Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA UNTUK KEMAKMURAN DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Assalammualaikum semua,

Concorde Hotel Shah Alam, meraikan Tahun Baru Cina pada Tahun Kuda dengan menawarkan sajian promosi di Melting Pot Cafe dan Grand Patio.

Promosi bagi hidangan Yee Sang yang merupakan kegemaran ramai dan tradisi sepanjang perayaan ini kembali lagi. Lambungan Yee Sang atau 'tossing of yee sang' menandakan kemakmuran dalam segi kejayaan, kesihatan dan umur yang panjang bagi mereka yang berbangsa tionghua. 

Pilihan Yee Sang yang lazat daripada menu abalone & pear, smoked salmon, tempura prawn & salmon, crispy soft shell crab & salmon skin, japanese baby octopus & jelly fish and crispy white bait fish & jelly fish, bakal mendapat tempat di hati semua tetamu Concorde Hotel Shah Alam. 


AIR ASAM KUNYIT - TERBAIK BUAT KAUM HAWA

Assalammualaikum korang semua, 

Jujur dulu-dulu kolin kurang suka makan jamu tau. Tapi sejak rajin baca dan tahu apa itu jamu, memang jatuh cinta. Punca kolin tak berapa suka jamu sebab bila makan ianya panas dan buat badan sangat tidak selesa. 

Sehinggalah kolin kenal Air Asam Kunyit yang minum kalau pergi ke Indonesia. Kalau kat sana memang setiap hotel akan hidang air jamu ini di dalam bufet sarapan pagi tau. Masa tu try minum sikit dan rasanya terus sampai hari ini kolin amalkan.

 


Cara buat air asam kunyit, cara kolin lah. Kalau cara orang lain tu tak pasti. Tapi ini yang kolin amalkan dan memang buat sendiri. Rasanya ramai aje jual kat dalam sosmed, tapi memilih buat sendiri. 

MONEY CHANGER MURAH DI KUALA LUMPUR - SUKA MONEY CHANGERS SDN. BHD.

 Assalammualaikum korang, 

Kebetulan kolin ada upcoming trip hujung minggu ini. Dan pastinya nak tukaran wang yang betul murah lah kan. Sebelum mencari money changer viral ini, kolin pergi satu money changer kat kepong, harga dia 1 Juta Rupiah = RM255, punya lah mahal dekat RM15 tu. Kalau tengok online dalam RM240 atau RM239 macam tu. 

Akhirnya kolin ke Suka Money Changers Sdn. Bhd. yang terletak di Bukit Bintang. Paling best ianya kat tepi selekoh di bahagian luar. So boleh naik motor or kereta mudah lah nak ke situ. Sorang tunggu dalam kereta dan terus tukar duit. Pekerja dia peramah dan layan baik ye, tak garang pun. Tanya apa sahaja dan cakap berapa nak. Simple. 

CONCORDE HOTEL SHAH ALAM MEMPERKENALKAN SAJIAN RAMADAN JELAJAH RASA WARISAN 2026

Sempena menjelang bulan Ramadan, seluruh umat Islam akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan telah lama dinantikan. 

Chef-chef di Concorde Hotel Shah Alam akan mempamerkan masakan tradisional Melayu yang menarik dari 19 Februari -20 Mac 2026. Nikmati sajian pada bulan Ramadan ini di Melting Pot Cafe untuk berbuka puasa dengan tema JELAJAH RASA WARISAN untuk tahun ini. Sebanyak 4 jenis menu berbeza berselang hari dengan pelbagai hidangan minuman yang disediakan untuk anda semasa berbuka puasa. 

 Felix Yeo, Pengurus Besar berkongsi bahawa semua tetamu di jemput untuk menikmati pelbagai masakan yang lazat sepanjang bulan Ramadan seperti kambing panggang, 3 jenis bubur lambuk, kerabu perut lembu pedas, lemang, ketupat, udang masak lemak rebung, pelbagai masakan mee, goreng-goreng dan banyak lagi. 


 

BERIANI & CO, LOTUS SHAH ALAM

 Assalammualaikum semua

Jom korang kolin kongsi salah satu tempat makan tenghari yang mesra poket.  Untuk yang nak makan sedap tapi nak berjimat pada masa yang sama boleh lah ke Lotus Shah Alam

Ada satu kedai ini, kebetulan tak ramai orang masa kolin pergi hari tu. Jom lah makan nasi beriani


BERIANI & CO 

Beriani & Co ini, ruang makan agak selesa dan kalau kita plan nak makan sekeluarga masa hujung minggu pun sesuai sangat. Lepas beli barangan dapur tu, boleh singgah makan sini, balik terus rehat. Suka ya mak mak, boleh berehat cuti memasak.

AS BEG, JENAMA BEG TEMPATAN PERTAMA DI MALAYSIA TAWARKAN KERETA KEPADA PEMBELI BERTUAH

 

Setelah berjaya mencatat rekod Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Menerusi Platform Penstriman Langsung dalam Malaysia Book of Records dan kolaborasi dengan Sally Whoo tahun lepas, jenama beg tangan AS sekali lagi bakal mencipta fenomena baharu dengan kolaborasi bersama Izara Aishah.
 
Menampilkan empat koleksi eksklusif iaitu Bolaia, Belta, Bucket & Moola, kesemua koleksi rekaan ini dipilih sendiri oleh Izara Aishah.