Sekarang dah boleh rentas negeri kan! Harap campsite di Selangor ni tak lah padat hahaha. Ni yang sempat kolin pergi selepas fasa 3 di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya di umumkan. Dari KL ke sini dalam sejam lebih juga. Kenapa pilih Pantai Cunang sebab ramai kongsi dalam FB tempat ini cantik untuk berkhemah.
Selesai subuh kami sekeluarga gerak terus ke Pantai Cunang. Sampai memang dah padat kereta parking di dalam ladang kelapa sawit.Jalan agak sempit tau, parking pun tak banyak. Pepandai korang lah selit-selit kereta antara pokok kelapa sawit tu.
Lawa betul tinggalan pokok bakau mati ni dalam gambar.... |
Selepas itu, ada kaunter yang dijaga oleh orang asli. Bayaran memula kami kena RM1 untuk parking dan kami berempat, so RM5 semua sekali lah. Kami nak tengok tempat dahulu sebelum berkhemah. Masa sampai memang dah penuh padat. Pada masa kami nak berputus asa balik, khemah depan kami nak balik..Nah rezeki!!