Assalammualaikum
haa kali ni mommy nak kongsi cara masak cendawan kukur. Ada sesetengah orang dema tak pernah tengok pun apa bentuk cendawan kukur tu kan. Ada jugak kadang-kadang orang panggil cendawan sisir..
cendawan ni hanya tumbuh di batang pokok getah yang telah ditebang tau.
Dan ianya tumbuh melata apabila hari hujan sahaja...no hujan no kulat laaa
Kebiasaannya orang kampung duk jual sepiring RM2 sahaja..kira murahla kan..
Lagipun kita support ekonomi kampung kan...
sedap sangat tau cendawan ni ..kalu dah masak rasa daging...fuyoooo..
Kepada yang tak pernah tengok ni tengok gambo kat bawah:-
Yang ni dibeli dalam RM4 sahaja..
Cendawan ni nak hilang habuk batang kayu tuh, kene rendam ngan air garam.....basuh dan bilas berkali-kali.
Then kalu ada yang hitam hujung-hujung keras tu buang lah kan heheh nanti makan tak sedap pulak.
So mommy masak laa..MASAK LEMAK CILI API.
Bukan susah..amik periuk, buh minyak..tunggu minyak panas
then masuk kunyit hidup dan cili padi yang ditumbuk..cili tu terpulang pada orangnya.
Kalau nak pedas buh laa lebih-lebih sikit *wink*
Tumiskan bahan yang kita tumbuk tadi..sampai harum...
Masukkan serai yang diketuk...tunggu naik bau lagi
Then masukkan cendawan...then santan..agak2 laa yee. Tak mau pekat sangat
or cair sangat. Tunggu la masak mendidih dalam 10 minit, then lastly
masukkan duit kunyit yang dihiris..so biarkan mendidih dan wangi, masukkan garam secukup rasa.
Kemudian tutup lah api tuh...heheheh
so ini gambar masa dalam periuk...
sorry laa periuk buruk hehehe~
So tutup api mommy pun angkat buh dalam bekas begini~
wallah dah siap pun kawan-kawan...so kami ber-6 masak-masak
dan makan kat rumah kawan kami Sufia Hafizah *thank u for lending us ur kitchen*
Kami pun belasah laa beb..ini gambo lauk2 lain pun ada juga...
sambal - cooked by Azean Ayob
ayam goreng kunyit~cooked by Mastura Ajam
Nasi dah siap panas-panas nih..kami makan dulu ye...
Bismillahirrahmannirrahim....*senyum*
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you