Assalammualaikum
mamy kadang kadang perasan ramai kawan kawan mamy yang belum
bertemu jodoh. Tapi bila difikirkan balik..bukan semua yang
sudah ketemu jodohnya bahagia.
So ada hikmah jua bagi kawan kawan yang masih belum berkhawin.
Kalu berjumpa jodoh yang tidak elok, suka mengambil kesempatan,
suka memukul, mengendahkan tanggungjawab...bil bil dan semua hutang
piutang di tanggung isteri atau si suami, tak ker naya..
so mamy rasa perlu mamy share artikel ini untuk kesedaran dan
rujukan kita bersama. Mungkin ada benarnya di dalam artikel ini untuk
semua yang kunun nyaa “bujang terlajak” ini renungkan...
mamy rasa kawan kawan mamy yang masih single mingle..belum berpunya tuh.
Janganlah risau sangat..kalu memang ada jodoh tuk kita..doa banyak banyak.
Tak usah risaukan pandangan orang lain, masyarakat atau kawan kawan yang tidak membina kritikan itu.
Sebab bila badai melanda perkhawinan kita..kita sahaja yang
menangung dan mengerti kepahitan sesebuah rumahtangga.
Mohon kawan kawan baca dan sebarkan ..so kepada yang masih single..don't worry ok.
Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."
Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar
seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepadakesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Sekian
Hrmmm....rasanya dah panjang lebar keterangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ini.
Semoga dengan apa yang diceritakan oleh beliau mendapat inspirasi dan menghilangkan gundah gulana kepada kawan kawan yang single dan masih tidak berteman.
Apa pun..mamy sentiasa doakan kepada kawan kawan yang masih tidak bertemu jodoh..
Semoga anda semua ditemukan jodoh yang baik baik..dah dilindungi Allah SWT senantiasa..Amin
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you