Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

BERSENDIRI DALAM RUMAH TANGGA



bahaya giler menda sendiri dalam rumah tangga ni
memang mengundang yang negatif banyak sangat dari positif ni

inilah isteri zaman moden, berkerjaya, berkebolehan dan berdikari
memang boleh buat SENDIRI

suami pula ambil kesempatan sebab isteri berdikari dan boleh buat semua SENDIRI

kolin rasa kan ini penyakit baru dalam rumah tangga

buat kaum lelaki, kalau rasa nak berkahwin dan membiarkan isteri anda melakukan banyak perkara dengan sendiri. baik lupakan niat anda ianya mengundang permasalahan yang kecil ke besar

ini yang kolin sedut dari FB bebaru ni
 Scary kannn~

cashout pertama dari nuffnang

assalammualaikum

wahahahhahaha...gumbira rasa hati kolin
selama ini berblog dan kali ini dapat income dari blog yang serba kekurangan ini, kolin masih baru di dunia blog 
apatah lagi nak bersaing dengan blogger yang super terkenal
kolin ambil apa yang mereka kecapi selama ini sebagai role model kolin untuk terus berjaya. Inilah hasilnya, cashout pertama kolin. Bangga!!!!


kolin happy sangat walaupun amount yang tak banyak
kolin berblog pun nak berkongsi pengalaman dan kegembiraan kolin.
kolin share ini supaya dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada yang lain supaya jangan putus asa untuk berblog. Kolin berblog hampir 4 tahun untuk dapat income pertama ini.

Now i am super excited to receive cheque from nuffnang.
cukup lah untuk bayar bil telefon pada permulaan ini..
sok lusa bantu kolin bayar kereta dan rumah!! siapa tahu kan..Rezeki di tangan Allah SWT 
doa banyak-banyak untuk kolin ok...

thank you nuffnang!~


cara buat popiah simpul kasih

assalammualaikum

simple sangat menatang ni bak kata aku..orang buta pun boleh simpul hehehserunding ikan tongkol tu kolin beli masa bulan puasa..dah lama kut
kulit pastri tu pun...memang tersadai dalam peti sejuk sebab 
tempahan manik mengalakkan so memang tak berusik lah

semalam masa tengah melepak-lepak tengok TV kolin tergerak nak menyimpul
so gerak-gerak khas pun bermula jeng jeng jeng

mula-mula alas surat khabar
ambil pinggan, gunting, sudu ..letak laa serunding ngan kulit pastri tu..dah siap sedia ..ok jum nyimpul


kalau selalunya orang panggil ini popiah kecik
disebabkan kolin ni menikah dengan orang utara 
mereka yang sangat kreatif dan memudahkan semua kerja
menatang ni tak perlu digulung rapi..hanya simpul ok
lepas tu letak nama kuih simpul kasih..
ko tengok ...betapa disimpul nya dengan penuh kasih sayang dari seorang ibu macam aku
haa gitu...


bahan-bahan semua beli siap, cuma kolin simpul
jadi lah sebegini selepas digoreng
sedap ok


dapat lah buat sebalang hatta terhangus sikit sebab nak cepat hahaha yang penting kolin pandai simpul kasih ok...terasa terer sangat semoga reena hilang mengidam nak makan eh...






pengalaman sertai bengkel roller blade

Assalammualaikum

Kali ini ali imran dapat join satu bengkel rollerblade yang dianjurkan oleh persatuan penduduk taman kolin. Teruja!


Free ok...memang suka lah semua kan
Lagilah pulak ali imran memang berkebolehan mengendalikan kasut roda. Memang makanan dia lah..

Acara pagi dimulakan dengan sesi berkenalan dan bahagi kumpulan. Selesai sahaja tenaga pengajar sediada memberi pendedahan betapa perlunya keselamatan. Semua padding dan helmet dipakaikan. Safety first ye!!



Bagusnya siap bagi breakfast, lunch and noon tea break
Dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang
Seramai 44 anak anak yang join
Ohsem sangat aktiviti ni bagi anak membesar kan
Imran happy sangat bila diberi sijil penyertaan


Alisa tak dapat join sebab tak cukup umur
Tapi dia setia menemani abang ali sehingga abis ok
Thumbs up alisa!





DEMAM FROZEN: alisa vs elsa

assalammualaikum

cer bagitau kolin budak mana yang tak suka frozen..cer citer
termasuk lah anak perempuan kolin si lisa
tapi abang dia ali imran pun suka...CD tu pasang sampai dah hafal
dialog dan lagu-lagu dalam cerita frozen tu

nak dijadikan cerita..elsa or anna yang menjadi pilihan 
dan tentu elsa lah kan..killer song dia nyanyi kunun
pergi pasar malam melalak-lalak nak baju frozen

RM40 ye di masa itu..sebelum raya lah
masa raya tu RM80 baju yang sama 
mengila kome buat duit raya kann

ada macam-macam gaya..ada macam-macam pose
yang penting tetap FROZEN ok


ni 1st time pakai..bulan puasa masa tu
dah jiran-jiran flat aku tanya..
lisa pakai cantik-cantik ada birthday party ke..
kaedah sangat birthday party di bulan puasa kannn


second pose..

 yang ini masa kami p Jalan TAR hari tu 
sambil beratur menunggu kebab yang sedap tu..
dema ni pose aje lah kerja

bukan nak cakap lah ramai betul menyanyi lagu
let it go..let it gooo..
 bila nampak alisa...seronok laa cik kak tu




yang ni pose dah feeling feeling princess sangat ler tu


yang ni nak bagi skirt kembang ...so princess sangat


ini lah anak dara saya ..
Alisa Maisara Binti Sazali
Bakal genap umurnya 5 tahun pada 29 September nanti

mummy love u princess ~

TIPS NAK KURUS

Assalammualaikum

Korang tau ajela kolin ni semakin hari makin bam bam..
Bahagia sangat kata nyee
Well bebaru ini kolin come across dengan satu benda yang sangat menarik. Siap untuk muslimah lagi. Untuk kita semua kurus yeah. Lelebih lagi bahagian perut yang sentiasa sukses menternak lemak kan.


Amacam?!
Ada bran?!
Kolin tengah memikir untuk ambil cabaran ini bagi kurus
Kurus bab perut yang degil haha

Are you up for challenge?
Ayuh kita get fit...fit...fit...ganda 23x hihi

Kolin boleh! Malaysia bole!