Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Bergambar di pagi Syawal 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ni giliran kolin beraya di PJ, rumah mama kolin. Memang setiap tahun kami bergilir raya di Kedah atau di PJ. So ini lah gambar yang ada pada pagi Syawal 2017. Yang beraya dengan mama tahun ini 2 keluarga lah. Keluarga kolin dan adik kolin awen, itu pun pagi suami awen ada kerja. So ini lah gambar keluarga kami. Kolin dan keluarga yang memilih warna kuning sedondon tahun ini dan ikut trend la kebaya pendek hihihi. Biasalah anak bujang kolin memang ada saja gaya yang tak kena kalau ajak bergambar. Menjadi yang mak dah biasa ni lantak lah eh anak oiii..Janji mamy ada kenangan bergambar raya hahahahah




Inilah gambar posing-posing kami sekeluarga. Tak sabar tunggu 22 Julai nanti nak tangkap gambar kat CVS White Studio yang lawa-lawa tu. Kalau korang nak jugak boleh lah terjah IG mereka. Kalau nak tahu slot mereka sentiasa penuh saja tau. Kena cepat-cepat call dan buat tempahan. Haa ini gambar biasa-biasa tau tunggu yang luar biasa heheh. Nak tahu lanjut buka link ini ok

http://alialisakreatif.blogspot.my/2017/06/photoshoot-raya-murah-dan-best-di-white.html


Syawal pagi kami di PJ dan makan tengahari di Seremban. Beraya lah kami di Taman Desa Rhu, Seremban. Meriah lah dapat makan kari kambing menu wajid hari raya kat rumah sedara mara. Dah selesai beraya petang pun balik PJ dan esoknya raya kedua kolin terus balik Yan, Kedah kampung sebelah suami. 

Tahun ini raya sederhana sahaja. Beringat dan menyimpan untuk masa depan katanya hahahha. So Selamat Hari Raya Aidilfitri korang dan kolin nak mohon maaf zahir batin dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau pernah  menyakiti hati korang sebelum ini ye. Semoga kita diberikan peluang berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. 

Love, 

Kolin Zainal 

Review: Simplysiti Argan Wonder Colours Lipstick

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah gincu raya kolin hihi. Ini pun beli masa Simply Siti buat warehouse sale kat PKNS Shah Alam. Buat kali ini saja kolin pilih warna yang agak gelap dan arah ungu sedikit. Selalu kolin ambil warna pink, warna tak terang atau warna coklat yang lebih kepada earth color lah. Tapi saja ambil kelainan kali ini kolin memilih warna Blue Rose WL08. 


Cantik kan color dia...tak terang sangat tapi memang warna terbaru dalam koleksi kolin lah. Terus terang kolin jarang beli jenama ini, tapi hari tu ada warehouse sale tu beli lah satu. Teksturnya sangat bagus, tak berkeping-keping dan tak cepat kering. Warna pula lama tahan, lepas makan dan minum elok aje warna nya. Melainkan kita lap dengan tisu lah. Tapi kalau ke open house jamuan makan-makan tu warna memang elok. Yang kolin suka bau pun tak de, so macam tak terasa pakai gincu pun. Harga masa tu lupa pulak kolin, tapi murah aje rasanya yang ini. Mungkin nak clear stok kan. 
Masa ini dah tudung pun lebih kurang warna sama hahaha. Tapi memang nampak tak berkilat pun tak melampau. Warna elok aje, bibir lepas pakai pun tak mudah rasa kering atau 'cakeky'. Tu yang suka tu. Jenama yang bakal menjadi pilihan kolin kalau nak beli gincu baru nanti. 


Haa ini jarak lebih dekat gambar kolin tenyeh lipstick raya haa. Lawa kan..so nanti sesapa yang ada buat open house, jangan lupa ajak kolin ye. Lipstick raya panjang lagi ni hahhaha. Sesiapa yang nak try out this pergi cepat-cepat kat memana farmasi atau shopping mall ok. Try sendiri dan jangan lupa beli. Memang berbaloi sebab kualiti tu best ! Patutlah ramai suka Simply Siti ni.





Kita ada gincu raya,

Kolin Zainal 

MBSA Open House Di Stadium Shah Alam

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini lah open house pertama untuk tahun ini yang kolin pergi. Lagipun MBSA memang jemput orang awam pun, so kalau korang nak pergi tahun depan Insya Allah boleh lah join. Kolin sebenarnya setiap tahun tak pernah missed pergi open house MBSA. Sebab macam-macam makanan dan paling penting dapat jumpa kawan-kawan !! Itu sebab lah suka pergi open house MBSA, masa ini lah nak jumpa kawan-kawan di Jabatan lain.



Tengok lah siapa yang yang datang. Ustaz Nogori pun ada, nak tahu tak..masa kolin lalu depan ni dan ambil gambar tu siap gelak-gelak. Sebab kolin teringat ceramah dia yang kelakar tu. Tapi nak bergambar bersama den segan. Penyudahnya kolin snap aje lah gambar mereka beramai-ramai ini. Tinggi jugak ustaz ni rupanya.

Menteri Besar Selangor pun datang juga. Memang meriah tau, korang tahun depan jangan lupa join kalau MBSA buat jemputan orang ramai lagi. Cuma tahun ini pilihan makanan limited lah sikit dan tak banyak. Sebab ada yang makanan habis sebelum pukul 2.00 petang. Mungkin juga yang serbu ramai kan. Tahun lepas ada Jamal Abdillah, tapi tahun ini kolin tak pasti ada artis ke tidak hari tu. Sebab kolin sibuk pergi beratur sedap hahahah. Satay Famili yang memang terkenal kat klang tu ada weii..beratur lah 2 kali uolss 



 Memang ramai sangat, ada ayam golek, ada buah-buahan, roti jala, mee kari, nasi impit dan pelbagai jenis pilihan air yang ada kat sini. Tapi yang penting kemeriahan beraya kat Stadium Shah Alam memang best. Kalau boleh tahun depan MBSA buatlah besar-besaran lagi tau !! Seronok



Inilah kemeriahan yang kolin nak berkongsi dengan korang tahun ini. Tahun depan ada rezeki kita pergi lagi rumah terbuka aidilfitri MBSA ye. Terima kasih MBSA...


Love, 

Kolin Zainal

Happy Birthday Cik Puan Suzie !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Nak tahu tak, rasa berdosa sangat sebab kolin terlepas sambut hari lahir kawan se-opis kolin iaitu cik puan suzie. Terlupa betul birthday dia jatuh pada 3 Julai setiap tahun. Lagi best kolin siap suruh dia teman pergi beli hanger lah, alas kaki lah, pergi bayar bil telefon lah. Tak sensitif giler orang punya birthday kut!! Tak wish ok !! Memang rasa berdosa dan bersalah giler. 

Aku minta maaf sangat suzie oii. Faktor usia membuatkan aku terlupa (ayat cover line) hihihi. Tapi demi menebus kesalahan dan perasaan bersalah nak mampos aku ni, kolin belanja laa makan heheheh. Tau lah kat Shah Alam ini yang dekat ada kedai tu aje. So kita bawak dia makan Kenny Rogers hihih. Semoga suzie terus bahagia, sukses, kaya dan dilindungi Yang Esa selalu !!

Have a blast Suziealaliza !!!!


Suzie yang pakai tudung cekelat tu hihih..
So itu lah birthday girl kita bagi bulan ini.. !!! Terima kasih sebab sudi melayan kolin yang tergedik dan senget kekadang ini hahaha...

Happy birthday again and again suzi !!!!!!


Love,

Kolin Zainal

Telur Masak Kicap tersedap uoolsss

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Menu kalau dah lapar memang nak simple aje kan. Korang tau tak sepanjang bulan puasa hari tu disebabkan hari-hari jem nak balik berbuka memang kolin tak masak. Tu tak ada lah update resipi berbuka. Tapi lepas dah berpuasa ni, mood masak datang balik. Tapi macam biasa kolin memang masak simple aje. Nasib baik juga lah anak-anak dan en. suami suka kan. So kali ni kolin nak kongsi cara kolin masak telur masak kicap tersedap hihihi


 Mula-mula panaskan minyak dan masak telur goreng dahulu ok. Macam kolin buat 3 biji telur sahaja (diet kunun memalam). So dah goreng 3 biji telur. Angkat dan letak semua dalam pinggan. Minyak yang sama dalam kuali tu kolin tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Dah garing sikit, masukkan kicap tiram kimball, kicap tamin dan jua sedikit black pepper. Tumis sekejap kolin masukkan air dan asam keping. Kalau korang nak tukar masuk air asam jawa pun boleh jugak. Cuma saja kolin pakai air dan asam keping. Biarkan seketika sehingga semua cukup rasa korang tuang aje kuah tu terus dalam pinggan yang ada telur tu. Dah pun siap, nak masak sekejap aje wei.

Nak tambah selera, kolin pun goreng lah ikan ni. Goreng kena garing-garing dan jangan lupa goreng sekali cili kering. So cili tu kan ranggup. Yang nak pedas boleh lah makan cili tu bersama nasi. Haaa...berselera ke tidak?


 Nampak tak garing tu, kena garing tau goreng. Dah pun siap dua jenis lauk malam tadi. Kan senang makan aje kat rumah, kos pun tak sampai RM10 tau. Makan bertiga atau berempat pun boleh. Masak aje lah simple macam ini. Janji nasi 3 pot abis ye idak hahaha. So ini lah menu kolin semalam. Buat yang nak berbuka puasa enam nak menu mudah boleh lah try menu kolin ni. 


Inilah dia dua lauk simple dan bajet dari kolin. Tunggu lain entri ya, kita share resipi lagi heheheheh

Love, 

Kolin Zainal

Mood ke laut

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ya ampun !! Memang merundum dah blog ahahhaha. Bulan puasa yang lalu memang kolin langsung tak de mood nak update apa pun. Pergi event pun jarang-jarang, kesudahannya blog ini pun dah bersarang labah-labah. Tapi Alhamdulillah ada juga yang sudi baca blog kolin. Setakat sehari 1k orang buka dan baca, boleh lah kan daripada tak ada langsung. 

Tapi jangan risau, lepas ini memang kolin akan update hari-hari. Korang jangan lah lupa singgah blog kolin tau. Terima kasih banyak-banyak kepada semua readers yang selama ini menyokong. Cewaah ko kolin, perasan nak mampus hahahhahah

So inilah entri pertama bulan Julai 2017. Semoga kesedihan yang ada terus berlalu pergi dan kolin bersemangat untuk berblog kembali. Memang orang cakap senang aje nak jadi blogger. Tapi kalau tak rajin, tak maintain, tak buat kerja memang tak ke mana lah. Tu kalau tengok blogger otai ni memang rajin update hari-hari. Suka berkongsi apa saja kisah yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain. 

So semangat Julai 2017, mulai hari ini kolin akan rajin dan buat kerja baik-baik. So korang semua !!! Terima kasih membaca 👄

Love

Kolin Zainal