Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kolin nak beralih selera sekejap, asyik cerita pasal berjalan aje kan. Kali ini kolin nak berkongsi resipi masak lemak style kolin. Alhamdulillah, jantung pisang yang subur, mekar dan segar ini kolin beli dari rakan sekerja kolin. Dia memang banyak tolong belikan untuk kolin sayur kampung setiap kali teringin. Dan semestinya kalau dah jantung pisang kita selalu rebus aje kan dan cicah sambal belacan. Tapi hari tu hujan dah lah sejuk pulak tu, memang teringin nak makan masak lemak cili padi tau. 


 Punyalah besar jantung pisang yang dia belikan. Kolin beli lah bilis mata biru dari Pangkor ini untuk di satukan bersama dengan jantung pisang ini. Haa...menaip secara laju ini pun dah terliur tau. Dah terbayang makan dengan nasi panas-panas kan.

Selain ikan bilis dan jantung pisang segar yang korang perlukan, ada sikit lagi bahan-bahan lagi. Jom kolin senaraikan supaya korang nampak macam mana nak sediakan bahan ini.

Tapi mula-mula, jantung pisang tu hendak lah di buang dua tiga lapis kulit merah tu dulu. Dua ke tiga atau empat lapis, jangan lah buang semua ok. Buang bahagian tangkai atas sikit dan belah dua dahulu, kemudian belah empat. Masa nak belah semua ini, sediakan periuk berisi air dan di letakkan sedikit serbuk kunyit, supaya jantung yang kita sediakan ini tak tukar hitam.

Kemudian potong lagi ok, jadikan macam kiub. jangan risau dia berterabur tu. Memang macam tu cepat relai jantung pisang ini. Dah siap semua basuh lah bilis yang dah dikopek itu.

Bahan untuk ditumbuk dan tumis:

Cili padi - 15 tangkai kalau suka pedas lebihkan lah
kunyit hidup - ikut suka 
kedua-dua ini di tumbuk sehingga lumat, kemudian di masukkan air. 

Panaskan kuali atau periuk, tuang bahan kita tumbuk yang dah bercampur air tu. Kolin tak tumis minyak, sebab nanti santan dah ada minyak kan. 

Selepas itu, tunggu sehingga cili dan kunyit tu naik bau. Bagi lah cili tu cukup masak. 
Sambil tu, masukkan daun limau purut, serai, dan asam keping sikit, tunggu lagi.
 Bila rasa dah kering, masukkan air lagi. Janji cili kita tumis tu cukup masak. Selepas itu masukkan ikan bilis. Kolin suka bilis tu lembut, so biar lah sampai dia empuk dahulu. Nampak dah ok, dah lembut, kolin masukkan jantung pisang pula. Gaul rata sekejap dan kemudian masukkan santan. Kalau rasa kurang kuning hasil dari kunyit hidup tu, masukkan kan lah kunyit serbuk sedikit dalam tu sekali. Tunggu sampai jantung pisang tu lembut tau. Lembut sebab sedap nak makan nanti, buh garam sikit masa nak tutup api tu ok. Jangan banyak sangat sebab dah ada bilis tu, nanti masin pulak kan. Dah ikuti semua itu, dah pun siap lauk kita. 

Selamat mencuba !!!

Love,

Kolin Zainal


Part 2: percutian keluarga di PEARL INTERNATIONAL HOTEL

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi hari kedua kami di PEARL INTERNATIONAL HOTEL, kami bersarapan di Cafe 5. Terletak di tingkat 5, Cafe 5 menyajikan pelbagai pilihan sarapan. Yang suka nasi lemak, western ataupun yang berdiet pun ada. Ini dalam pakej 3 Day 2 Nights Fun & Play tu tau. Memang ada sarapan pagi termasuk sekali. Kami kena makan cepat dan bersiap-siap, sebab dah tempah shuttle ke SUNWAY LAGOON. Yahooo...
Buat pengetahuan korang, hotel ini terletak di Jalan Kelang Lama. Dalam 10- 15 minit sahaja perjalanan. Tapi yang lebih excited sebab package ini dah disiapkan shuttle untuk hantar dan ambil balik tau.

Cepat bersiap, mandi dan kami semua dah ready ke Cafe 5 untuk bersarapan. 


Pilihan anak-anak kolin memang bijirin dan susu lah. Kegemaran mereka dari kecil sehingga lah sekarang.
So kalau kat rumah nak siapkan breakfast memang kolin senang hati sangat. Sebab mudah aje kan.


Selain hidangan ini, ada juga hidangan lain juga.


Hidangan bubur nasi


 Nasi lemak


Salad dan cocktail


Vegetarian Dhal


Muka bangun pagi kelaparan.


Ini yang sempat kolin makan untuk first round hahahah. Makan lebih sedikit pagi ini, aktiviti banyak kan.
Selepas dah bersarapan, kami terus ke Lobby Hotel untuk shuttle kami ke Sunway Lagoon.
Sekali lagi kolin nak cerita, ini dalam pakej tau. Kalau tak pasti korang boleh rujuk link ini

http://alialisakreatif.blogspot.my/2016/11/part-1-pearl-international-hotel-3d2n.html



Cantiknya dekorasi Lobby PEARL INTERNATIONAL HOTEL ini. Lawa dan segar sahaja.
Masa melangkah masuk kat sini, kolin terus dah on kamera nak tangkap gambar. Warna-warna yang digunakan sangat segar dan menarik. Lawa sangat !! 


Ini pula shuttle kami yang dah siap sedia untuk menghantar kami ke Sunway Lagoon. Walaupun kolin sekeluarga tahu nak drive ke sana, tapi dah ada perkhidmatan macam ini, mestilah guna. Lepas dah bermain dan mandi manda di Sunway Lagoon, tak perlu penat-penat nak bayar tiket parking dan pandu kereta. Tunggu sahaja dan shuttle dari Hotel dah sampai. Itu yang kolin cadangkan buat semua kawan-kawan yang teringin nak bercuti didalam bandar atau mana tahu ada antara korang dari utara, selatan atau timur yang nak bercuti kat Kuala Lumpur, ini antara pakej atau penginapan hotel yang boleh korang pertimbangkan.
 



Dah sampai pun Sunway Lagoon !!! Kan kolin cakap pakej dari PEARL INTERNATIONAL HOTEL berbaloi. Lepas ini kami nak pergi redeem tiket dan bersuka ria. Dah panjang sangat pun entri kali ini. Bercerita mengenai Sunway Lagoon in next entry ye.. Terima kasih kerana membaca entri ini.

Love,

Kolin Zainal




Happy Birthday Papa !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Selamat hari lahir papa !!!
Happy birthday papa !!
Sannah Helwah papa !!

Semoga diberkati, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan semoga sentiasa menjadi yang terbaik untuk kami sekeluarga. Kami dah terbiasa, setiap kali kelahiran sesiapa dalam rumah memang sambut. Siap buat surprise lagi tau. Anak-anak buatkan kad sendiri tau.

Bersempena Kedah menang pada perlawanan bola sepak Piala  Malaysia tu, memang jadi macam hadiah hari lahir buat suami yang merupakan anak jati Kedah lah.

Pulun Kedah Pulun !!!




Alhamdulillah, sambutan kecil-kecilan sahaja, sebab hari bekerja kan. Lagipun kami sekeluarga baru sahaja balik stayvacation di Pearl International Hotel. Itu kira birthday getaway untuk hubby lah kan. Semoga papa happy selalu ye !!



Kalau nak tahu siapa tukang ambil gambar keluarga kami, ini lah dia. Anak buah sebelah suami si Amy. Dia pun dah join #alifamily dah hahahahha.

Terima kasih baca entri ini.

Love,

Kolin Zainal

Pasar Payang, Kuala Terengganu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Buat korang yang ingin bercuti ke Kuala Terengganu, kolin teringin nak berkongsi pengalaman kolin sepanjang bercuti 3 hari 2 malam kat sana. Kalau dipendekkan kisah, kolin suka Kuala Terengganu sebab bersih aje tempatnya. Satu lagi makanan pun ada pelbagai pilihan nak cuba. Tempat pertama yang kolin tuju semasa di sana ialah:

1. PASAR PAYANG

Pasar payang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dari hotel penginapan kolin. Senang nak ke sini kalau guna WAZE buat yang pertama kali meronda di kawasan ini. Tapi agak benggang, sebab tak nampak apa-apa papan tanda kena bayar parking semasa parking kereta agak jauh dari kawasan Pasar Payang ini. Kolin dan hubby perhatikan jugak kawasan keliling ada aje orang parking kereta tepi sungai tu, tak nampak pula apa-apa tiket. Sekali balik dari shopping dapat sekeping kertas. Ingatkan kena bayar parking, sekali saman RM90 tau. Lepas ini minta sangat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu letak laa papan notis besar-besar buat pelancong dalam negeri macam kami. Serius, memang kolin dah semak keliling tak nampak apa-apa pun. Kami sengaja parking jauh sebab nak elak jem beratur ke Pasar Payang tu tau. Siap berposing-posing lagi sementara jalan kaki ke situ. 


Haa tepi-tepi sungai ini lah ada kotak letak kenderaan. Sekali mana tahu kena saman !!!


Alisa gaya bawak skuter bawak mami dia pergi shopping kat pasar payang hahahah


Cara Alisa posing korang mesti dah boleh agak kan..Sana panas weiii


Yang ini memang sentiasa berdua aje, kolin dah kena mengalah. Alisa dengan papa rapat. 

Sekarang kolin nak jamu mata korang, ada apa kat PASAR PAYANG ini. Korang hanya perlu sediakan cash atau wang tunai yang banyak sahaja !!! Sebab kalau boleh beli sekali barang kemas kat sini, murah sangat-sangat wei..Rambang mata sangat nak pilih. 





Banyak makanan tempatan kat sini yang boleh korang cuba. Kolin borong keropok lah dulu. Pelbagai pilihan, tapi cari yang nipis-nipis tau. Sekejap goreng dah garing dan yang penting sedap. Kolin beli kat pakcik dan makcik tepi-tepi pasar. Harga pun murah sangat mereka bagi. 

Telur penyu mentah atau yang telah direbus ada. Biasa direbus dengan daun pandan untuk hilangkan bau hanyir. Ini lah makanan orang tempatan kat sini. Jangan tanya kolin apa rasanya. Sebab kolin tak sampai hati nak makan pun. Tapi orang yang makan cakap rasanya masin-masin. Mungkin ada khasiat di dalam telur penyu kerana ianya masih mendapat permintaan orang. Kalau tidak mesti tidak dijual lagi kan. 

Giliran acara yang di tunggu-tunggu, beli kain !!!!!!




Rambang mata lah tengok semua kain mengerlip kat sini. Pergi kedai mana pun semua harga boleh di tawar mengikut lah apa yang kita nak. Tapi biarlah kena dengan harga kan. Pilihan warna pulak terlampau banyak. Dari RM90 untuk batik printed boleh dapat sampai RM50. Murah betul, kain pun elok. 

Bukan kain batik sahaja, pelbagai juga baju tshirt, baju kanak-kanak pun banyak. Sediakan WANG anda sahaja kalau ke sini. Tapi betul-betul kolin cakap di sini lagi murah berbanding kat Kuala Lumpur. 


Dah selesai beli semua yang diperlukan, sebelum duit habis jom lah keluar dahulu hahahhaha.
Bahaya duduk PASAR PAYANG lama-lama, nanti pokai tau.


Kalau tak naik flight, korang boleh lah borong buah-buahan tempatan segar kat luar pasar ini. Sayur-sayuran pun banyak tau. Harga boleh tahan, yang penting segar. 

Belakang tu bangunan lama tu lah PASAR PAYANG 

Itu sebahagian DAMAGED yang telah dilakukan oleh kolin sekeluarga semasa di PASAR PAYANG. Keluar dari situ, masing-masing terus beli air dan keropok lekor. Sebab kat sini lah keropok lekor sedap-sedap di jual di tepi jalan kan. Lepas ini nak pergi makan pulak. Sambung lain kali ya.

Love,

Kolin Zainal

GIVEAWAY: PLAY-DOH Town Firehouse untuk dimenangi

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang tidak suka bermain dengan  PLAY-DOH kan. Dari kecil sehingga ke peringkat dewasa pasti suka bermain bersama PLAY-DOH.  Ianya adalah satu  permainan yang sangat mesra dan tidak membahayakan.  Oleh itu, kolin nak lah pembaca blog kolin pun dapat bermain bersama-sama.  Benda yang baik harus dikongsi bersama kan !

Seperti yang kolin janjikan sebelum ini, kolin nak buat GIVEAWAY !!!
Korang semua dijemput join dan boleh lah menang PLAY-DOH untuk anak, anak saudara atau menangi lah GIVEAWAY ini untuk diri sendiri,

 #kolinPLAYDOHgiveaway 
7 November sehingga 10 November 2016

Ada sesiapa yang teringin nak menang PLAY-DOH TOWN FIREHOUSE  yang berharga RM139.90 tak?  Sama macam gambar yang ini, 
sila baca arahan lengkap di bawah gambar ok.



Sila ikut arahan di bawah untuk menang set PLAY-DOH yang dalam gambar ni tau.

1. Follow Instagram Kolin Zainal @kolinzainal

2. Kongsi gambar di atas di Facebook atau Repost di Instagram. Pastikan 'Public' dan    jangan lupa masa upload jangan lupa masukkan kedua-dua hashtag ini:
#playdoh60my dan  #kolinPLAYDOHgiveaway

3. Dalam caption korang tulis kenapa korang nak menang set PLAY-DOH Town Firehouse, macam contoh ayat di bawah ini.

Saya nak menang giveaway dari kolin PLAY-DOH Town Firehouse kerana .........

tak perlu panjang-panjang pun, janji menarik dan senang untuk difahami.

4. Tarikh tamat GIVEAWAY ini pada 10 November 2016 (Khamis) dan pengumuman pada
 11 November 2016 (Jumaat). Pemenang GIVEAWAY perlu memberi maklumbalas Nama, No. Telefon, Email dan Alamat dalam masa 24 jam setelah diumumkan menang. Jika tiada respon, pemenang lain akan dipilih. 

5.  Pemenang kepada hadiah GIVEAWAY ini perlu mengambil sendiri hadiah di alamat ini:

GO Communications
S111 & S1112, 2nd Floor Centrepoint
3 Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama 
47800 Petaling Jaya 
Selangor Darul Ehsan 

Itu sahaja yang perlu korang semua buat untuk memenangi set PLAY-DOH ini. Senang sahaja kan. Sila share dengan kawan-kawan dan saudara-mara ok. Mana tahu kali ini tuah anda bawa pulang keriangan bermain PLAY-DOH di rumah. 

Semoga berjaya korang !!!!

Love, 

Kolin Zainal

 

 

Wanginya NIVEA Skin Delight Body Milk yang baru ini

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa yang tak kenal jenama NIVEA kan. Dari zaman ibu kolin sehinggalah sekarang NIVEA tidak pernah mengecewakan. Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif, tetapi kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna adalah cermin kepada kecantikan diri. 

Dari zaman Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Tapi dalam era moden kita sekarang semua mudah. Dimana ianya dianggap satu lambang kemewahan dari hujung rambut hingga hujung kaki sekarang mudah dimiliki. NIVEA Skin Delight Body Milk di inovasikan bagi kita semua kaum wanita menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan seri, mood semasa atau selepas mandi. 


Ditakrif sebagai rawatan terulung bagi kulit yang kering, minyak badan berfungsi sebagai pembekal keanjalan dan seri kepada permukaan kulit bermula dari dalam. NIVEA Skin Delight akan menyerap serta menikmati segala kebaikan yang terkandung tanpa rasa melekit pun. Ini kerana NIVEA SKIN DELIGHT yang mengandungi nutrisi penjagaan terbaik minyak badan dalam bentuk 'body milk' yang mudah untuk disapukan. Seperti minyak badan, susu juga diperkaya dengan pelbagai manafaat. Mencerahkan kulit di samping melembutkan kulit. Itu lah dulu-dulu ratu Mesir Kuno sering mandi susu untuk kekalkan kecantikan mereka. Bagi memberikan ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, 'body milk' ini turut diadun bersama haruman semerbak yang telah diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.

Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita menurut kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. Walaupun ia masih di anggap sebagai satu keistimewaan dan kemewahan bagi sesetnegah daripada mereka, hadirnya NIVEA Skin Deligh telah memudahkan golongan wanita memanjakan diri mereka sendiri. 





Bunga mawar sinonim bagi wanita dan jua dunia kecantikan. Banyak kita lihat dalam minyak wangi mahupun bahan komestik mengunakan bunga mawar. Begitu juga NIVEA mengunakan kelopak segar dari bunga mawar untuk inovasi terbaru mereka. Minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi kepada kulit kita semua. 

Lavender pula mempunyai reputasi yang tinggi dalam dunia aromaterapi. Tumbuhan herba berbunga ini telah digunakan secara meluas di kebanyakkan negara untuk menenangkan stress dan kelesuan. NIVEA sekali lagi telah mencipta ciptaan yang hebat dengan lavender.

Dengan dua wangian lembut untuk di pilih, Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian kewanitaan dan Relaxing Lavender yang menenangkan terdapat dalam dua saiz. Harga pengenalan RM11.90 bagi saiz 250ml dan FM17.50 untuk saiz 400ml. Kepada yang ada masalah kulit kering, perlukan penyelesaian segera, kolin cadangkan korang cuba yang ini.

Selain kelembapan pada tahap optimum korang juga dapat wangian yang sangat mewah. Siapa yang tak nak cantik, kulit cerah dan mulus kan. Segeralah berubah kepada NIVEA Skin Delight Body Milk yang baharu.

Love , 

Kolin Zainal