Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Shopping online dengan Ensogo Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 Kolin adalah kaki shopping online! Dari kiri ke kanan kebanyakkan online. Lagilah kalau barangan elektrik, gadget, elektronik dan juga perabot. Baju, kasut, tudung, aksesori tak usah cakap lah memang online dari dulu lagi  Memang pantang masuk 'ka-ching, ka-ching' setiap 25 haribulan tu kolin dah terpacak depan PC bershopping online.

Kali ini kolin nak share satu lagi rangkaian online shopping yang boleh korang try. Iaitu Ensogo

Ha mesti korang teruja kan hahahah..Memang wei..macam-macam barang ada di jual tau di online shopping Ensogo Malaysia. Kolin tak pernah try membeli belah lagi kat sini. Tapi gaji 25 Februari nanti, barang yang kolin akan consider untuk beli yang pertama yang ini

1. Seagate 2TB 

Dah lama aim tau yang ini..murah sangat 2TB hanya RM349 dari RM449
Nak membeli senang sangat, customer review pun ada. Jangan risau ok.


2. Philips Elektric Pressure Cooker

Yang ini adalah idaman kolin semenjak dahulu kala. Maklumlah kadang-kadang terasa diri ini chef yang suka memasak macam-macam. Yang bestnya kalau dapat beli ini boleh buat sup tulang yang sedap giler la kan. Memang berbaloi dengan harga RM499 tu. Nak beli senang aje...klik sana, klik sini sampai sudah.


3.  Casio Baby - G Neon Yellow

Kolin dan kuning berpisah tiada. Apa sahaja yang datang dalam warna kuning memang menarik perhatian kolin. Lagi pulak masa browse Ensogo tenampak pulak Baby G kuning!!!
Rasanya sebelum raya boleh beli dah ni huhuhu...lawanyaaa ko jam oii


4.  Prada Vela Nylon Shoulder Bag

Barang Luxury pun ada korang. Silap haribulan masa layari Ensogo boleh dapat diskaun. Mana tahu kan, shopping online ini misteri, Nasib kita baik memang dapat murah-murah sahaja barang tau.
Yang ini memang menjadi idaman kalbu dari dulu lagi. Hopefully tahun ini boleh dapat satu hahah
Ensogo ada banyak lagi jenama korang, jangan malu-malu nak tengok dahulu. Boleh menabung dan beli satu nanti buat raya bulan Jun nanti kan.


5.Ubat gigi Colgate

Kenapa kolin share yang ini. Sebabnya buat surirumah atau ibu yang dalam berpantang tu, mereka kadang-kadang ada sekatan untuk keluar rumah. Dengan kemudahan internet dan Ensogo ini barangan keperluan harian mereka boleh dibeli secara online sahaja. 

Tak perlu keluar berpanas, berhujan dan jalan sesak lagi dah. Senang kan. Siapa sangka Ensogo ada semua kemudahan ini untuk memudahkan semua ibu-ibu yang sibuk. Macam kolin juga, kadang-kadang tak sempat nak pergi beli. Sekarang order saja lah ..beli shampoo rambut pun online sudah.

Senang dan ringkas. Semua sekarang ada handphone kan..order aje terus wei.


Perkara yang dulu mustahil sekarang semua dah senang. Nak beli perabot yang lawa dengan harga berpatutan pun boleh di Ensogo Malaysia. Dah bertambahkan senarai laman web yang boleh korang shopping. Jangan lupa layari Ensogo untuk lebih barangan yang boleh pilih.

Love, 

Kolin Zainal

Acara dari PEKA, Save Our Rainforest 2016’ – Pokok Adalah Masa Depan Kita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Atas kejayaan dan keberkesanan program Save OurRainforest Race (SORR) sejak tahun 2013 hingga 2015, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA Malaysia ), sebuah NGO yang memperjuangkan isu-isu berkaitan khazanah alam termasuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan Hujan Tropika di Malaysia akan meneruskan kesinambungan program tahunan mereka iaitu  
Save Our Rainforest 2016(SORR2016). Pada kali ini, SORR 2016 akan membawa tema yang berbeza dari tahun-tahun yang lepas iaitu Pokok Adalah Masa Depan Kita. 



  Ia akan diadakan pada 26 Mac 2016 bertempat di Pusat Pelancongan Pendidikan Eco-Edutourism, Hutan Simpan Sungai Menyala,Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bermula jam 7.30 pagi dan dijangka berakhir 2.30 petang.
Sebagai simbolik menyelamatkan hutan di negara ini yang semakin berkurangan, peserta-peserta SORR2016 akan berlumbasejauh 16km untuk menanam pokok-pokok hutan di kawasan yang ditetapkan.  
Sepanjang laluan perlumbaan, peserta-peserta akan melalui beberapa cabaran termasuk menyelesaikan
permainan yang menarik dan relevan sesuai dengan visi SORR 2016 pada kali ini. Seperti
program SORR yang lalu, visi dan objektif SORR 2016 adalah bertujuan meningkatkan
kesedaran mengenai kepentingan hutan Hujan Tropika di negara ini dan mendidik peserta dan
masyarakat untuk turut sama menjaga alam sekitar secara mampan untuk generasi kini dan
akan datang. 
  Selain itu, program SORR 2016 ini turut berhasrat mengumpul dana untuk
kempen kesedaran dan program pendidikan PEKA pada masa akan datang.

SORR 2016 menyasarkan penanaman sebanyak 4,000 batang pokok hutan yang terdiri dari
pelbagai spesis dengan penyertaan sekurang-kurangnya 2000 orang peserta yang terdiri dari
pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta khususnya pelajar-pelajar, syarikat korporat,
individu dan sebagainya. Setiap peserta yang disertai oleh 2 orang bagi setiap kumpulan akan
berpeluang mendekati dan memahami khazanah alam dan cara-cara penanaman pokok yang
betul. PEKA Malaysia juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk bersama-sama
menaja atau membantu dari aspek kewangan atau barangan untuk menjayakan SORR 2016
bagi tahun ini.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai SORR2016, mereka boleh mendaftar melalui
facebook dan website PEKA yang telah dibuka untuk orangramai mendaftar dengan yuran
penyertaan sebanyak RM80.00 seorang (RM160.00 per kumpulan).  
Seperti program SORRsebelum ini, yuran penyertaan ini termasuklah pek perlumbaan (Race kit) yang terdiri dari satuset anak pokok, sarapan pagi, makan tengahari, t-shirt rasmi SORR2016 dan ‘doorgift
SORR2016’. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada XX Mac 2016 dan peserta-
peserta yang berminat digalakkan mendaftar segera dan tidak menunggu di saat-saat akhir.
Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat dan pendaftaran SORR 2016, orang ramai boleh
melayari www.pekamalaysia.org atau mengikuti berkaitan PEKA dan SORR2016 di
http:/facebook.com/pekamalaysia atau hubungi Susee (6016 20102014),
Arizal Rahman (601112249782) atau Izwan (6017 9321899).
Love, 
Kolin Zainal

Atasi Jerawat dengan Acne Balm dari Sendayu Tinggi

assalammualaikum dan salam sejahtera


Ini lah rahsia kolin untuk hilangkan jerawat yang sentiasa naik kat muka ini. 
Hampir dua bulan penggunaan produk ini memang sangat berpuas hati.

Kolin sensitif sangat, cepat naik jerawat. Kadang-kala jerawat besar bernanah dan ada juga jerawat yang naik tu besar tak ada mata. Jangan cakaplah muka dah rupa jalan tar tau..bukan jalan tunku abdul rahman tempat korang shopping tudung tu. Ini memang berlopak sangat.

Akhirnya selepas terpedaya dengan IG Sendayu Tinggi yang kolin follow tu, kolin decided nak beli yang ini.


Dah pakai hampir 2 bulan tau, pakai sikit-sikit sahaja, tempat yang naik jerawat tu.
Yang best Acne Balm ini bertindak menyembuhkan jerawat dan juga concealer (penyamar noda)
Maknanya yang ada parut-parut hitam tu kolin sapu. Jerawat pun kolin sapu juga.

Berangin lah sedikit krim ini. Tapi sapu hari ini ...esok Insya Allah surut.


Punya lah rajin calit sana sini..tengok dah tinggal banyak ini aje tau.
Tunggu lah payment dari blogging masuk nanti nak beli yang baru...
Boleh gitu...

Nak pakai..sapu macam ini sahaja...


Haa nampak tak macam mana dia cover parut hitam muka kolin.
Disebabkan tangan aku selalu gatal picit-picit habis tinggal kesan.
Malangnya krim ini tidak membantu mengurangkan parut. Dia hanya
tolong sembuh dan menyamarkan kesan parut jerawat secara sementara.

Tapi cukup elok bagi kolin sebab terlalu kerap naik jerawat, mungkin masalah dalaman kut. 
So sesiapa yang ada masalah boleh try. Ini review dari kolin sendiri...bukan promo Sendayu Tinggi tau.

Dah sapu krim di tempat yang sepatutnya, sapu pula CC Cream dari Pure Beauty.
Dan calit sikit lipgloss dan eyeliner.


Siap!!!...Janji muka berseri dan manis di pandang..
Senang kan..ini solekan ringkas bila nak balik selepas solat. 
Nak nampak presentable tak perlu mekap memahal pun. Janji ada sedikit protection cream kat muka 
itu sudah mencukupi.

Makin naik usia kita..makin perlu kita lebih sikit jaga.
Tak akan lah korang nak nampak tua sebelum usia kan...
Jangan ingat kalau kita bermekap aje nampak macam opera cina
.kita mekap untuk nampak Presentable bak kata orang putih tu. 

Jadi kepada kawan-kawan lelaki atau wanita yang mempunyai masalah jerawat sesuka hati 
tumbuh macam kolin. Cubalah !!! Serius jerawat tak singgah selalu macam dulu tau..

Love,

Kolin Zainal



Bersuka ria di Kota Kinabalu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tajuk blog seronok tak hahahah...ini sedikit perkongsian dari kolin untuk sesiapa yang akan pergi ke sana buat pertama kali ye...semoga bermanfaat bagi korang.

Kalau nak bercuti tapi bersantai sahaja di bandar kota kinabalu pun dah cukup best.
Manalah tahu yang korang tak ada masa nak ke pulau atau ke tempat menarik seperti Kundasang kan.
Kolin nak share percutian singkat kolin ke Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun singkat
tapi tetap ohsem dengan makanan dan tempat shopping yang boleh dibawa ke tengah.
Jom tengok aktiviti kolin sekitar bandar KK. Murah, simple dan mudah!

1. Jangan lupa try Murtabak Goreng yang dijual gerai-gerai tepi laut ini.
Ini terpulang juga kepada korang kalau tak cerewet. Kolin bab makan, gerai
tepi jalan boleh sahaja. Harga murah RM2.50 dan kenyang.



2. Sabah memang terkenal dengan hidangan kepak ayam bakar cicah kicap.
Rugi kalau tak cuba ! RM15 untuk 10 ketul ayam yang besar, siap mereka gunting ke dua bahagian.
Jadinya 20 pcs ayam kami kena makan..uwaaaa
Tapi memang sedap!!! kalau datang sini tak cuba memang rugi.
Sebab chicken wing mereka sedap sangat.



3. Makanan laut yang segar!!
Korang boleh pilih lauk yang dah siap bakar ini untuk mereka panaskan.
Atau pilih sahaja yang mentah dan minta mereka masakkan. Boleh saja.
Harga jangan lupa tawar menawar. Sesilap 2 ekor lobster besar jatuh RM90 sahaja
boleh lah makan 3-4 orang nak merasa katanya.

Tapi berhati-hati juga lah, ada yang terkena yang sudah berulat dan busuk.
Tapi kami bernasib baik dapat yang elok sahaja. Pilih saja peniaga yang ramah, nampak baik
dan juga tak boleh pilih dulu mana satu yang korang nak.



Geram kan tengok semua makanan ini, kolin pun naik rindu pulak nak makan. Ada yang pergi tempah tiket pergi lagi sekali karang. Memang kalau Sabah ni tak makan seafood rugi. Kena makan ok!

4. Boleh beli makanan kering bawak balik
Ada ikan bilis, udang kering, abalon kering, ikan keropok dan pelbagai hasil laut yang boleh kita bawa balik sebagai buah tangan. Memang tak dinafikan sedap sangat. Berhabis RM200-300 di sini adalah perkara biasa. Tapi memang segar, dah dua kali datang Kota Kinabalu ini lah yang kolin cari dahulu. Siap-siap susun dalam beg nak balik sebab takut over spending kan.



Haa nampak tak dah berkotak kat situ. Tapi ada nasihat sikit, masa membeli pastikan korang kira sekali setiap yang mereka jual. Kolin hampir terkena tipu RM100, sebab masa dah kira dan packing kolin dengar dia cakap RM300. Kawan-kawan kolin pun dengar, nasib baik ada Suzi yang kira balik..padahal RM190 sahaja ok!. Dia pulang balik RM100 kolin dan masukkan lagi satu paket ikan keropok untuk genapkan RM200. Macam-macam hal tau..dia selamba masuk RM300 tu dalam poket tanpa rasa bersalah tau.

Harap berniaga yang jujur payah kut sekarang ini. Memang masa tu dah rasa berlain sangat perasaan. Iye lah tak sangka pulak dia boleh buat dunno sahaja. Nasib baik ada Suzi, kalau tak memang kolin over bajet tau.

5. Shopping aksesori di Pasar Kraftangan atau dikenali Pasar Philipine


Semua ada kat sini, kalau nak broch, jarum tudung, mutiara, subang, butang baju melayu yang kristal bersinar-sinar tu semua ada. Pendek kata abah dan mak aje tak dijual di sini.

Siapkan duit sahajalah ye. Tips kat sini, tawar menawar sehingga separuh barang yang mereka jual ok. Nasihat kolin, tunggu malam..berjalan lah sekitar KK tu. Pergi pasar malam mereka, kalau larat berjalan jauh sedikit pergi Pasar Malam Kg. Air tu. Ada maybank kat situ boleh cucuk duit hihi

Sebab apa pergi pasar malam? Sebab lagi murah..murah sangat-sangat.
Benda yang sama di jual di pasar kraftangan ini lagi murah di pasar malam kg. air.
Tak percaya pergilah jengah, mesti korang geleng kepala kenapa pergi beli dulu kat pasar kraftangan tu.

Dah sampai 5 ni kan..panjang sangat pulak blogpost kali ini kang orang malas baca hahaha
Banyak lagi aktiviti shopping dan tempat menarik nak share..
kolin buat part 2 ok.

Taip panjang-panjang pun bukan ada yang nak baca pun ..

Love,

Kolin Zainal



Nak bunga!! Tak nak pasu!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin adalah peminat bunga..terutama bunga Casablanca. Tu kalau imbau kembali zaman bernikah 2004, 
12 tahun yang lalu tu bilik pengantin memang bersusun bunga ini.
 Suka sebab warna dan bau yang memang menawan hati kolin.

Nak dijadikan cerita, kolin dah lama request bunga dari hubby, asyik lah tak dapat.
Ada sahaja alasan dari lelaki melayu ini. Antara alasan lelaki melayu ini

1. Buat apa nak bunga bukan boleh  makan
2. Mahal tau bunga tu, baik papa belikan mami tudung mahal
3. Malu lah karang nak beli orang tengok

Wahai kaum suami...bini ko suka bunga lerrr..
belikan sahaja laa..beli jiwa..boleh?? nak aje cakap gitu kat papa hahahha

Akan tetapi....di suatu pagi yang indah itu, hubby kolin cakap..

"mami..papa ada beli bunga mami"..dengan nada ceria ok
Aku pun sengih lah..dah rupa apa kan. Sebab happy dapat bunga!!

Sekali ini dia bunga ko...!!!



"ini bunga berpasu papa" jawab aku..
rasa nak hentak kaki nangis masa tu gak...orang nak letak dalam pasu cantik lerr...
sekali pasu coklat ni yang dia bagi....
sedih kome...sekali bunga ada pasu kena siram ayorr ...adeii...

Tapi Alhamdulilah, pokok yang disiram dengan air hampir seminggu tu membuahkan hasil. Dah kembang, punya lah wangi. Memang happy sangat!! Warna pun cantik...Terima kasih papa!!!


Inilah bunga Casablanca kegemaran kolin yang selalu kolin request.
Boleh kut kalau siram air banyak-banyak pokok ini berbunga lagi kan.

Tapi kalau tak hidup..papa...belikan mami BUNGA !!!
tak mau bunga camni ok..

#mamisentap

Love,

Kolin Zainal


Pilihan di tangan kita

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang ibu memang setiap kali balik rumah, fikir nak jamu apa kat family malam ini. 
Kolin pun pening juga kekadang nak fikir menu. Dah la sampai rumah pun dekat maghrib nak masak lagi. Memang kadang kala penat sangat rasa badan. 

Menjadi wanita yang bekerja, selalunya senang untuk kita bungkus atau makan sahaja di luar. Memikirkan makan kat luar lagi mudah dan ringkas kan. Tak perlu mengemas, tak perlu nak bersusah payah basuh pinggan mangkuk. Makan sahaja di kedai mana-mana. Kenyang dah boleh balik untuk rutin seterusnya. 

Akan tetapi kadang-kadang kolin masak yang simple sahaja untuk keluarga kolin. Anak selalu bertanya,
"lauk ini sahaja ke mami?"...selalu kolin balas...bersyukurlah...sebab orang susah makan nasi dengan garam, kalau kat Syria yang video mami tunjuk hari tu, orang tu makan rumput sahaja. 

lama-kelamaan anak-anak kolin dah kurang bertanya. Dan apa yang kolin hidangkan untuk makan malam, mereka makan sahaja dengan gembira. Ye lah, kolin kadang-kadang pergi job review restoran, semua makan yang di hidangkan mewah-mewah belaka. Tak akan lah nak share bila kita makan mewah sahaja kan. Hakikatnya ini lah lauk makan malam kolin malam tadi, Alhamdulilah habis 2 pot nasi family kolin makan. 


Ikan yang agak besar seekor di goreng garing, sambal kosong dan ulam tomato. Senangnya sebab siapa yang nak  pedas ambil sambal, kalau tidak boleh makan ikan goreng sahaja. Maklumlah anak perempuan kolin memang susah sikit nak makan yang pedas. 

Pilihan di tangan kita!
Nak berjimat boleh, nak bagi anak-anak dan suami makan hasil air tangan kita boleh.
Memang ada yang cakap barang mahal sekarang, kalau pergi kedai beli barang dan mencecah RM20. Kalau makan kat kedai RM20 dah siap air. Tak perlu susah payah. 

Percaya atau tidak, semalam makan malam kolin tak sampai RM10 dan cukup kenyang untuk 4 orang makan. Bersederhana dan berjimat rasa kolin tak salah. Bukan kata kolin sentiasa makan begini, ada kala makan juga di restoran dan belanja mewah. Hidup ini terlalu singkat kan...semua mesti nak rasa.

Semalam kolin cuma goreng ikan pekasam dan sup sayur sahaja. 
Elok dan cukup sahaja, yang penting kemahuan kita. Nak bermewah selalu boleh sahaja, tak salah pun...terpulang kepada hak individu. Cuma pada kolin lauk yang simple dengan nasi panas tu lagi sedap!!!
Lagi pulak makan dengan yang tercinta kan.

Kepada yang merungut, belanja dapur dah banyak, dah mahal. Pilihan di tangan kita, di samping berjimat cermat kita pun boleh didik anak mengenang orang yang lebih susah. Kalau pergi rumah orang mereka tak akan merungut sebab dah biasa makan apa yang ada.


Inilah dunia kecil kolin...semua gembira dan enjoy!!
Semoga korang pun happy selalu...

Pilihan di tangan anda!!!

Love, 

Kolin Zainal