Assalammualaikum
Pagi ni mamy jalan jalan tengok email..
sekali terpana mata ngan email nih..mcam menarik nak dikongsi
well sekarang drama melayu memang banyak perubahan..banyak kemajuan
ini mungkin sekadar satu renungan dan kesedaran untuk
kita bersama sedari..selama ini ...
benda benda ini berlaku...well
moh kita baca sama sama yee
Untuk renungan bersama...
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian
dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak
sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan
talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur
lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan.
Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu
hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera
fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan
seiringan keluar dan masuk.. Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri
drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah
filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan,
bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-
pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka
boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan
ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina.
Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli
keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar
semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya...
Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang
mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone
biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar.. Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak
menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan
mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon
berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku
diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi
Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan.
Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta
tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-
mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana
kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
haaa apa kata anda..? ada ke lagi kesah kesah ini berlaku di dalam drama melayu masa kini
well..i am big fan of nur kasih drama..not the movie..
i think ..dah ok kut..
enjoice~
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you