Guardian Malaysia telah melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan Guardian Essential yang disahkan ‘Halal’ oleh JAKIM Malaysia.
Anna Hull, Pengarah Komersil Malaysia dan Brunei merangkap Pengarah Jenama Sendiri (OB – Own Brand), Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara yang mengumumkan pensijilan tersebut berkata: “Pelanggan kami yang beragama Islam boleh menggunakan produk penjagaan rambut, penjagaan badan dan sabun pencuci tangan dalam rangkaian Guardian Essential kami dengan yakin kerana ia adalah 100% halal.”