Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Happy Birthday Norkamilah Ismarani

assalammualaikum dan salam sejahtera

alahai busy sangat sekarang sampai event tak pergi, post pun tergendala nak publish. Nak cerita pasal kolin punya sibuk ada yang muntah hijau kan. So kita pergi terus kepada tajuk blog kita hari ini. 

HAPPY BIRTHDAY MILAH !!!!

Semoga dimurahkan rezeki, 
dipanjangkan umur,
dimakbulkan doanya,
dipermudahkan segala urusan,
dipertemukan dengan orang yang baik-baik, 
diberikan kesihatan yang baik, 
semoga kekal jelita walau tak makan kolagen hahahha

Hope you like the present. This is your day, your celebration, nothing compares
my friendship love to you. 

May you have a spectacular year ahead!!!




Love, 

Kolin Zainal

Sambutan hari lahir buat Imran di Bayou Lagoon Resort, Melaka

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pada 26 Disember yang lalu genaplah umur anakanda kolin, Ali Imran 9 tahun. Sekejap betul kan masa berlalu. Tahu-tahu anak dah besar, tapi sebenarnya kita dah tua tak nak mengaku hahahah. Maklumlah jiwa mak memang selalu muda. Tak pernah kisah dengan umur yang makin meningkat, tapi kisah dengan semua kebahagian yang ada di sekeliling. Apa lagi yang lebih bahagia kan, melihat anak yang meningkat dewasa depan mata kita sendiri. Inilah sambutan hari lahir Ali Imran bagi tahun 2015.


Trip yang dirancang oleh kolin bersama kawan-kawan seUiTM ini menjadi. Terima kasih haza, leen dan mimie sebab sudi menjadi kawan kolin. Yang sentiasa mendengar, bermain dan mengila bersama. Tidur pukul 2-3 pagi kalau dengan diaorang ni. Cerita tak pernah tamat, cerita tak pernah habis. Girls kan!!!


Percaya atau tidak, 2 kali kolin naik gelongsor tu. Memang takut dan tenggelam setiap kali jatuh. Sebab nak teman birthday boy punya pasal, kolin redah juga. Seronok atau tidak Ali Imran, korang tengok lah sendiri mcacam mana dia sengih dengan gigi kapak tu. Memang happy giler, banyak kali lah abang ucapkan terima kasih mamy sebab bawa abang datang ke sini. Disebabkan kolin menginap di resort ini, dapatlah tiket masuk percuma. Tapi kalau tak menginap nak beli pun boleh. Tak silap kolin RM18 untuk kanak-kanak dan dewasa RM28 sahaja. Boleh lah kalau nak try datang ke taman tema ini. Cuma tak banyak lah permainan yang ada. Gelongsor mungkin ada dalam 6 sahaja yang boleh kita cuba. Masa cuti sekolah siap cuti berangkai Krismas pulak masa kolin pergi memang sesak sedikit lah. Tapi still we have so much fun!!


Happy Birthday Ali Imran !!!

Memang tahun ini tak de cake cutting pun. Dia request tak nak nak kek tapi nak durian. So hari tu hubby dah tunaikan permintaan anak bujang ini dengan membelikan durian sampai dekat 10 biji untuk dia makan. Happy giler, lagi pulak dapat getaway main bersama-sama kawan-kawan memang sengih sampai ke telinga. 

Tiada apa yang lebih gembira apabila melihat anak-anak gembira. 


Love,

Kolin Zainal

Kembali ke sekolah untuk 2016

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tahun yang agak mencabar bagi kolin apabila kedua-dua anak mula bersekolah pagi dan petang. Sudah tentunya tumpuan diberikan lebih kepada Alisa sebab masuk darjah satu kan. Lisa bukan morning person, so dia memang suka bangun lambat. Bertabahlah hati mamy yang kejut dia setiap pagi, sebab setiap pagi lah dia melalak nak pergi mandi. Tapi lepas mandi dah siap pakai baju, mood Lisa akan berubah jadi baik.

Kalau dulu bangun jam 6.00 pagi, kini kolin bangun jam 5.45 pagi sebab nak siapkan sarapan dan bekal bagi anakanda tercinta. Maklumlah kalau dulu Imran memang tak kisah bekal atau tidak. Tapi Lisa dah terbiasa bawak bekal ini memang minta bekal sajalah. Kreatif lah kita ni nak memasak tetiap pagi supaya dia dapat makan breakfast dan bekal. Setakat ni kolin masak mihun, roti telur dan buat air milo. Dalam planning nak buat nasi goreng kampung nanti. Dan bermula juga lah stok barang makanan dalam peti ais bermula. 

Hari pertama Lisa ke sekolah, kasihan abang Ali Imran sebab mamy dan papa tak teman. Tapi abang sangat memahami sebab Lisa pertama kali masuk sekolah bukan. Inilah budak darjah satu SJKC Jinjang ..



Lisa sangat yakin dan bersahaja. Mungkin pasal kolin dan hubby dah masukkan dia sekolah dari umur 4 tahun kan. So dah terbiasa pergi sekolah. Kolin harap Lisa dapat catch bahasa ketiga yang bakal dia pelajari kelak. Ini semua pelaburan semoga dia berjaya di masa akan datang.

Dah selesai sekolah pagi, bermula lah cabaran sekolah petang. Memang nampak sangat kelam kabut. Ya laa dah makan tengahari nak bersiap ke sekolah agama pula kan. Kali ini satu sekolah dengan abang Ali Imran.
Memang lega lah kolin sebab dah tahu ada abang akan jaga Lisa nanti. Tahu saja lah keadaan kantin kan.


Inilah permata hati kolin dan hubby. Semoga keduanya mendapat manfaat ke atas semua yang cuba kami lakukan. Pendidikan yang terbaik dan penjagaan yang terbaik. Memang agak terasa lah perbelanjaan kali ini bertambah. Apa nak buat, kalau asyik komplen pun tak jadi bukan. Nak ikutkan semua nak baru, tapi nasib baik ada juga yang lama masih boleh dipakai lagi. Bersyukurlah....

Good luck Lisa for your 1st year!!
Please be kind and do all your homework's ya

Doa yang terbaik untuk Ali Imran & Alisa Maisara

Till we meet again in "kembali ke sekolah" mana tahu ada yang dapat naik pentas lagi tahun ini kan! Amin!

Love,

Kolin Zainal



Hidangan RM9.90 hanya di The Crazy Bites

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa sangka di Subang Jaya, Selangor, korang boleh dapat hidangan semurah RM9.90. Tiada GST dan tiada Service Charge yang dikenakan hanya RM9.90 sahaja. Lagi best korang boleh buat pilihan nak makan burger, spaghetti, nasi atau pizza. Menarik bukan! Kini di The Crazy Bites yang terletak di Jalan SS15/4D Subang Jaya ini menjadi salah satu tempat makan yang menarik dan memang murah. 



The Crazy Bites yang dibuka dari 12.00 tengahari sehingga 12.00 malam setiap hari ini mempunyai ruang makan yang sangat selesa. Sekiranya korang datang ke sini bersama kawan-kawan atau keluarga untuk makan sambil bersantai memang sesuai sangat. Lagi pula di The Crazy Bites menawarkan WiFi percuma untuk semua pengunjung mereka. Keselesaan para tetamu menjadi satu trademark di sini. Siap ada tempat merokok disediakan. Pendek kata semuanya ada di sini bagi keselesaan para pengunjung.


Hidangan RM9.90 yang ada di The Crazy Bites ini dihidangkan bersama soft drink. Diantara hidangan yang boleh korang cuba di sini ialah Johan's Nasi Lemak. Nama nasi lemak ini bersempena dengan chef mereka yang menyediakan hidangan ini. Nasi mereka di masak bersama pati daun pandan, sambal manis-manis pedas, siap dengan timun, ikan bilis dan juga telur rebus. Lagi menyelerakan ayam goreng berempah mereka yang sememangnya dihidangkan tiada tulang, boneless. Sedap, lazat dan kalau nak tahu sedap atau tidak sesuatu hidangan nasi lemak terletak pada sambalnya bukan. 
Di sini sambal nya memang terbaik. Siapa sangka RM9.90 dapat hidangan yang begitu mengenyangkan.


 Bagi peminat spaghetti, di The Crazy Bites menyediakan beberapa pilihan yang boleh dicuba. Ada Flammed Grilled Chicken Pasta, Clam Vongole atau Al Fungi Pomodoro. Setiap spaghetti ini mempunyai keunikkan tersendiri.  Kalau minat ayam ada spagheti ayam, kalau daging ala-ala bolognise juga ada. Paling unik spaghetti mereka yang ada kepah iaitu Clam Vongole, cukup mewah. Sedap dan sudah tentunya menyelerakan. Sekali lagi hidangan ini di hanya RM9.90 sahaja siap dengan soft drink. 




Tak cukup dengan nasi lemak dan spaghetti, mereka ada pizza juga. Pizza dia memang menjadi pilihan kolin sebab doh mereka nipis sahaja tak tebal. Kalau dah sejuk pun masih ranggup dan tidak liat. Untuk bahagian topping atas pizza di The Crazy Bites memang banyak. Dengan RM9.90 dapat pizza dan soft drink pada kolin cukup ekonomi. Makan mewah pada harga yang sangat berpatutan. Penjimatan hebat!

Pizza yang dihidangkan ada beberapa pilihan juga. Ada Hawaiian Chicken Pizza, Mushroom Pizza, Margarita Pizza dan Sausage Chicken Pizza. 



Pizza yang disediakan di sini sememanya lain daripada yang lain. Semuanya dihasilkan sendiri dan boleh dikatakan homemade. Memang sekali cuba korang boleh jatuh cinta.  Jangan lupa layari www.thecrazybites.com.my untuk lebih informasi mengenai hidangan yang mereka ada di sini. Ada juga menu baru untuk korang cuba. Paling kolin suka di sini adalah suasana tempat makan mereka. Semuanya pink dan purple. Menepati dengan maskot mereka kirikurru yang sangat comel untuk dibawa pulang. 

Hidangan seterusnya ialah burger. The Crazy Bites ada banyak pilihan burger untuk dipilih. Ada ayam, daging, ikan dan juga dari buah campur sayur. Haaa..ini lah kelainan yang ada di The Crazy Bites


Ini burger Apple Mushroom Bites.  Kalau rasa boring nak makan ayam, cuba lah yang ini. Epal hijau dan cendawan yang digrill menjadi menu hidangan utama burger ini. Mewah dengan sayur dan sos tersendiri, kolin merasakan inilah burger yang patut korang cuba. Tak mahal pun, hanya RM9.90 dengan air. 
Boleh juga nak dijadikan menu jaga badan kut. Yang sedapnya, epal hijau yang di grill ini tak masam langsung. Semuanya kena rasa dan tempatnya. Secara peribadi burger ini menjadi pilihan kolin. 

Rooster Bites

Selain itu ada burger Ox Bites yang boleh korang cuba.  Semuanya RM9.90 sahaja dah termasuk air.
Pelbagai hidangan nasi lemak, pizza, burger dan juga spaghetti boleh dipilih, yang penting memang harga yang ditawarkan adalah harga ekonomi. Buat lah pilihan anda seperti yang ada di bawah ini.

Untuk menu baru di sini pula, peminat ikan salmon, The Crazy Bites menyediakan satu hidangan yang tidak boleh ditolak. Keenakkan Salmon Bites yang dihidangkan bersama Charcoal Bun ini sangat menyelerakan.  Rugi tak cuba kalau datang ke The Crazy Bites di Subang Jaya ini.



Hidangan lengkap dan menyelerakan ini lebih manis di kongsi bersama kawan-kawan. Memang kami seronok berkongsi makanan yang enak ini. Bersama Tommy, Elena, Aliza dan Sally di The Crazy Bites memang tak kering gusi. Asyik bercerita dan berjenaka sampai terlupa masa berlalu.

Tak ketinggalan kirikuru yang sangat comel untuk dibawa pulang. Dengan belanja RM80.00 dalam satu resit, anda dapat percuma anak patung comel ini yang berharga RM18.90. Apa tunggu lagi, follow mereka di FB dan Instagram yang berikut: 
www.instagram.com/thecrazybites 
www.facebook.com/thecrazybites


Jemput lah datang ke The Crazy Bites yang terletak di Subang Jaya ini. Kalau tak tahu lokasi, buat sahaja macam kolin Waze jalan untuk sampai. Jangan lepaskan promosi RM9.90 yang ditawarkan di sini kerana ianya sememangnya berbaloi.

Love,

Kolin Zainal

Bayou Lagoon Resort, Melaka

assalammualaikum dan salam sejahtera

Trip kolin bersama kawan-kawan kali ini ke Melaka. Hotel ini menjadi pilihan kami sebab theme park yang ditawarkan. Kedudukan di luar bandar hilir sedikit sebanyak menyenangkan kami sebab tak sesak lah sangat kan. Nak check ini di sini kena ambil nombor giliran. Kami dah pun booking online iaitu satu studio dan satu lagi apartment dua bilik. 


Kami dapat bilik di tingkat 8, Blok B. Jom tengok macam mana bilik yang ada di Hotel ini. 


  Dua katil single dan ada 2 unit air cond dalam apartment studio ini. 


Ruang dapur dan tempat makan


Ini pula sofa yang ada mengadap TV 




Setakat ini penginapan apartment studio untuk 2 malam ini memang nampak selesa.
Cuma kalau high occupancy korang kena bertabah sikit dengan lif. Lif ada 3 sahaja dan kecil.
Memang masa nak naik dan turun bersesak-sesak juga lah. 

Tahap kebersihan bilik 3 bintang dari 5 bintang lah boleh kolin beri. 
Tuala yang dibekalkan di setiap bilik macam berbau sedikit mungkin tak kering betul.
Pekerja di bahagian depan kaunter peramah dan tanya lah apa sahaja memang mereka amat membantu.
Overall hotel ini biasa-biasa sahaja, mungkin yang menarik pasal taman air mereka kut. Next entri kolin share ok. Till nex time... Inilah Boyou Lagoon Resort, Melaka.


Love,

Kolin Zainal

Selamat Tahun Baru 2016

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat tahun baru korang...dah 2016 pun
azam baru, niat baru

Azam No. 1 ..nak kurangkan berat badan yang menjadi -jadi 
Azam No. 2 ..nak simpan duit pergi ..... (sila isi tempat kosong)
Azam No. 3..nak belajar driving Auto hahahhaha

So itu sahaja buat kali ini..doakan kolin ok..

Happy New Year !!!