Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Happy New Year

assalammualaikum

tinggal beberapa jam sahaja lagi 2013 akan meninggalkan kita
banyak kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ini mengiringi kehidupan kolin

yang baik kolin simpan
yang tak baik kolin jadikan sempadan

semoga tahun baru yang mendatang ini lebih baik dari sebelumnya..

Happy New Year Uoollsss...





p/s: tolong lah jangan buat perhimpunan haram harem ni oii..
nyusahkan orang aje lah..puiii

happy birthday ali imran

Assalammualaikum

26 disember genap 7 tahun...ali imran dah 7 tahun
7 tahun dulu kolin peluk bayi seberat 2.85kg..now dah besar panjang. Tiada kata kata yang dapat kolin luahkan betapa beruntungnya dikurniakan anak seperti ali imran.

Semoga ali imran terus menjadi anak kebanggaan kami sekeluarga dan terus berjaya dalam hidup. Dirahmati Allah SWT sepanjang hidupnya...

We love u ali imran
Happy birthday boy
May all the great things in the world would be yours..


His birthday treat...roller blade session and movie


Happy birthday ali imran sazali...

Memanah di iCity Shah Alam

Assalammualaikum

ini bukan pertama kali kolin ke icity..pendapat kolin sama aje..Mahal~

ok nak main semua dalam ini kena ada kad icity..so kolin memang ada sebab
masa pergi mandi taman tema tu dah buat siap-siap.
Memanah ini RM12 untuk 20 panah tak silap kolin. so hubby dan abang ipar all the way dari penang nak cuba lah memanah malam tu.

Not bad for first attempt!!!..kolin tak kuasa lah nak memanah
tangan penat sulam manik..ni pun banyak manik kolin terlupa nak tangkap gambar dan share. disebabkan nak cepat, terus hantar lupa nak ambil gambar. Sibuk der...


cubaan memanah dari cik dolly~~


lisa sempat pose!


abang dan adik in action!!


briefing time..jangan risau untuk 1st timer ada tenaga pengajar yang boleh membantu
pendek kata memang worth it to try ler


acara alisa pose!


ok dah...selesai aktiviti memanah
imran masuk rumah hantu RM15 seorang..
bila keluar dari situ muka sampai tak de darah..pucat lesi..
hahahhah kene kejar ngan hantu kata dia..kesian ali imran ok..

lelain tak masuk sebab dan exhausted..

chaiyokk..icity yang super mahal ok!!

huh

I love "baju kurung kuning"

assalammualaikum

ini adalah cerita yang kuning-kuning sahaja..
kolin fall in love with kuning aka mustard since masa sekolah menengah lagi..
kebanyakkan barang-barang kolin memang kuning sahaja..baju kuning, kasut kuning, beg kuning kekadang otak kolin agak kuning kekuningan sikit..

well masa dapat baju kurung kuning ni excited sangat
terima kasih banyak banyak kepada "orang" itu yang sudi bagi baju kuning ini all the way dari vietnam. Sangat-sangat cantik ...

kolin dah pakai masa pergi kenduri kawen anak buah hari tu..
sekali tu aje baru pakai..nanti nak cari majlis yang special nak pakai lagi..
lawa sangat..

terima kasih tak terhingga kepada "orang" itu..
kolin tak tau nak kata apa..tapi terima kasih beb..
terima kasih banyak-banyak

kolin really appreciate it!!

along the way..we meet good friend
along the way..we experience bad friend
but true kind heart friend will stay forever

thank you soooo much kepada "orang" itu..


 
may us last till Jannah~

Ragam Alisa Maisara

assalammualaikum

saja nak share ragam alisa maisara
budak yang baru nak masuk 5 tahun nih..macam macam permintaan dan aksi 
yang penting jangan bawak dia shopping..aiyoo..
selagi tak ada plastik di tangan tak puas hati yee


yang ni pose masa kata
"macam ni lisa nak cari mamy lain ler"

terasa macam nak labuci mulut dia tau..geram
siap peluk tubuh kunun..


yang ni pose naik stroller bila ajak pergi shopping kat jalan tunku abdul rahman
duduk aje atas tu..sebab nanti dia suruh dukung..penat berjalan
well tu muka gitu..penat sangat laa kata dia


yang ni memang kegemaran alisa maisara
pantang nampak orang duk tunggu tepi jalan ukir inai..cepat aje mulut
"nak mamy..nak mamy"..sangat diva ok


dua gambar ini adalah hobi kegemaran bila tak dapat apa yang dia nak
melalak!!!..

so ini lah anak saya nama dia alisa maisara binti sazali
sangat berlagak bila dapat nyanyi lagu cina ye..

semoga dia menjadi "fine woman" satu hari nanti..
pray hard for you little girl..xoxo

Perencah Ikan Bakar Adabi

assalammualaikum

kali ini kolin nak kongsi rahsia paling mudah untuk masak ikan bakar
pemanggang ajaib ini kolin beli kat langkawi bulan sembilan hari tu..murah aje kat idaman suri
tapi pemanggang ajaib ini memang sangat membantu..best!!

nak dijadikan cerita orang ramai kat rumah dan kena masak
suami kolin beli ikan siakap yang agak besar dan suruh buat ikan bakar
haa ngko..tak kuasa lah aku  nak blend macam-macam kan..sebab nak masak banyak kut jenis lauk nanti. Dijadikan cerita masa kolin pergi membeli barang dapur sempat ambil pes ikan bakar dari adabi hehehhe..

Disebabkan saiz ikan agak besar so kolin abiskan sepaket lah. 
Lumur di dalam dan luar ikan bagi rasa sama rata..



tapi untuk bakar pakai pemanggang ajaib ini, periuk ini harus dibuka jangan ditutup baru sedap..
dan memang tak menghampakan langsung rasa pes ikan ini. Memang sedap!!!

kolin tinggal buat kicap bercili perah limau untuk dimakan bersama ikan ini
harga pes ikan bakar adabi ini kolin tak pasti harganya
tapi untuk sesiapa yang baru mula belajar memasak
dan untuk kelihatan PRO sila beli dan buat dan bagi orang makan..Confirm sedap!!


puji pujian bertalu talu masa orang kampung makan ikan ini.
Kembang hidung aku jap hhihihihi

Selamat mencuba!!


Tugu Negara, Kuala Lumpur

Assalammualaikum

Memandangkan anak-anak saudara sebelah hubby kolin masih di rumah. Weekend tu kami decided untuk pergi bawa mereka ronda KL. Salah satu destinasi ialah tugu negara. Kolin pun tak ingat dah berapa lama kolin tak datang sini. Tempat yang sangat cantik dan terjaga ini betul-betul terletak di depan Parlimen.


ini lah pose wajib kalau kita kemana-mana kan..heheh..
yang over tu nama dia Amy from Sungai Petani, Kedah...


ini lah tugu yang lama sebelum digantikan dengan yang baru..
yang baru di depan nun...


cerita ringkas mengenai Tugu Negara kita...well said!!


almost 6.00 kami sampai ke sini..cuaca pun dah malap-malap
tunggu tiupan trompet menandakan tugu negara ini masa lawatannya sudah tamat.
how nice!!!..mcm kat medan perang bunyi


pose aje lah keje ko Amy..


ini lah bapak buah dan anak buah, kalau kata orang utara..
pak menakan dan anak menakan..jangan tanya kolin kenapa nama tu pelik
aku pun pelik hahhah

Amy, Dani from penang dan hubby dan mcm terover pic tu..alisa maisara


perwira ku!!!


pose tak jadi!!


my darling princess


antara kolam yang ada di sini
air pancut dah tutup sebab dah petang oii..
banyak kolam-kolam air kat sini sampai imran kata nak swimming


Mohd Dani...pose


the boys of my life!!!


last sekali ini lah kerja ali imran yang tak berhenti berlari dan melompat lompat.
runsing aku lah...banyak betul tenaga budak yang bakal genap tujuh tahun ini. Tengah plan simple getaway for imran birthday on 26 Disember ini..

So berakhir lah lawatan tugu negara kami
sesiapa yang dah lama tak pergi..sila lah..
siap berpakaian jogging sekali, sebab kat sini best sangat untuk berjogging..

chaiyookk..


Dugaan disember

assalammualaikum

minggu ni, hari isnin lalu panik giler kolin..
apa tak nyer ali imran mengadu yang dia kencing berdarah!!

Dia bangun pukul 5 pagi dan kata nak ke toilet. Tapi tak tidur-tidur balik selepas itu. Kolin dan suami agak pelik dan risau tengok imran. Pada masa itu memang raut muka imran dah sayu sangat. Kami relak lagi dan hubby bawak imran pergi beli nasi lemak. 

Hampir jam 6.50 pagi, sambil ali imran makan nasi lemak tu, dia borak-borak dengan papa nya.
Sekali kolin dengar...
"abang pelik laa..kenapa abang buang air ada darah?"

kolin menjerit kecil dengar. hati masa tu tak tau hilang kemana ntah..
tapi disebabkan tuntutan kerja kolin tetap memandu ke shah alam..
tetiba telefon berbunyi "mamy..balik..imran memang kencing berdarah"

lajunya air mata kolin turun masa itu..hati rasa sedih Allah SWT saja tahu
sorry lah, kolin pasal anak-anak memang sangat emosi. Korang nak ngata aku ..ngata lah..
my kids..my biz..

Sampai kat pejabat, selepas menerangkan segala-gala kepada superior, kolin patah balik rumah untuk bawak imran ke klinik. Sampai kat klinik ujian urine dilaksanakan, kami suami isteri berumahtangga separuh hari di klinik demi ali imran. Hati masing-masing risau..hal kerja tak boleh fikir lagi dah. 
Permata hati kami dalam kesakitan...

Selesai ujian makmal..Alhamdulillah semua negatif..
semua ok..kata doktor kadang-kadang hal ini terjadi perkara biasa 
sebab anak-anak kadang kala terjatuh atau suka melompat-lompat...
Doktor suruh observe dalam masa seminggu sekiranya ada lagi maka ujian seterusnya. Kalau tiada maknanya semuanya ok..

Dan hari ini hari rabu..
Dah takde lagi...ali imran dah ok..
Syukur Alhamdulillah...syukur..syukur sangat..


Ali Imran Bin Sazali..semoga anak ini dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan..amin





p/s: sedih bila semua orang bertanya khabar keluarga kita, 
sedangkan yg paling dekat tak bertanya..sigh

nana weds nasir, kg awah jengka

Assalammualaikum

Jengka bukanlah sesuatu yang asing bagi kolin. Pengalaman 1 semester di uitm jengka memang membawa beribu berjuta kenangan manis buat kolin.

Tapi ini bukan cerita kolin..
Ini cerita anak buah kolin yang kedua pula melangsungkan pernikahan. Hari tu abang, kali ini adiknya pula. So esok kenduri, dua lah pengantin. Meriah kann! Bertemu jodoh sama sama orang pahang memudahkan segala galanya. Dengan hujan yang turun, dengan ancaman banjir kenduri diteruskan dengan penuh meriah. Tahniah buat pengantin!!

Tak lupa tahniah buat kak manja dan abang lie..dapat 2 menantu sekaligus. Terima kasih juga bagi kolin anak beranak tumpang buat akikah, tak terbalas jasa rasanya dengan layanan baik yang diberikan. Semoga berbahagia ke anak cucu nana dan nasir. Pak dan mak ndak mendoakan yang terbaik!


Majlis akad nikah disurau dipenuhi saudara mara dekat dan jauh. Berdebar debar pengantin


Sesi bergambar selepas semuanya sah.
Bahagia rasanya...

Semoga faiz dan nana tabah mengharungi hidup berumahtangga...amin

dataran merdeka, kuala lumpur

Assalammualaikum

kalau kat kl memang tempat melepak untuk bawa anak kat sinilah. Luas padang dan bersih, anak bebas berlari. Anak anak kolin memang cukup suka lah kalau dapat ke dataran merdeka.

kolin pula release penat menjahit manik hihihi

so jom kita enjoy..


Seronok kan...
dan kolin baru perasan ada 1 hasil manik kolin buat tak snap picture untuk tatapan semua..aiyakkk

semoga dia suka untuk pertunangan nya

Enjoice♥



faiz weds fika at mardi

Assalammualaikum

Inilah anak buah sulung sebelah suami berkhawin yeay..excited
I dapat menantu sedara ok..tup tup esok kolin dah jadi nenek. Mampooo...hihihi

Perkhawinan yang sangat best..diadakan di sebuah taman, bersebelahan kolam umpama garden wedding..owesome sangat. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran tetamu semua. Seronok kolin menumpang pelamin anak buah hahaha. Maklumlah dah hampir 10 tahun berkhawin ni, nak la merasa duduk di pelamin lagi hihi


Inilah faiz anak buah sulung sebelah suami..yes he is tall!!


Bergambar dengan ibu dan ayah pegantin
dah of coz kolin tumpang sekaki

The pelamin
Kami di pelamin 


Over tak kami hahaha
Buat faiz dan fika semoga jodoh berkekalan sehingga hujung nyawa. Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala-galanya.

Amin

oh selasa

assalammualaikum

selama empat hari kolin bercuti memang tak rehat langsung!!
siap tak tidur 24 jam..tapi kolin happy sangat sebab sanak saudara berkunjung ke rumah.
so much love, so much fun!!
kolin harap semua tak serik nak berkunjung ke rumah kolin di masa-masa akan datang. 
Jemput lah ye..

untuk update cerita selama 4 hari ni tunggu lah bila ada kelapangan..buat masa ini memang kalut .
manik pun banyak tak siap lagi..doakan la kolin sihat senantiasa..

chaiyookk!!

so true!!


Sepang GoldCoast Resort, Bagan Lalang

assalammualaikum

teruja sangat diberi peluang untuk melawat resort yang sangat berprestij  ini. Jam 8 pagi kami mula bertolak dan perjalanan ini pun bermula..excited!! Resort 5 bintang ini menawarkan penginapan hotel di atas air. Cuma pada kolin pantai bagan lalang yang sikit keruh sahaja akan dijadikan alasan tempat ini tidak menarik. Hiasan dalaman resort ini yang kotemporari yet modern memang sangat sejuk mata memandang. Tanggapan kolin "well good for community". Apa tidaknya masyarakat sekitar sini berpeluang berniaga kecil kecilan dengan pertambahan pelancong dari dalam dan luar negara.

Semasa taklimat kami diterangkan yang resort ini akan mengekalkan apa yang mereka mahu. "still access to the public"..well kolin harap resort 5 bintang ini akan begini selama-lamanya. Tak best lah kan kalu suatu hari nanti Bagan Lalang tidak dapat kita semua pergi sebab dah mahal dan memang rasa macam tak layak berada di Bagan Lalang. Sedangkan itu adalah milik orang awam kan..

Hotel sangat-sangat cantek range harga bilik dari RM400 kalau tak silap kolin. Lagipun pegawai resort ada maklumkan di website mereka ada potongan diskaun. Destinasi yang sangat sesuai untuk meraikan cinta...honeymoon, anniversary bla bla bla

Selain aktiviti pantai, di sini jua ada aktiviti lasak. Macam go kart, memanah dan merentas naik moto yang roda 4 tu. Seronok..malangnya kami hanya berpeluang mencuba aktiviti memanah. Terima kasih tau bagi peluang..ala RM10 sahaja murah sangat.

Tapi yang paling best makan tengahari kami gila kentang!!..Binatang apa saja yang tak ada..
sangat-sangat seronok..memang kolin tak sentuh nasi oii..makan lauk semata. Dessert dia cheese cake tu sangat mengugat iman...adeh..berkilo kilo naik badan den

Kepada sesiapa yang teringin menginap di resort ini boleh lah cuba. Best dan pasti tidak menghampkan. Kolin plan next year in February sebab masa tu lah resort ini akan disiapkan sepenuhnya. Sebab masa lawatan tu masih di peringkat renovation.

Terma kasih urusetia yang membawa kami melawat tempat ini.
What a wonderful experience..tambah pula balik tu kami singgah di kilang kerepek di banting. Memang sangat ohsem lah kan..5 paket kerepek berbagai jenis besar-besar cuma kos RM14 pada kolin. Syok giler...sempat lagi kolin lalu depan rumah arwah pak sidek yang melahirkan jaguh-jaguh badminton negara. Siap ada tugu raket tu..

So sila lah ke Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang untuk percutian destinasi cinta heheheh

Enjoice..


Macam biasa teruja naik bas

aksi takde keje


dengar taklimat bla bla

Go kart!!

saja tayang kasut kami yg mahal tuh..hahah

aksi mengada!



gambar yang menimbulkan kontroversi hahhaa...terima kasih semua sporting..

 keadaan chalet yang sangat cantek!!

happy face after taklimat
kolin with diah

 sesi taklimat tepi laut..macam biasa kolin puteri lilin..
tu kaedah tutup mata pakai tangan hihih

happy face lepas check it out the villa..super nice!!

unfake girlfriends..

girlfrensss

candid..i guess so...

The pretty resort

The sexy room...oh how i wish ...huhuhu


Tengok gambar pun tahu resort ni super best kan
nak experience sendiri, sila lah ke bagan lalang ye
ohsemmmmm.....