapat meningkatkan kadar
Vit E dan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit.
Ia juga berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering.
Selain itu, ia jua melindungi kulit dari penuaan, peradangan dan kanser kulit.

Apa kata anda?
bole ke kita nak amalkan nih...mamy ler..insya-Allah bole kut..

Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, apa kata kita ramai-ramai cuba makan
ikan salmon yang dihidangkan dengan brokoli, dan siramkan
sikit dengan minyak bunga matahari...waa mesti menarik kannnn

Selamat mencuba~






/

lazy saturday

assalammualaikum

hrmmm hari ni bangun kul 7..tapi kalu nak tau
alisa maisara buat onar..dari kul 4 hingga 6 pagi..melalak
tak berhenti-henti. adoi nak susu laa, nak tukau pampers and last sekali
dia suh kita bukak lampu satu umah...dah jadi terang benderang..

jgn lupa eh..tv pun bukak jugakk..x pasal dpat tengok wanita hari ini..
tajuk perbincangan "isteri bukan kuli" jeng jeng jeng...

tak pasal-pasal juga pasal si alisa maisara..
mamy tengok motivasi pagi..hrmm...terjebak..

tepat pukul 6 pagi alisa pun terlelap selepas botol susu
ke 3 ...boleh??? kronik tul...dia pun mcm sakit leher..
sbb tersalah bantal. cian anak aku baru 2 tahun dah salah bantal.
kalah org tua heheheh...

anyway..mamy bangun siap sidai baju bla bla..
and like the story of lazy saturday..

mamy masak bubur nasi aje hahahah...amik ko
buh ayam, carrot, kangkung..jadik laaa seperiuk...

lagipun anggota dalam rumah ini batuk-batuk
so cut down minyak....

yg bestnya bubur ayam mamy laku tau.
pasti sedap (hehhe masuk bakul angkat sendiri)

begitu lah citer hari ini

sooo lazy saturday.....moh tido...yawn!

Rumah Aman

Assalammualaikum

Masih ada ke yang sudi menolong?
Itu yang terlintas di fikiran mamy apabila melihat betapa
mulianya orang yang membuka Rumah Aman ini bagi menolong
anak-anak orang susah, yang tidak beribu ayah dan tidak
mampu mendapat pendidikan sempurna.

Manakala Rumah Aman adalah satu rumah kebajikan yang hanya
berharapkan derma dari orang ramai untuk menjamin anak-anak di dalam Rumah Aman ini.

Mereka memerlukan bantuan kita untuk "survive"
kalau rakyat Malaysia boleh menderma puluh-puluh ribu atau jutaan wang ringgit 
ke masyarakat luar Malaysia..kenapa tidak kita membantu anak bangsa kita sendiri. Betul tak?

Rumah Aman

Mereka beroperasi mengunakan duit zakat dan derma dari orang ramai.
Semoga orang-orang yang telah bersedekah sebelum ini dirahmati Allah SWT.
Kasihan anak -anak ini....ada jua yang bersimpati kan...

pesal apa gambo ni terbalik nih??

Ni adalah antara barang-barang diperlukan setiap bulan oleh penghuni Rumah Aman

Milk Powder
Full Cream Milk 
Shower Gel 
Dettol
Santan Kotak 
Fabric Softtener

 so andaikata kalu kita ke carrefour, tesco or giant..or mydin
belikan dan sedekah ke Rumah Aman..ok jugak kann....*senyum*

So inilah Wakaf kita untuk Pelaburan Akhirat
Renung renungkan dan selamat beramal...
untuk maklumat lanjut sila lah layari www.rumahaman.com




sindir sindir sayang

Masa bercinta engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

Masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita 

saya suka awak~

 
masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk
aku saja

Bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?... 






Pil perancang Yasmin

Assalammualaikum

Well...sebagai seorang ibu memang laa kami kadang-kadang
mengunakan satu-satu medium untuk menjarakkan kehamilan
ada yang bersetuju secara anzal, telan pil, cucuk atau pasang IUD.







Actually, all this depends on the individual themselves..
but for mamy...mamy prefer pil..
So tengah-tengah mencari pil yang sesuai, tidak sangat memudaratkan or
membawa sikit sebanyak kebaikan jua pada si pemakannya....

Pil Yasmin....keluaran BAYER …
21 tablet...warna kuning kecik-kecik, siap ngan hari nya
kalu di belakang kotak nya tertulis

1 tablet contains
Drospirenone 3.000mg
Ethinylestradiol 0.030mg
Store beloc 30C


So mamy pun buat research pasal pil nih..memang mamy takde masalah ngan
pil yang selama ni mamy makan. Cuma nak tengok kalu-kalu ada produk yang better aje.
Mamy dah makan pil yasmin ni about 5 months..and hasil nya sangat ok

So mamy pergila tanya “pakcik goggle”
ini diantara jawapan yang boleh diambil kira lah...

Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.
Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.

Tapi mamy masih belum dapat lagi kebaikan makan pil yasmin thats mean
sama aje kan ngan pil yang lain-lain di pasaran hrmm...

jom kita tanya “pakcik goggle” lagi

Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat.


Setakat ini, macam ok aje..
so mamy akan continue saja lah makan pil nih
heheheh....anak mamy alisa pun dah 2 tahun..masih belum bersedia
nak tambah anak lagi ler...

jadinya...mamy happy ngan 2 kids growing up yang ada nih..

Chaiyok~

Darlie's My Perfect White Gift Contest

Assalammualaikum

Hari ini mamy nak kongsi satu contest yang kita boleh join beramai-ramai
So kita boleh tengok step by step lah mcm mana nak masuk peraduan ini 
dan insyaallah memenangi salah satu hadiah..





Caranya mudah dan senang sangat..hanya perlu beli 160g Darlie produk 
tak kesah laa variant apa pun...then resit tu nanti ada tulis kan..1, 2, 3, 4 atau 5 kuantiti yang kita beli.

Sebab nak lock hadiah tuh ...kena upload resit tu nanti...
so tangkap gambo..n upload..

Nanti anda diminta untuk log in tru ur facebook account tau..
so ikut aje langkah-langkah yang diminta nanti..

Selamat berjaya kepada anda dan juga saya

Chaiyok~