Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BUMBU BABAH, PLAZA SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang semua

Kali ini rezeki kolin dapat juga rasa hidangan dari Bumbu Babah yang dimiliki oleh Ajak Shiro. Sebenarnya tak tahu pembukaan Bumbu Babah di Plaza Shah Alam. Kebetulan kawan ajak lunch dan tengok ada kan, kita cuba lah. 


Set dia banyak dan korang boleh pilih. Nasi padang yang banyak lauk-lauk tu. 

GLAM BEAUTIQUE, PREMIER BEAUTY DEPARTMENT IN SELECTED AEON OUTLETS

Assalammualaikum semua

Hujung minggu yang lalu kolin dapat bersama-sama dalam Art of Beauty Workshop powered by Shiseido di Aeon Retail, Midvalley Megamall. 

Kalau korang nak tahu Glam Beautique, AEON Retail menampilkan pelbagai brand untuk korang semua. Reka design dan pekerja yang mesra pelanggan untuk kita semua kalau nak beli skincare, make up, hair care, perfume dan pelbagai lagi. 

Bengkel yang berlangsung dari jam 2 petang sehingga 5 petang ini meriah dan seronok sangat. Pelbagai ilmu baru dipelajari, terima kasih Mr. Alan, Education Manager Shiseido.

TASTE OF MEDAN, CENTRAL MARKET KL

 Assalammualaikum korang

Buat pengemar masakan Medan, Indonesia korang jangan risau sebab kat belakang Central Market, KL ada TASTE OF MEDAN yang memang menyajikan makan asli Medan untuk korang semua.

Untuk ke Taste of Medan, korang pergi ke Central Market. Terus sampai ke belakang tu tempat painting banyak tu dan terus ke sebelah kiri. Restoran tu tepi sungai gombak tu.
 
Kolin lupa nak snap resit pulak. Tapi tak silap dia jual set. Nasi + air terus. Harga dia agak tinggi, tapi terus terang cakap...SEDAP!

SALAM AIDILADHA

 Assalammualaikum semua

Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga semua pengorbanan kita diterima Allah SWT. 

Ni kenangan kolin sewaktu berpeluang menunaikan haji tahun lepas 2024. Dalam umur awal 40-an tak pernah kolin menduga rezeki tunai haji datang seawal ini. Ini salah satu jamrat yang kita melontar masa menunaikan haji. Ramai masa ini, mungkin gambar ini tak nampak seluruh tempat kan. Tapi dari khemah Mina nak ke Jamrat ini, kolin berjalan 10km pergi dan balik. Dan masa tu selipar bata tu lah yang paling selesa tau! Alhamdulillah

DOA - DOA HARI ARAFAH

Assalammualaikum semua

Macam tak sangka tahun 2024 yang lalu kolin berada di Arafah. Tahun ini kita tunggu lagi, sebab hari ini lah semua doa dimakbulkan. Tapi tahun ini kolin kat Malaysia :)

Korang jangan kedekut meminta dengan Tuhan tau. Hari esok, hari Arafah di Malaysia. Susun semua doa dalam kertas, nota telefon atau apa sahaja. Minta sungguh-sungguh semoga kita semua mendapat manfaat. 

Ini antara doa yang boleh korang bacakan tau. 3 jam sahaja masa korang perlukan untuk doa, tak lama pun. 


KEDAI KOPI KL - NASI LEMAK KAMBING GOLEK

Assalammualaikum korang semua,

Korang pernah makan kat sini tak? Hari tu kolin pergi area Ampang dan nampak kedai ini. Macam ramai orang, rupanya kedai sebelah jual roti naan tu yang ramai. Tapi tak pe jom kita try tempat makan baru, KEDAI KOPI KL yang terkenal dengan Nasi Lemak Kambing Golek.

 

Di bahagian luar ada buskers, memang suara pun sedap sebenarnya. Tapi disebabkan cuaca yang bahang kami duduk di bahagian dalam.

Kalau korang nak tahu dekorasi dalam kedai ini banyak sangat barang antik. Ini antara yang menangkap perhatian kolin sebab arwah abah kolin orang Batu Pahat.