Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Cheringin Hills, Janda Baik

Assalammualaikum

well mamy diberikan tugasan "site visit" sebelum kami menjalankan 
kursus di pejabat..so setelah kata sepakat ada kami
terus lah ke resort ini untuk melihat dan memerhatikan 
apa yang kami boleh dapatkan disini kann

so pagi tu bergerak dari shah alam ke arah lebuhraya genting highland
sampai di hentian genting sempah kami pun berhenti untuk sarapan pagi 
dan seterusnya kami meneruskan perjalanan..

dari belakang kawasan rehat dan rawat genting sempah itu 
kami ke arah kiri..kalu ke kanan naik genting highland pulak kann
apa pun tak boleh heheheh

anyway kami pun berjalan mengikut signboard
akhirnya sampai lah di cheringin hills..memang atas bukit pun..
nampak masjid..naik terus ke atas bukit tuh...

kawasan lobi hotel

 di reception hotel..


kawasan lobi hotel..wifi percuma di kawasan ini sahaja


tempatnya ok saja apabila kami sampai..so gambar gambar
diatas telah memberi gambaran tempat ini memang bersih
dan dijaga dengan rapi sekali..
sesuai lah rasanya..
cuma sungai nya agak jauh ke bawah bukit sana..

anyway kami terus di bawa ke bilik seminar yang bakal
kami jalankan
keadaan bilik sangat ok..luas tak terlalu sempit.
kedudukan air-cond juga strategik di tempatnya..
sesuai lah rasanya


dan kemudian kami di bawa ke ruang yang menjadi tempat kami
menjalankan aktiviti makan malam BBQ nanti
di tingkat atas restauran hotel ini..sangat privasi
iaitu di bayu terrace

tempat nya menarik..kalu menyanyi di sini pun takpe
orang tak tau siapa hehhheheh


ruangan yang open air sangat sesuai ..
tempat nya bersih aje kan..sebelah tu hutan yang masih
belum diterokai..tapi mamy dapat maklumat
pemilik hotel ini akan menambah fasiliti di hotel ini
dengan lebih bagus
yang lebih bangga ..pemilik hotel ini adalah melayu kita..
bangga kann...

ke gelugor cafe pula..ni adalah promosi yang mereka
ada sewaktu mamy ke sana


menarik kan..?~
sekali lagi Gelugor Cafe ni konsep terbuka juga
tempatnya teratur dan kemas


selesai bab seminar dan makan kami terus ke
bilik penginapan..haa time ni disebabkan banyak sangat bilik
yang ditunjuk kan mamy dah lupa lah hahaha
mana satu superior, double king mahu pun executive suite.
lupa sudah heheheh

anyway ada cebisan gambar untuk tatapan semua

gambar orang sengal gini lah


so gambar gambar di atas dah boleh cerita kut..keadaan bilik di hotel ini
disebabkan hotel ini baru dibina setahun yang lalu
ianya sangat selesa dan bersih
sesuai kalu kita nak beristirehat

keadaan yang lebih cantek dengan warna cadar, langsir dan karpet
menjadikan bilik ini amat mendamaikan..
lena tidur ..insya Allah

so beralih kepada riadah luar pula
mamy pasti kolam renang yang ada disini menjanjikan
keseronokkan kepada mereka yang akan ke sini

well memang besar..org dewasa dan kanak kanak
sebelah menyebelah sahaja..kannn

sila lah lihat gambarnya

ini lah pool nyer


xtvt ping pong dan basikal disewa dengan kadar RM6 sejam

karaoke lounge dengan kadar RM90...bole diluar dan ada jua private room


so inilah dia cheringin hill kat atas bukit tu..
dibawah tu post guard mereka..tinggi kann



so akhirnya kami lewat sungai benus yang ada di kawasan janda baik ini
mungkin baru lepas hujan ..keadaan air yang agak keruh nampaknya
pada masa itu..pada jam 2 petang kami pun
bertolak kembali ke shah alam untuk membuat
laporan penuh mengenai "site visit" kami ini


well..itu saja kali ni
mungkin kalu ada lagi bole mamy share tuk semua...

adios..

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you