Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

resipi mangga asam boi


Sudah lama nak try buat sebenarnya tapi tiada kesempatan. kebetulan kolin pergi kedai Dan ada pulak yang menjual buah mangga muda memang pucuk dicita ulam mendatanglah. harga dalam RM2 sahaja sekilo. murah kan!

dah beli potong-potong mangga masuk dalam bekas yang ada


kolin pakai cili hijau yang besar, takut guna cili padi sebab memang tak tahan pedas. kiranya ada cili dah memadai lah. tak lupa juga kolin masukkan satu sudu gula dan Asam boi sebanyak mana yang kolin suka. cari yang merah kat kedai tak ada pula, tu pakai lah yang putih. selepas semua dah letak bersama dalam satu bekas bolehlah kita gaul dengan mesra kan.

untuk proses mengaul kolin ada assistant yang selalu membantu mummy di dapur. anak bujang kolin, ali imran memang suka sangat membantu bila kolin buat kerja dapur. laju aje ali imran tawar diri nak menolong gaul mangga asam boi.


rajin kan anak mummy!

dah siap gaul rata, kolin letak air sedikit dan masuk dalam peti ais untuk rasa yang lagi aummm. terlupa sangat nak snap gambar bila dah siap makan sebab teruja sangat nak rasa hahaha. tapi memang sedap buat pencuci mulut selepas makan

boleh lah kolin bisnes lepas ni kan hahaha

#jommakan

nyata jelita dengan FAREEDA

Assalammualaikum

buat semua peminat Fareeda, jangan lupa singgah di SACC Shah Alam mulai esok sehingga khamis 19 Mac 2015. Jualan sangat murah dengan kadar harga dari RM80 sehingga RM150 sahaja.

Tak lupa juga kepada yang nak cuba kelembutan dan rekaan yang disediakan oleh Fareeda. Boleh lah cuba kan dengan tawaran harga patut. Jum kita shopping yeah!!

Nyata Jelita dengan Fareeda











Makan-makan di Hotel River Majestic Riverside Kuching Sarawak

assalammualaikum

OMG.. i am a food lover..seriously
kalau tidak tak akanlah berat dari 55 kg menjangkau naik ke angka yang lain kan hehehe
Kolin hampir terlupa nak share semua food yang disajikan semasa berada di Hotel River Masjestic Riverside di Kuching Sarawak bulan Januari yang lalu.

Lunch - Day 1




yang paling menarik perhatian kolin adalah chocolate fountain ini ok
memang macam jakun sangat sebab tinggi wei.. terhegeh-hegeh kolin salut la marshmallow dan buah-buahan yang disediakan dalam coklat ini. Memang teruja tengok line up dessert yang ada dalam Hotel Riverside Majestic di Kuching.



this is what on my plate for day one lunch. banyak tak??!!!
lantak ler..semua nampak sedap ko.. balik KL nanti kita timbang aje lah rasa bersalah itu hahaha


ada juga makanan sihat. pendek kata kolin aja yang pilih makanan berlemak itu untuk di papah balik hahaha.
Panjang tak kata apa-apa..dia suruh makan aje ok


Inilah model chocolate fountained heheheh

Selesai Lunch day one di Hotel Riverside Majestic. Petang itu kolin dan ika try seberang sungai sarawak untuk membeli ikan terubuk dan kek lapis sarawak yang memang terkenal di seberang sungai. Memang gugup berdebar jantung bagai naik sampan ini tau. Atika Nasrah itu menjerit-jerit sambil ditenangkan oleh penduduk tempatan hahaha. Kenangan yang manis sangat buat kami berdua




Bila sahaja pakcik tu mendayung hilang terus gemuruh naik sampan ini tadi. Sekejap aje dah sampai ke seberang. Masa untuk shopping!!!!


Kalau kat sini banyak kedai kek lapis yang kita boleh pilih. ada dayang kek lapis, mira kek lapis dan bermacam-macam. Rajin tak rajin aje kita nak berjalan. buat kolin dan ika kami ambil saja apa yang ada sebab masa agak suntuk uhuhuh


Dah siap membeli beratus ratus duit ku abis itu. Masa untuk pulang ke hotel sebab malam ini ada kerja lagi ler. Maghrib kat sini pun awal kene cepat bersiap untuk acara malam pula.


lawa tak iklan gigi weh...


ok dah review makan lunch day one kan. Kolin rasa macam lupa nak tangkap gambar dinner malam tu. Rasanya terlalu sedap sampai leka nak ambil gambar huhuh
seperti biasa..lif ada cermin besoo..
aku kan sawan gambar hahahha
tapi kali ini kolin bawak member .. ko hade heheh

 Nanti kolin update makan lagi ye!!

see ya!

Hotel Flamingo Ampang, Selangor

assalammualaikum

Sekiranya anda masih tercari-cari penginapan yang sesuai untuk percutian singkat di ibu kota, boleh lah pertimbangkan untuk menginap di Flamingo Hotel, Ampang. Lokasi yang sangat baik di tengah-tengah kawasan yang sibuk dan pastinya tidak akan menghampakan kalau nak keluar mencari makanan dan membeli belah. Berhadapan dengan Ampang Point memberi kelebihan kepada hotel ini untuk menjadi tempat persinggahan untuk istirehat.


Kawasan lobi hotel yang lapang sangat


Ruang masuk ke restorean di dalam hotel


Pintu masuk restoran


Pemandangan yang ada di luar restoran


Ini lah tasik yang berada di luar hotel ini. Tasik kecil ini boleh digunakan untuk tujuan beriadah dan sebagainya. Suasana yang sunyi amat memenuhi kehendak kepada yang perlu beristirehat. Hotel ini mempunyai suite, chalet dan juga bilik standard mengikut pilihat bajet anda. Jom kita review suite di sini.


Set toiletteries yang ada disediakan untuk guest 


Ruang sinki yang luas dengan cermin yang besar 
sesuai untuk kolin yang suka membelek muka nih



ruang almari yang besar siap bathrobe dan iron in house lagi
senang lah kan..tak perlu nak kemana-mana


Meja solek khas tuk kolin ek


katil king yang sesuai untuk 2-3 orang kalau small medium size ler heheh



lawa tak suite nih...memang menenangkan ok.
tak sabar nak tidur malam karang tau

dah puas view toilet dan bilik yang ada
jom kita view balkoni yang disediakan. Suite ini mengadap ke arah tasik dan swimming pool tau


Balkoni di suite ini memyediakan bangku untuk kita melepak-lepak dan bersantai. 


OMG.. kolin harap ada masa untuk kolin hang out kat pool tu nanti 
memang lawa dan tempting..maklumlah cuaca panas


kolin yang selalu perasan harus selfie dengan berlatarbelakangkan kolam renang nan indah itu
Seronok sangat berada di Flamingo Hotel, Ampang
Terima kasih Mr. Guna yang sudi melayan karenah kolin sepanjang berada di sini. 
Mana tau kita boleh berkerjasama lagi di masa akan datang kan

Buat semua yang ingin mencari 'short getaway' untuk keluarga dan anak-anak bersuka ria. Sila lah singgah dan cuba menginap di hotel ini. Kolin pasti anda akan berpuas hati dengan bilik dan perkhidmatan yang disediakan nanti. 



ok bai..dah malam ni  wei..nak tido.. zzz zzz zzz

Selamat Pengantin Baru Aween & Adha

assalammualaikum

Dah berlangsung pun majlis persandingan adik kolin yang no. 5 iaitu aween. Majlis diadakan dengan serba sederhana tapi meriah. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan tenang. Takde pergaduhan atau pergelutan yang berlaku hahahah

Kolin dikesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis kami ini. Sekiranya ada yang terkurang atau tersalah mohon maafkan kolin sekeluarga. Kita manusia tak pernah buat silap kan. Elok kita muhasabah diri kita, sebab selama ini Allah SWT tutup aib kita untuk kita dipandang Mulia dan Baik di sisi Masyarakat. Kalau lah kita sibuk buka aib orang, bayangkan Allah SWT buka aib kita pula. Memang tak dapat digambarkan..betul tak??!

Ada rupa ustazah tak rupa kolin menulis ini hahahahha. Ini semua kolin cedok dari pesanan ceramah yang kolin sempat dengar dalam TV dan radio. Kekadang ada juga orang yang pesan pada kolin. Jadi kita bersangka baik sajalah kan..

 ayuni, alisa, aqilah, imani dan alawiyyah


Inilah princess dalam keluarga besar kami. Mereka semua ditugaskan menjadi flower girl untuk achik aween. Akan tetapi sebelum majlis bersanding semua flower girl dah tumbang sebab mengantuk masing-masing bangun awal untuk bersiap hahah. Takpe lah janji ada kenangan bila mereka dah besar nanti. 



Inilah pengantin baru kami...
Gambar ini kolin sempat rakamkan setelah semua majlis dah selesai dengan jayanya


Meja makan beradab


Pelamin yang sempat kolin posing sebelum semua majlis menjadi sibuk
nasib baik lah cuaca panas kalau lah hujan memang naya kan


Terima kasih banyak untuk ina dan mimie sebab sudi hadir di majlis adik kolin ye
terbaik lah uoolsss..yang kolin tak jemput tu janganlah terasa. Mereka ni kolin jemput sebab kenal aween. Yang tak kenal memang kolin tak jemput. Iye lah ..ini majlis aween kan..Kalau kolin buat..pasti semua kolin jemput tau!!



Buat kawan lama kolin yang memang sehati sejiwa masa di Shah's Village Hotel dulu. Terima kasih Zaila dan Syaiful sudi datang sekeluarga ke majlis kami. I miss you damn much zaila


Again...flower girl yang sempat posing atas pelamin



Ini ajelah gambar yang sempat kolin rakam sepanjang majlis berlangsung. Sebab terlalu sibuk melayan tetamu yang datang pada hari tu.

Selamat pengantin baru adha dan aween


love both of you damn much!!!