Assalammualaikum
kali ini mamy dapat satu artikel yang rasanye wajar di kongsi bersama
mamy sendiri mengalami kehilangan adik sendiri pada tahun 2004 akibat KANSER RAHIM
dan arwah hanya berumur 20 tahun pada masa itu..bayangkan laa budak muda, baru mula bekerja,
then mengalami kanser rahim..Allah Taala saja yang tahu perasaan kami sekeluarga pada masa itu
Sharifah Aznim Shah Binti Syed Zainal meninggalkan kami pada 7 Ramadhan pada tahun 2004. di bulan puasa, raya yang mendatang tahun itu juga tiada makna..sayu hati. sampai sekarang masih teringatkan arwah
yang terlantar selama sebulan di hospital melawan penyakit ini.
dengan ini mamy kongsikan bersama semoga kita sama sama dpat perhatikan
ada ker perubahan ini pada diri kita sendiri atau orang yang kita sayangi..mana tau dpat selamatkan dari awal lagi kan....jgn jadi mcm mamy dulu
adik mamy hari2 tido sama sama ..tak perasan perubahan dia makin kurus..
ingatkan penat kerja..n dia mmg kurus orangnyer...hrmmm tau tau perut dia besar mcm membusung.
rupanya kanser tu dah membesar di dalam...Ya Allah..ko letakkan laa adik ku di kalangan orang yang ko sayangi, rahmatilah roh nyer, ampuni lah dosa dosanya... amin.
Al-Fatihah untuk adik saya...Sharifah Aznim Shah Binti Syed Zainal
Berikut adalah simptom simptom nye:
TANDA-TANDA AWAL KANSER
Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.
Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi
lebih mendalam.
Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat
jangkitan (infection).
Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher.
dan di bawah pula di antara penyebab kanser terjadi..
yang pastinya adik mamy akibat keturunan...(sebak**)
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
Makanan
Tembakau
Alkohol
Radiasi
Sinaran cahaya matahari
Pekerjaan
Pengambilan ubat
Pencemaran air dan udara
Perokok yang tidak aktif
Keturunan
ni mungkin salah satu cara kita nak elak kanser..Insya-Allah
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,
membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China,
mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan
enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan
bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu
melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga
mengurangkan risiko serangan stroke.
dan di bawah adalah musuh utama penyebab kematian
ramai kaum wanita....
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
bersama sama laa kita memanfaatkan ilmu ini
mana tau dpat menyelamatkan kita dan orang yang kita sayangi
tengah tengok gambar arwah adik...
Ateh..alang rindu sangat pada ko ....semoga rohnya dirahmati Allah..amin
sedih!~