Sesi persekolahan dan Ramadan tiba pada waktu sama
tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?
Ibu bapa, khasnya si emak, mempercayai kombinasi
sempurna pes dan santan Ayam Brand™ bagi
mendepani bulan yang mulia tetapi sibuk ini dengan memastikan makanan dan
persiapan sekolah atau kerja anak-anak atau dewasa lain dapat disempurnakan
tanpa tekanan dan pada masa sama, hidangan yang disediakan enak untuk
dinikmati.
Sebelum musim kesibukan bermula, teliti perbelanjaan,
kemahiran dan pantri anda. Adakah anda mahu menghabiskan wang dengan membeli
makanan luar sebanyak dua kali sehari selama hampir 30 hari, atau adakah ia
lebih menjimat dan menyihatkan jika anda menyediakan makanan sendiri? Adakah
anda mempunyai masa yang mencukupi dan kemampuan untuk memasak hidangan sahur
dan buka puasa, daripada peringkat menyediakan bahan sehingga hidang, untuk
anda dan keluarga?