Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Part 1 : Pearl International Hotel, 3D2N Fun & Play Package

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Berita baik kepada semua ibubapa yang tercari-cari percutian akhir tahun. Mesti tak tahu nak pergi mana kan. Kolin nak kongsi pengalaman kolin menginap di PEARL INTERNATIONAL HOTEL yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Ikutkan memang kolin sendiri menginap di Kuala Lumpur. Tapi saja tak mahu travel jauh-jauh, bak kata orang 
'play tourist in own city'...cewahhh 





































Nampak tak poster kat atas tu? Ini lah dia promosi yang ada di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Dengan penginapan 3 hari 2 malam, sarapan pagi  untuk 2 orang, tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk 6 park untuk 2 orang dewasa, penghantaran pergi dan balik dari hotel - sunway lagoon- hotel dan kesemua ini dalam pakej RM560+ sahaja !!! Bagi yang nak datang ke KL tu, atau pun yang memang orang KL boleh lah call dan tanya lebih 
lanjut mengenai pakej ini ya...

Kolin daftar masuk pada Jumaat malam, terus dinner steamboat di Cafe 5. Suka sangat dengan steamboat sebab pada kolin harga yang ditawarkan cukup murah dan sama harga kut dengan restoran lain di luar tu. Bukanlah steamboat semata-mata, ada juga semi buffet untuk kita jamu selera. Jadi hidangan tu memang banyak. Jangan risau kalau tak cukup lah ye. Pelbagai hidangan ada.




Dah siap makan malam, kami semua terus naik ke bilik kami di tingkat 17, Family Suite. 
Hotel ini ada 23 tingkat kalau korang nak tahu, 
apa pelbagai pilihan bilik kalau datang menginap. 
Sebelum datang lihat website mereka atau search FB dan IG mereka. 
Mudah aje nak dapat maklumat.

Inilah bilik kami untuk 2 malam jadi pelancong dalam bandar sendiri. Kadang-kadang kita berehat di hotel, tinggalkan semua kat rumah tu best juga kan. Berehat, tak perlu buat kerja rumah, bersantai bersama keluarga. Bila lagi kan, ini lah masanya. 



Cukup besar dan luas familiy suite di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Satu katil king saiz dan satu super single sudah mencukupi buat keluarga kecil kolin. Jom kolin tunjukkan apa lagi yang ada dalam suite ini



Ada sofa dan meja untuk berehat. Meja solek dan pengering rambut juga disediakan di dalam bilik ini.


Pemanas air juga segala keperluan untuk membuat kopi dah teh juga ada.


Almari serta peti keselamatan untuk menyimpan barangan peribadi juga ada.


yang mana pentingkan chiller atau peti sejuk mini ini pun ada juga dalam bilik ini. Setakat ini segala keperluan asas yang menjadikan bilik ini antara yang terbaik dah cukup lengkap. Jom kita ke kamar mandi pula ye.





Setakat ini kolin rasa berbaloi lah untuk 2 malam kami sekeluarga. Sebelum tidur, kami semua posing lah dulu sebab dapat bilik cantik dan selesa kan. Tengok lah sendiri muka happy kami.



Inilah cerita hari pertama kolin di PEARL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR. Nanti kolin cerita semua aktiviti yang boleh korang buat semasa menginap di sini ok. 
 Mana tahu, korang memang mencari pakej untuk anak-anak hujung tahun kan. 
Tak perlu jauh janji semua happy, betul tak?

Terima kasih membaca entri ini 

Love,

Kolin Zainal

Salam Jumaat

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Salam hari Jumaat korang, ceria kan hari ini. Cuaca cerah sangat !!!

Lama rasanya kolin tak share semua kata-kata nukilan macam ini kan. Bukan nak bagi orang sentap atau terasa hati. Tapi sama-sama kita SEDAR DIRI dan berubah.
Kita semua menumpang di dunia, Semua ini milik Allah



 Yang ini lagi hebat kan...

UMUR NI PENDEK AJE, KENAPA SUKA MENYAKITKAN HATI ORANG, CARI DOSA



 Yang ini pula dari Hafiz Hamidun kepada bos-bos, ketua-ketua, pegawai-pegawai
Gila mana tinggi kita, mati sok batu nesan 2 jugak kan..
Walau dia pangkat kuli pada kita, kalau kita buat dia sakit hati, tak minta maaf. Tau balasan dia kan !
 Semua dah besar kan, tahu sendiri apa jadi kan.

 




 Saya ambil pesanan kawan-kawan saya. Bila ada orang burukkan kita, mengata belakang kita, aibkan kita. Sedekah kan surah yaasin pada mereka yang sakit hati tu. Semoga lembut hati dan tak cari salah orang lain. 
Saya tak lah fasih baca yaasin, tapi saya cuba seikhlas hati. Saya yakin ada bahagian untuk saya dari Allah. 
Semua ini aturan DIA, dia yang gerakkan. Dugaan pada mereka dan ujian pada saya sebagai hamba.

Ada semalam kawan bagi lagi satu tips, duduk diam-diam. Baca 7 kali Al-Fatihah dan sedekahkan atau tujukan sedekah kita pada roh yang ada masalah dengan kita. Saya akan buat hari-hari..setiap jam, semoga orang-orang ini tenang dan di damaikan perasaan mereka. 


Kolin orang jahil, tapi saya masih nak belajar.

Love,

Kolin Zainal

ANMUM ESSENTIAL Tanpa Gula Tambahan

assalammualaikum dan salam sejahtera

'Ada apa dalam susu?' Adam bertanya. Kalau korang tengok dalam iklan di rangkaian televisyen selalu keluar video Adam bertanya "Ada apa dalam Susu?. Inilah kempen terbaru dari ANMUM ESSENTIAL rumusan baru tanpa gula tambahan. http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars/


Sebelum itu, kolin nak cerita masalah terlebih gula di kalangan anak-anak kita hari ini. Satu laporan dari Harvard Chan School of Public Health menyatakan ada bukti yang sah terhadap gula tambahan ini di dalam susu. Terutamanya gula dalam minuman yang menyebabkan obesiti dan masalah metabolisma.

Malaysia juga tak dapat lari dari masalah ini juga. Kajian 30% dari anak-anak dari Malaysia adalah obes dan mengambil lebih daripada 17 sudu gula setiap hari !!! Takut kan kita dengar. Dalam kita tidak perasaan, anak-anak kita mengambil terlalu banyak gula yang bakal membahayakan kesihatan mereka.
Menurut Malaysia Dietary Guidelines of Childrean and Adolescens 2013, mencadangkan umur kanak-kanak 2-6 tahun tidak boleh mengambil lebih dari 3 sudu gula setiap hari manakal kanak-kanak 7-12 tahun tidak boleh mengambil lebih daripada 5 sudu gula setiap hari.


Statistik yang mengejutkan apabila masalah kepada anak-anak ini datangya dari susu yang diambil setiap hari. Untuk itu ANMUM ESSENTIAL telah memulakan kempen yang sangat bagus untuk semua ibubapa di Malaysia. Kempen yang dimulakan dengan bertanya dan menyiasat ada apa dalam susu yang diberikan kepada anak-anak setiap hari. Adakah mereka mendapat nutrisi yang baik dan lengkap. Adakah kandungan yang tidak baik ada tersembunyi? Dengan melakukan bertanya dan menyiasat ibubapa perlu belajar dan melihat sendiri setiap maklumat kandungan yang ada di kotak sebelum membeli.

Kempen yang menampilkan Adam, seorang budak bijak,yang rajin bertanya malah sikap ingin tahu yang menebal. Adam mula bertanya mengenai apa susu yang kanak-kanak minum setiap hari dengan mengambil tahu atau kesedaran mengenai kandungan gula yang berlebihan di dalam susu. Kalau nak tengok video yang kolin maksudkan klik link bawah ini ok.
 Whats In The Milk? Ask Adam


Antara yang ibubapa boleh semak di kotak kandungan adalah ini Fructose, Brown Sugar, Maltodextrin, Dextrose, Sucrose, Corn Syrup Solids, Glucose Syrup Solids dan White Sugar. Apa jua nama yang ditukar, ianya tetap rasa manis dan tetap gula kan. So perhatikan nama-nama ini disetiap label makanan ok. Lebih-lebih lagi susu, ingat anak-anak kita tak perlukan gula yang berlebihan dari pengambilan susu.

ANMUM ESSENTIAL ingin mengajak ibubapa di Malaysia lebih mendapat pengetahun dan tahu pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Amat penting untuk mengawal pengambilan gula bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Apa yang kita boleh buat mulai sekarang berubah kepada yang lebih baik. Segala kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab kita kan sebagai ibubapa. Ms. Irene Cheah, Marketing Manager of Anmum at Fonterra Brands Malaysia, menyatakan pelbagai kajian telah dijalankan, kini giliran ibubapa perlu menyiapkan diri dengan semua maklumat yang lengkap mengenai gula yang terdapat dalam pelbagai nama saintifik ini.

ANMUM ESSENTIAL adalah susu dari New Zealand. Sudah pasti yang terbaik untuk anak-anak sebab TANPA GULA TAMBAHAN. Maknanya anak-anak hanya akan dapat yang terbaik dan berkhasiat sahaja. Ada Gangliosides dan DHA yang menyokong perkembangan otak mereka.


Mari kita ubah sikap kita dan mula baca setiap label di kotak sebelum menyerahkan kepada anak-anak kita.  Yang mana masih was-was, pilih sahaja ANMUM ESSENTIAL sebab dah pastinya
Tanpa Gula Tambahan dan lebih baik untuk anak-anak kita.

Love,

Kolin Zainal

WikoUFeel best giler

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang masih mencari apa brand telefon bimbit nak beli, kolin nak cadangkan korang cuba WikoUFeel. Jenama ini memang agak asing kan di Malaysia, tapi percayalah Wiko Mobile Malaysia sedang bersaing dengan pelbagai jenama telefon bimbit yang berada di pasaran sekarang. Jenama Wiko adalah dari Perancis tau, boleh follow mereka di IG atau FB dan lihat sendiri semua spesifikasi yang ada. Buat masa sekarang kolin nak cerita mengenai WikoUFeel Space Grey.

 Sebagai seorang blogger, kolin memang cemburu sangat kalau tengok kawan-kawan hasilkan gambar yang menarik. So masa mula-mula kolin tengok kamera yang ada pada WikoUFeel lah dulu kan. Memang teruja tengok ada 7 mode yang boleh kolin pilih. Kamera belakang 13mp ada flash dan lampu manakala kamera hadapan pula 5mp ada flash. Mana nak dapat telefon bimbit yang canggih dengan harga berbaloi kan. Suka sebab semua gambar terang, lawa dan senang sangat untuk di edit. Mana-mana kamera yang kolin gunakan memang menjanjikan gambar yang menarik dengan WikoUFeel. Kalau tak percaya, kolin ada share kat Instagram kolin, pelbagai gambar yang kolin sempat snap mengunakan WikoUFeel. 




Ianya 5.0 HD IPS dengan 2.5 LENS, memang cukup kecil dan nipis, senang untuk di simpan di dalam poket seluar. 2nd Gen Fingerprint Sensor Technology ini lah dia yang paling best. Ada sekuriti mengunakkan finger print tau, bukan macam biasa pattern atau nombor untuk Lock telefon korang. Dengan WikoUFeel korang boleh dapatkan teknologi setanding dengan telefon bimbit jenama mahal tu. 

16GB Rom 3GB RAM dan memori boleh ditambah lagi mengunakan Micro SD Kad. Ianya Android terkini iaitu 6.0. Kiranya kalau korang nak cari telefon bimbit yang mampu milik dan berbaloi nak pakai, inilah dia. 

Nampak tak anak kolin Ali Imran yang berumur 10 tahun pun senang nak pegang. Bahagian belakang WikoUFeel agak kasar, tak licin. Disebabkan itulah kolin suka sangat, sebab kalau licin selalu gak terlepas dari tangan. Nak tengok youtube atau video lain pun dalam HD memang lawa lah video yang kita tengok. Pendek kata puas hati dengan WikoUFeel. Asyik cerita aje kan harga lupa nak cakap RM699 sahaja ! Dan ianya boleh di beli di LAZADA webpage juga tau. 


Kolin jatuh cinta sangat dengan WikoUFeel ini sebab kamera dan jua memori dia. Pergi event kolin boleh bergambar banyak-banyak dan ada masih mempunyai ruang untuk simpanan gambar. Senang nak faham fungsi WikoUFeel memang mobile friendly. Nipis, senang nak dibawa, ada torch atau untuk tangkap gambar di tempat yang gelap. Kalau nak selfie tu, tak perlu edit payah sangat pun. Aplikasi dah siap terus cantik aje gambar semuanya. Kalau korang dah berkenan boleh lah beli satu dan cuba pakai. Berbaloi untuk poket tau.

Love, 

Kolin Zainal

'Mudahnya Kurus' bersama Dr. Malinda Heatlh & Beauty Academy

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sebelum kolin cerita lanjut, kolin nak kongsikan kepada korang semua testimoni ada. Ini adalah bukti menunjukkan Dr. Malinda Health & Beauty Academy memang telah berjaya membantu ramai orang dalam pengurangan berat badan bagi menjalani hidup yang lebih sihat. Buat pengetahuan korang, OBESITI adalah satu penyakit. Dan daripada obesiti pelbagai penyakit yang boleh korang dapat juga, kiranya macam sakit berantai lah. Siapa yang hendak dipanggil 'gemuk' kan? Semua orang termasuk lah kolin kalau boleh nak maintain berat badan.
Dengan itu wujudnya Dr. Malinda Health & Beauty Academy dengan plan 23 hari menerusi HCG bagi membantu golongan yang 'terlebih berat badan' ini untuk kembali langsing. 




 Modified HCG Diet Plan, revolusi baru dalam rawatan obesiti. HCG adalah Human Chorionic Conadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan d dlaam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilakan dalam kadar yang tinggi ketiak wanita hamil. Ianya membantu hypothalamus memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan diguna pakai sebagai sumber tenaga. HCG akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan 'kebuluran' dimana HCG akan mengunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakran tenaga dan iama memberikan 1500-4000 kalori sehari sebagai tenaga. 

Menarik tak, lemak tersimpan ditukar sebagai tenaga. Dan semua lemak-lemak degil kita akan di salurkan kepada tenaga dan boleh lah kembali maintain sihat. Rawatan HCG untuk obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. Kini di Malaysia, Dr. Malinda adalah seorang pakar yang boleh membantu dalam masalah ini.
Beliau sering tampil di kaca televisyen bagi menerangkan segala permasalah yang ada. Kalau nak lebih maklumat, kolin cadangkan korang follow dan LIKE facebook mereka di 

Jangan risau akan keselamatan program ini tau, ianya disahkan selamat kerana dah ramai berjaya mengunakan kaedah ini. Rawatan HCG ini bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi membantu badan menjadi lebih pejal dan padat. Tidak lah mengeleber setelah kehilangan berat badan kan. Selain kehilangan berat badan, korang juga dapat memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan. Dapat lah hilangkan masalah sendi, tidur lebih baik, tenaga lebih meningkat dan jua sebagainya. 


Progam HCG adalah 23 hari, mempunyai 3 fasa iaitu loading phase, burning phase dan maintenance phase. Jangan risau mereka ada pakar yang sentiasa membantu. Bagaimana mengambil HCG Injection ini adalah seperti berikut:

HCG Injection 125IU diambil setiap pagi
Injection selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
Injection sebelum sarapan pagi

Mesti korang dah gerun dengar injection atau cucuk sendiri kan. Jangan lah khuatir tak perlu cari urat pun. Cuma inject bahagian lemak perut atau bahagian mana yang perlu dibuang lemaknya. Ada teknik yang membantu anda bagi membuat injection yang betul tau. 

Tiada masalah sampingan setakat ini dilaporkan sepanjang program HCG dilaksanakan. Kajian pun dah djalankan, korang hanya perlu mengikut sahaja langkah-langkah yang diberitahu. Buat makluman korang, mereka sedang menjalankan promosi diskaun istimewa bagi rawatan ini. Sesiapa yang rasa susah betul nak kurus dan buang lemak degil boleh lah Whatsapp mereka di 017-5084430 atau email di drmalinda@gmail.com. Penerangan yang lebih teliti akan diberitahu buat korang yang ada soalan. Daftar cepat tau, dan semoga kita semua dapat jalani kehidupan yang lebih sihat di masa akan datang. 

Mudahnya Kurus bersama Dr. Malinda Healty & Beauty Academy


Love,

Kolin Zainal


COMPASIA - Program 'ReNew+' yang membolehkan Telefon Pintar diupgrade setiap tahun dengan mudah !

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

CompAsia atau ComputerAsia Sdn. Bhd. adalah satu syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang telah melancarkan satu program pemilikan yang bijak dikenali sebagai 'Renew+'.
Ianya dijangka dapat mengubah sikap penguna terhadap urusan jual-beli telefon pinta di Malaysia, Singapura dan juga Filipina. Pelancaran pada kali ini 'Renew+' adalah satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang lain di ketiga-tiga negara. Oleh itu, korang kena baca apa yang kolin nak kongsi kali ini, kerana ianya sangat bermanafaat untuk ambil tahu mengenai gadjet ini.

COMPASIA telah ditubuhkan dari tahun 2012, di mana pada mulanya ianya membangun industri membaik pulih peralatan elektronik. Kini langkah progresif telah dilaksankaan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik penguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk pengunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monito, pelayan web, komputer tablet dan juga telefon pintar yang mereka di jual di laman web mereka sendiri iaitu www.comp-asia.com.


 Kemunculan Renew+ pada kali ini telah membolehkan telefon pintarbaru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Sebagai contoh: korang dah pakai iPhone6 korang dah setahun, nak upgrade ke iPhone7 pula, mudah sahaja mengunakan Renew+ yang ditawarkan oleh COMPASIA. Pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone7 atau iPhone7+ dan disamping itu, pembeli juga dapat memulangkan iPhone mereka selepas selesai pembayaran selama 12 bulan bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun hadapan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade mahupun dikenakan yuran pembatalan. 



 Pembeli hanya perlu membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia di link ini www.comp-asia.com atau mana-mana kedai yang menawarkan skim Renew+ ini. Dianjurkan melalui Maybank EzyPAy, pelan ansuran tanpa faedah selama 24 bulan hanya untuk pemegang kad kredit dari Maybank sahaja. Di samping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran 'Phone Guard' percuma selama setahun sebagai perlindungan dari skin retak. 

Menurut, Mr. Julius Lim Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia, pada tahap permulaan ini ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan permintaan yang tinggi. Walaubagaimana pun Mr. Julius Lim menyatakan matlamat CompAsia untuk menawarkan lebih banyak pilihan di masa akan datang. Mengharapkan impak kepada program ReNew+ kepada kepantasan teknologi yang berkembang ini, bagi memaksimumkan pengunaan kitaran hayat sesebuah telefon pintar. Kiranya sekarang, kepada sesiapa yang selalu mengikut perkembangan iPhone dan selalu ingin bertukar kepada yang latest atau terbaru tapi nak skim yang tidak terikat dengan kontrak atau apa-apa, skim ReNew+ ini adalah yang terbaik untuk kaki gadjet.

Jadi kepada semua peminat iPhone7 dan iPhone7 plus yang suka ikut perkembangan terkini, boleh lah try skim ReNew+ ini. Sebab setiap tahun korang boleh upgrade dengan bayaran bulanan yang sangat murah.

Untuk iPhone7 32GB RM160/sebulan, 128GB RM182/sebulan dan 256GM RM210 sebulan. Manakala untuk iPhone7 Plus 32GB RM190/sebulan, 128GB RM2015/sebulan dan 256GM RM240/sebulan. Ada 'phone guard' warranti untuk cermin telefon yang retak juga tau. Tak perlu terikat lagi dengan mana-mana rangkaian telefon yang ada, tiada pembayaran pendahuluan dan tiada bayaran untuk korang upgrade. Menarik kan COMPASIA RENEW+ PROGRAM. 

Cepat-cepat klik link mereka dan dapatkan semua tawaran menarik ini ok.

Love,

Kolin Zainal