assalammualaikum
Brand 
Julie's di bawah pengusaha biskut yang terkemuka Malaysia iatiu Perfect Food Manufacturing Malaysia Sdn Bhd telah dipilih oleh 
The Hershey Company untuk kolaborasi yang terbaru. Biskut ini telah dipasarkan semenjak Oktober 2014 yang lalu.
Ianya adalah produk yang hebat apabila dua syarikat terkemuka ini bergabung bagi menghasilkan variasi di dalam dunia konfeksi bagi tahun ini. Pihak 
Julie's Baked With Love adalah icon biskut Malaysia bergabung dengan 
Hershey's icon coklat terkemuka menghasilkan enam variasi biskut yang boleh menjadi kegemaran pengguna.Variasi tersebut adalah 
Chocolate Chip Cookies, Chocolate Chip Oat Cookies, Chocolate Chip Hazelnut Cookies, Chocolate Fudge Cookies, Chocolate Waffles dan Chocolate Fudge Vanilla Flavoured Cookies. Memang sedap sangat cookies ni semua, rugi tak try.
this is my favourite 
Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini di Damansara Utama, Pengarah Perfect Food Manufacturing Sdn. Bhd., Mr. Martin Ang telah berbesar hati menceritakan kepada kami bagaimana terujanya beliau dengan kerjasama terbaru bersama 
Hershey's. Kedua-dua jenama ini telah di bina atas cita-cita dan nilai yang sama dan beliau percaya ia adalah asas yang mementeraikan kerjasama di antara pihak 
Julie's dan 
Hershey's. 
 Mr. Martin Ang, Pengarah
Menurut sejarah,Perfect Food Manufacturing telah ditubuhkan sejak tahun 1981 dan telah diiktiraf dengan pelbagai kualiti dan prosedur keselamatan makanan seperti ISO 9001:2000, GMP, OSHA, Halal dan HACCP. Manakala bagi 
Hershey's yang telah bertapak selama 120 tahun dan mempunyai lebih kurang 13,000 pekerja di seluruh dunia yang bekerja setiap hari untuk produk yang enak dan berkualiti. Kolin percaya gabungan kedua-dua syarikat yang mempunyai pengalaman bakal menjanjikan produk yang hebat.
Kolin sangat teruja untuk bersama pihak Julie's pada kali ini. Berbagai program yang disajikan untuk semua media dan blogger yang hadir. Di antaranya photo booth yang super cute untuk semua orang bergambar. Semua berebut memberikan gambar yang terbaik sebab ada contest gambar paling menarik di Instagram dengan hashtag 
#julieshersheys.
 selfie time
Julie's Hershey's in the big box..aumm
  antara rakan blogger yang sporting www.ciklilyputih.com
 blogger nannie dari http://kitepunye.com/ 
tengah membelek goody bag yang diberikan kepada semua yang hadir
Kolin memang tak melepaskan peluang, berbagai pose yang kami lakukan untuk hakim pilih nanti. Dikhabarkan hadiah hebat bakal diberikan kepada pemenang. Selepas acara kata-kata aluan dari Mr. Marting Ang, kami semua menerima hadiah dari pihak 
Julie's berupa 
power bank yang sangat cute.
power bank yang super cute yang pastinya menjadi peneman kolin untuk kemana
sahaja lepas ini. Terima kasih 
Julie's.
Tak lupa juga gambar polaraid yang di hadiahkan kepada kolin untuk kenangan di majlis ini.
Kami juga dihidangkan makan tengahari yang sangat sedap. Kita makan sikit-sikit aje sebab dah kenyang makan biskut heheh. Ada spaghetti, chicken wing, sandwich, fruit tart dan berbagai lagi.
paling best dessert yang disediakan kepada semua. Seorang satu tau, malangnya kolin berkongsi kerana memang sukar nak habiskan. Besar sangat!
 lihat lah mereka mengunakan 
Chocolate Waffles untuk hiasan di atas dessert ini. Sedap sangat!!
  Jacinta, Shamsul, Anas, Marini dan Kolin
Dapat juga kolin berkenalan dengan semua kawan-kawan baru semasa pelancaran 
Julie's Hershey's.
Kepada sesiapa yang nak cuba keluaran baru dari 
Julie's boleh lah berkunjung ke pasaraya berdekatan seperti 
TESCO, GIANT, SOGO, COLD STORAGE, JAYA GROCER, AEON, ECONSAVE dan banyak lagi. Harganya mampu milik ianya hanya 
RM7.90 untuk sekotak. Rasakan sendiri kelazatan biskut 
Julie's hasil kolaborasi bersama 
Hershey's ini.
untuk maklumat lanjut boleh layari 
http://www.julies.com.my/ 
Khidmat pesanan masyarakat ini dibawa oleh www.alialisakreatif.blogspot.com untuk
 Julie's Hershey's - Perfect Food Manufacturing Sdn Bhd.