Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

jahitan manik crumble daun


Syukur Alhamdulillah rezeki masih ada


Quote of the day:

Selamat Pengantin Baru

assalammualaikum

Kolin memang suka pergi makan kenduri
kalau boleh semua jemputan yang diterima nak pergi
suka lauk pauk kenduri, suka door gift..
suka tengok orang kawen pakai cantik-cantik 

paling suka kalau pergi kenduri dapat telur rebus hahahah
sedap ko balik buh kicap makan..

buat kawan-kawan se opis dengan kolin adi thakib dan syafiq
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal ke akhir hayat
Dilindungi Allah SWT selalu

I am soo happy for both of you
terima kasih menjemput yaa


ko tengok lah anak dara aku posing duk tengah-tengah pengantin
aku ketepi nun jauh sana
kuang asam betul hahah
untuk adi dan siti..u have a really beautiful wedding in FRIM
sejuk..best..tenang..lauk pauk pun sedap


ini syafiq dan nadiah
soo sweet combination white blue dan pink
sampaikan alisa sibuk nak posing kat pelamin tau


tengok laa lawa sangat pelamin diaorang...

bila balik alisa pun buka mulut

alisa: mamy..kawen lah dengan papa please ...
mamy: ..dah kawen laa..berapa kali nak kawen
alisa: please papa kawen ngan mamy...
papa: ok sok papa kawen ngan mamy ok...

yang benar

alisa ngada...

Dream Trip to Macau

assalammualaikum

apabila kolin dapat email dari Nuffnang Malaysia tentang peraduan memenangi satu percutian yang di taja penuh, terus hati membuak-buak tergedik-gedik untuk menyertai peraduan ini.
 Kolin terus ke laman web yang disediakan iaitu
Macau Government Tourist Office (MGTO)) untuk mengetahui lebih banyak 
informasi mengenai tempat-tempat menarik yang harus dilawati di Macau. 

Mari kita jelajah bumi Macau melalui Macau Government Tourist Office (MGTO)
hopefully kolin menang lah peraduan ini..
Please Nuffnang Malaysia pilih lah kolin...merayu serayu ayu nya...hihihi

1. Muzium Di Macau



Muzium Macau adalah sebuah muzium sejarah dan budaya dengan sebilangan besar objek yang bernilai besar dalam sejarah, yang menunjukkan cara hidup dan budaya pelbagai komuniti yang telah mediami bandar ini bertahun-tahun.

kolin percaya dapat lebih mengenali dunia Macau dengan lawatan ke tempat bersejarah yang berada di bumi Macau. Semuanya ada di sini sejarah, budaya dan kewujudan Macau. Alangkah bestnya kalau kolin menang wei....

2. Kereta Kabel




Kereta kabel ini terletak di Bukit Guia menguasai semenanjung Macau dan atasnya menawarkan pemandangan landskap terbaik di bandar, iaitu Sungai Pearl dan pulau-pulau sekitarnya. Sekiranya kolin terpilih untuk menyertai lawatan ini tentunya kolin dapat menaiki kereta kabel ini dengan melalui Flora Garden Gate (Avenida Sidónio Pais). Sudah pasti sebahagian bumi Macau kolin dapat saksikan melalui kereta kabel ini. 

Macam kita pergi Langkawi lah kan, satu pulau kita boleh nampak. Macam ini jugak lah dengan kereta kabel ini. Kolin percaya pengalaman menaiki kereta kabel yang terletak di Bukit Guia ini bakal menjanjikan satu pengalaman yang hebat.

3.  The House of Dancing Water




berikut adalah penerangan dari laman web Macau Government Tourist Office (MGTO)

 Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia

nah...baca sendiri sikit punya best kan..
dihasilkan oleh produksi paling mewah dan ianya adalah satu pertunjukkan yang paling cemerlang
pastinya kolin nak saksikan persembahan itu kalau kolin terpilih nanti. 

baiklah, ini sebab-sebab kenapa Nuffnang Malaysia harus memilih kolin:

* kolin memang suka melancong dan tak pernah pergi ke Macau
* kolin janji akan menulis blog secara terperinci mengenai trip itu nanti, share di instagram dan facebook untuk tatapan semua orang
* kolin tak pernah berjumpa dengan blogger-blogger Nuffnang Malaysia yang hebat-hebat belaka. harap dapat bersama mereka di dalam trip ini

bagaimanapun, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia kerana memberi peluang untuk kolin menyertai peraduan ini. Selamat berjaya kepada semua Nuffnanger!!!

Doa banyak-banyak semoga kolin meNang weiii...

#MYMacau
#Nuffnang

sekian terima kasih 

kolin yang meroyan nak ke MACAU..uhuk uhuk


*semua gambar dan maklumat kredit kepada Macau Government Tourist Office (MGTO)


JAHITAN MANIK CRUMBLE

assalammualaikum

i am back!!!

now progressing with manik dah
dah lama sangat kolin berehat dari memanik nih

terima kasih menempah




Makan Buffet di Seoul Garden, Setia Alam City Mall

assalammualaikum

kali ini permintaan milah agak melampau hehe
nak lunch kat seoul katanya...tapi seoul garden ler
nak ke korea beribu dik..doakan kolin dan milah sampai korea satu hari nanti eh
tunggu bonus berbillion-billion hihih
kolin memang tak pernah rasa makanan kat sini
yang tau memang mahal..tapi sedap ke tidak tak taulah
dedulu ada gak kawan-kawan yang makan kat sini 
tapi selalu ditinggalkan..biasalah heheheh


the entrance to the restaurant
kat paling hujung ...
cari habib dan pandora..masuk lorong ke tengah tu terus ke hujung sekali
dalam setia city mall ini
 saja sebut pandora..since i kan 'trendsetter' hahahha


 ini lah harga yang tertera masa depan pintu tu
disebabkan mereka tulis
please wait to be seated..kami menunggu ajelah
rupa-rupanya kena bayar dahulu sebelum ke tempat duduk
so masa kat kaunter pembayaran tu lah kita add on apa kuah sup yang kita nak
pada kolin dan milah we stick to the chicken soup..better


sempat kami berwelfie tau..sementara menunggu nak bayar tu heheh
nampak tak kegebuan aku tu..


ini lah harga untuk makan dua orang
berbaloi atau tidak ..tungguuuuu
sekarang nak p serang buffet line tu


antara yang ada
mee goreng, nasi, samosa, popiah


kuah pedas dan manis yang disediakan


si milah tengah mengail bahan-bahan yang nak di grill dan rebus


sementara menunggu milah memilih tu ...aku belanja selfie satu
sebab aku ni ditugaskan oleh mohor-mohor 
besar untuk menjaga handbag charles dia yang warna kuning
yang aku dengki sebab dia beli warna kuning
eh...nape ko beli warna kuning milah?! tu kan warna aku..haishhh..

ok dah terluah apa yang terbuku selama ini hahahha

nah..ini yang kami berdua kutip..apa lagi..MAKAN....

tak banyak kan..
ko tunggu jap lagi hihih


dalam banyak-banyak benda kolin dan milah suka ini
cendawan yang dah celur dan dimarinated kan kalau tak silap
memang sedap...


dah siap bako...moh kita rasa...


ini lah tempat kecik ko rebus
ko bakar...pada kolin lah kan..kalu datang beramai-ramai 
ber jam jam lah ko nak tunggu masak oiiii
nasib pergi berdua..
kalu setakat rebus dan bakar-bakar ini banyak tempat lain lagi yang boleh kita try makan
pada kolin seoul garden yang dibangga-bangga sangat ini sederhana aje
dah makan semua..memang kolin dan milah terasa..
no way we are coming again hahahhahah
baik pergi makan steak RM40 yang sedap..


nampak tak...kecik beno

pinggan pun bersusun laa tepi
ikutkan meja kami dan meja sebelah
memang kami consider makan sikit..well memang tak boleh nak pergi dah
kolin try makan itu ini..but nothing really catch me
well balik ler jum!!!

acara biasa..bergambar dalam toilet hihi
korang ingat tak ..aku mention beg charles warna kuning
yang aku hangin dan sentap tu
tu diaaa....nampakkk


nampak tak..kekuningan itu terserlah
benci aku ngan ko pondan..huh



sekian terima kasih



Mariah Carey "The Elusive Chanteuse Show" Tour 2014

assalammualaikum

bestnya bila dapat invitation untuk datang event ini
terima kasih banyak-banyak kepada puan nannie isa http://kitepunye.com/
sebab ajak kolin untuk event ini..congrats nannnie
thank you nannie..yeahh

seawal jam 5.00 petang kolin dan nannie dah sampai kat stadium merdeka kuala lumpur
sebab nak collect tiket dan juga masalah parking nanti
sampai kat sana memang dah banyak gerai jualan yang dibuka 
t-shirt, makanan, momento...banyak sangat



sampai aje kat stadium, hujan gerimis mulai turun
dan peniaga baju hujan pakai buang pun memulakan perniagaan
memang meriah habis!


bila tiket dah collect apa lagi..snap picture lah
happy!!!! its VVIP Tiket plus Refreshment Party okay..ohsem


lebih kurang jam 5.30 petang kami semua dibenarkan untuk masuk ke refreshment party. 
sedap sangat buffet line yang ada..


lihat sajalah makanan yang kolin ambil ..menyelerakan
siap ada poster yang besar untuk bergambar 
kolin memang tak melepaskan peluang bergambar lah



inilah view kami dari atas 
masa ini hujan dah mula turun..hopefully masa nak mula nanti hujan reda lah
sesambil tunggu pukul 8.30 malam kami bersantai lah di ruangan atas
sambil menikmati semua hidangan yang memang sedap
tambahan pulak hujan kan, perut memang berdendang lah


keadaan di depan stadium yang sudah mulai sesak dengan kehadiran fan Mariah Carey


she is my 'hero' for tonite
kerana dia..aku berada di sini..best nyah..



antara hidangan yang menjadi pilihan kolin
mini burger tu sedap sangat..
daging tu memang buat sendiri
dan roti kecil-kecil dan mereka letak berbagai jenis rasa
ada cheese with salmon, tuna, mushroom 
banyak lagi lah..salad pun banyak wei


salad with Mariah
I love my life!!


ada dua buffet line kat sini 
so memang memenuhi semua yang bakal join the pre concert party
tahniah buat penganjur!!



sempat kolin selfie ko..
nampak tak muka bangga nak pergi jumpa Mariah Carey
biar lah orang nak judge apa pun..


kalau tak silap kolin
mereka inilah penganjur konsert kali ini
siap hastag mereka dalam instagram lagi #mymajorevents



konsert dah nak mula, hujan pun turun..
tetap tidak berganjak wei..menunggu lama juga hampir 1 jam
tunggu kak Mariah Carey keluar..akhirnya...hampir pukul 9.30 malam 
Mariah Carey muncul!!!...our VVIP seat at row 19
hooorayyyyy.....




aduhai ...selepas ini nothing else i can say
biarlah gambar yang kolin sempat rakamkan ini berbicara
apa yang kolin tahu, i have a wonderful night
i love this singer..she is all time favourite
meskipun ada kelemahan di atas pentas, transmission satu lagu ke satu lagu sangat panjang
mekap dah cair sebab hujan, kaki berlecak sebab duduk atas kerusi plastik atas padang
what so ever kolin rasa best!!! its my night!
ada juga artis yang datang seperti marsha, TMJ pun ada tau...
kerusi plastik kolin ni berharga RM680 tau...biar laaa
janji best!!!!

 ini outfit pertama dari Mariah
semua lagu-lagu rancak 




nampak yang kecik kat bawah tu...itu lah mariah


satu segmen dalam 4-5 lagu yang dinyanyikan


ini segmen kedua lebih banyak lagu slow
mariah carey keluar dan duduk atas piano putih
merdunya suara...
masa ini lah lagu "My All"



masa ini semua kolin snap gambar pakai kamera handphone
kualiti agak kurang..
tapi this is the best that i have
good enough for me!!




Mariah Carey nampak cantik dan elegan
dalam busana pink terang ini...beliau juga sempat berduet
bersama penyanyi latar


semasa ini lagu hero dinyanyikan 
aduhai bergema stadium dengan nyanyian ramai
kami yang kebasahan dan kesejukkan huhu
nothing i can say further..
i have so much fun at the concert!!!

teringat dedulu selalu nyanyi lagu one sweet day berduet dengan nizam dulu hahah
lagu wajib ok!!!!
seronok sangat pada masa itu
dan lagu-lagu mariah memang menjadi siulan kolin ketika di sekolah menengah
ini semua menjadi memori manis kolin
cerita malam semalam..terkesan sehingga ke hari ini..
yang benar, 
kolin yang seronok
sekian terima kasih 
 
#mariahcareytour2014