Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

niat nak bertudung

assalammualaikum

betul lah kata orang kalu "kalu dah terbuka hatinya..akan dibuka seluas luasnya"
adat manusia..semua orang nak berubah..
tak dinafikan dalam hati mamy terdetik juga nak berubah..bertudung
ye lah umur dah meningkat..ini semua tuntutan agama...memang selama ini mamy degil
degil.....tapi satu lagi pulak

pendapat mamy..bukan semua perempuan bertudung tu baik...itu la sebab
nak bertutup litup ni kalu bole nak transform...hati nak baik jugak
(excuse me: selama ni mamy tak pernah aniaya orang yer) hehehe

 
 gambar hiasan~

 apabila berlaku depan mamy...bertudung tapi melakukan perkara tak betul..aniaya rakan sekerja, 
mementingkan diri sendiri, saja nak orang hilang pekerjaan,
buang anak, maksiat..berlaku di kalangan bertudung, napa eh?
memang tau sangat bertudung tu wajib dan perintah Allah SWT
tapi tak tau kenapa hati ni tak terusik langsung..
mungkin mereka telah diajar dari kecil untuk bertudung..tapi tidak mamy... tu yg rasa sangat awkward!

dah lagi lah bila bertembung dengan orang bertudung labuh
fitnah mamy macam macam akhir tahun lalu 2011..lagi lah rasa macam
ini ker adab orang bertudung...?
tu lah lagi menguatkan kedegilan...hrmm setan berkeliaran nampaknyer yer

dan sekarang tengok kawan kawan dah bertudung
hati berdetik juga...:"saya nak bertudung" terdetik sangat sangat...

kawan kawan sila lah doakan mamy terbuka hati
sementara ini sedang berjinak jinak dengan selendang..kalu ke kenduri kendara
ke rumah sedara mara..memang mamy berselendang selalunyer..
sbb nak belajar...nak sangat belajar
dan kalu boleh jangan ditanya atau ditegur
"senyum tak perlu kata apa apa"

ke pejabat..?? belum mampu lagi..tak mampu menatap
muka muka hipokrit di sini..sekarang ni mamy nak tanam dalam hati
pakai tudung kerana perintah Allah SWT.....

doakan mamy....sampai ketika dan waktunya..
pasti ke arah itu...insyallah







No comments:

Post a Comment

loving me..loving you