Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

S.K.A.N.D.A.L

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa...tengok tajuk dah berdebar-debar lah tu kan. Alahai pembaca ku sayang, ianya cuma tajuk. Siapa lah kolin nak cakap korang skandal kan. Kang ada pulak kolin di kecam hahahha
Kenapa korang sentap...SKANDAL lah tu. Alah laki dan bini orang, dalam pejabat...biasa lerrrr
kolin nak dengki...haaahahahahaa..jauhkan laa kalau boleh wei..malas cari nahas..
dah tua dah pun wei....buat malu kompeni aje 

Hari minggu adalah hari SKANDAL kolin bersama keluarga. Ini lah masanya nak tengok midnight, nak ke down town atau uptown dan berpeleseran di malam minggu. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga tengok movie Starwars. Dah lama try cari masa nak berlibur bersama memalam, tapi kekadang ada sahaja urusan yang tidak dapat di elakkan. Dengan anak-anak tuition lah, apa laaa

 so SKANDAL malam minggu tengok wayang sesama anak beranak sambil makan popcorn. Memang tak tidur anak-anak kolin sepanjang show tu, sebab minat. Lepas ini memang target sebulan sekali nak SKANDAL macam ini supaya merapatkan silaturrahim. Bukan apa, best gak kami keluar reramai begini sebab sepanjang hari minggu sibuk dengan aktiviti memasing. Ini lah masa kami semua lepas stress.

Melompat-lompat sementara menuggu show nak mula tu. Mula lah kolin cari spot nak posing.
Nasib baik laki dan anak-anak kita sporting uolsss


so kepada cinta hati kolin ini, jom kita SKANDAL tengok movie yukkkk.






p/s: semua mata dah nampak, cover ler sikit wei... dari Sarawak lagi kan :)
i know both of you reading this ... 
hari ni kome buat, esok lusa orang lain buat..jgn ckp tak nak subahat...DOSA
kehji ayat kome......jgn sentap ye





Love,

Kolin Zainal

jom bawak bekal

assalammualaikum & salam sejahtera

Demi langkah penjimatan yang diseru sejak akhir-akhir ini, kolin gigih bangun jam 5.45 pagi sebab nak siapkan breakfast dan bekal untuk ke pejabat dan sekolah. Gigih tau, memalam siapkan segala bahan dan pepagi subuh di keheningan pagi menumis. Ini semua sebab nak jimat!

Siapa yang cakap tak terkesan dengan GST tu memang menipu. Agaknya bila lah GST nak mansuh ye. 
Semua barang naik harga, takde pun yang turun harga. Penyudahnya berbekal lah semua orang di seru nya.

Nak dijadikan cerita, inilah menu bekal harian kolin. Sempat 3 hari aje nyah, kali ke empat dan ke lima terus proses food. Sebab dah dilanda demam, tak larat nak menumis bagai. Patah lah balik pada nugget, sosej, burger dan sebagainya. Maklumlah anak-anak kolin memang suka makan dalam bekal daripada berasak-asak kat kantin sekolah tu. Lagipun makanan dari rumah sedap kan. 

Ini menu hari pertama kolin. Mihun tumpah udang!


Menu hari kedua, nasi goreng kampung jinjang


gambar boleh pulak kabur...tersilap download lah nih. Tapi percayalah sedap tau. 
Nasi tu sejuk sebab dah letak dalam fridge malam tu. Memang kalau buat nasi goreng sedap giler. 
Kolin gunakan kailan daripada kangkung...nak yang manis sikit katanye hhihih.
Inilah untungnya memasak, boleh masuk apa yang kita suka kan.

Menu hari ketiga, kuew teow tumpah kerang


Gigih tau memasak pepagi setiap hari. Sebenarnya sampai hari ini tak pernah miss anak-anak ke sekolah bawak bekal. Biarlah roti bakar dengan peanut butter sekali pun, memang akan berbekal ke sekolah.
Kolin sendiri pun lebih suka bawak bekal ke pejabat. Sebabnya nak jimat, maklumlah macam di awal entri tadi semua barang naik. Daripada bising-bising baik cari penyelesaian macam mana nak saving kan.

So kepada semua yang bising cakap duit tak cukup tu, sila lah masak dan bawak bekal.
Berjimat lah, sebab kalau kita susah tak ada siapa yang akan tolong kita, melainkan duit saving kita.

Love,

Kolin Zainal


Dapatkan Berat badan ideal dengan mAi Ready Brew, Dark Mocha

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tanpa kita perasan kan, apabila meningkat usia semakin rendah kadar metabolisme kita kan. Lain masa kita masih muda sebab makan apa sahaja pun, diet sekejap dah turun pun berat badan kita. Sekarang puasa 5 hari berturut-turut pun kekadang tak turun berat badan kan.

Kolin nak share satu minuman baru yang sedap. Pengemar kopi sure suka sangat mAi Coffee Dark Mocha ini. Ianya 'ready brew' sangat senang, bancuh sahaja dengan air suam. Rasanya tidak terlalu keras kopinya, kolin pun kurang gemar kopi. Tapi yang ini memang boleh masuk. Rasa berkrim dan sedap ini lah yang mendorong kolin minum setiap pagi 30 minit sebelum sarapan.


 Kopi mAi Ready Brew ini boleh mengawal nafsu makan, meningkatkan thermogenesis, membakar dan mengurangkan lemak badan, meningkatkan muscle mass, menambah baik stamina badan dan juga menghalang pembentukan lemak baharu.  Kesemua kebaikan ini dirasai selepas pengambilan 2-3 sachet. Maknanya selepas dua atau tiga hari lah. Kolin dah pun cuba sekotak yang ada 10 paket minuman ini. Ternyata memang berat badan kolin kurang 3 kilo selepas di timbang. Itu tak buat senaman ringan tau!

Satu cawan mAi Mocha setiap pagi akan memberikan anda berat badan yang ideal. Enjoy 100% ramuan mocha dengan 100% kesan kurus yang hebat dan kosong bebanan kepada tubuh badan kita. Korang ternyata akan nampak 100% perubahan pada bentuk badan dan berat dengan mAi Mocha. 


Permulaan masa mengambil mAi Ready Brew memang berpeluh, jantung berdebar agak laju dan agak berstamina. Tak boleh nak duduk diam, duduk dalam air-cond pun berpeluh-peluh.
Masuk hari kedua dan seterusnya semua simptom tu berkurangan. Lagi yang kolin perasan, cepat kenyang. Makan nasi suku pinggan dah kenyang. Tips dia mudah sangat, apabila dah minum kopi ini, minum air suam banyak-banyak. Itu sahaja! Nak lagi cepat result kena buat senaman lah.


 Disebabkan kolin pemalas, cuma minum air suam sahaja turun 3 kilo sahajalah. Kolin rasa kalau disertai dengan senaman memang hampir 5- 10 kilo berat badan dapat dikurangkan.
Keberkesanan kopi ini menyekat nafsu makan memang betul sangat. Kolin sendiri dah kurang
berselera nak makan. Kalau dulu pantang dipelawa, makan sesaja. Tapi sekarang makan pun dah semakin kurang kuantiti. Satu lagi tak perlu risau, tak akan menyebabkan kita sakit perut dan asyik melawat tandas tu. Ini memang secara semulajadi, cut down selera dan terus menjadikan badan kita lebih stamina dan bertenaga. Seolah-olah semua lemak yang ada digunakan untuk kita bekerja.

Untuk yang mencari-cari minuman atau produk untuk berat badan yang ideal, boleh cuba yang ini. Senang sahaja untuk dapatkan produk ini follow FB mereka iaitu www.facebook.com/maicanteen
Di FB mereka terdapat lebih banyak testimoni dan memang kopi ini sedap. Senang sahaja kan, nak turun berat badan, minum sahaja mAi Ready Brew.


Yang baju coklat tu dalam dua minggu lepas kolin selfie, yang terbaru selepas habis semua mAi Ready Brew, 10 sachet kolin minum ternyata berat badan kolin dah susut 3 kilo. Tetapi wanita yang mengandung dan masih menyusukan bayi tidak boleh minum kopi ini ya. Dan sudah tentunya produk ini mengandungi sedikit kafein, so kalau alergik kafein pun tak boleh lah nak minum.

Kandungan yang bermutu tinggi seperti:

Belgian Dark Cocoa: Ianya mempunyai rasa dan aroma yang kelasi. Mempunya cocoa polyphenols yang membantu pengedaran darah, menghalang ceoll oxidation, dan menyelaraskan kadar metabolisma badangan (dalam kadar 15%) untuk membakar kalori. Koko ini juga dapat mengawal nafsu makan yang tinggi.

Premium Arabica Beans: Kandungan yang mempunyai kualiti yang tinggi ini adalah yang terpilih. Kafeine yang memberikan pelbagai manfaat kesihat dapat meningkatkan kadar metabolisme dan mempercepatkan pembakaran kalori.

Brindleberry: Ini memang terkenal sebagai :body-slimming-magician'. Kandungan biji yang mempunyai HCA 30% terbukti mengawal selera makan dan boleh menguruskan badan. Telah terbukti secara perubatan ianya tidak mempunyai apa-apa kesan buruk untuk sistem penafasan kita.

Safflower oil extract (CLA): Saffloweroil dapat meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan pengumpulan lemak yang ada. Kajian telah menunjukkan CLA secara efektif ianay mampu mengurangkan lemak di sekitar perut dan kawasan pinggang.

Kolin pasti mAi Ready Brew yang terbaik buat anda nampak lebih kurus dan sihat. Cubalah ye, tak rugi pun. Sebab semuanya mengunakan bahan-bahan semulajadi dan selamat.

Love,

Kolin Zainal






Rezeki di bulan Januari

assalammualaikum & salam sejahtera

Terima kasih  sebab undian kawan-kawan seopis, kolin dapat Anugerah Pekerja Femes hahaha
Tak sangka pulak boleh menang kategori ini. Harapnya femes pasal menda yang baik-baik
lah yer hahah. Happy sebab hari sebelum tu dapat hamper Mark & Spencer, menang lucky draw tu.

Alhamdulilah rezeki 2016 yang happy!!!


Untuk anugerah tu, kolin menang DVD Player yang boleh masuk USB tu.
Bagi Lucky Draw Corporate Lunch pulak kolin menang Glade Air Freshener pulak.
Lepas ini wangi lah rumah kolin kan...Syukur
harap bertahan sampai raya nanti hahahah


kolin pun nak share palazo skirt pants yang kolin baru beli ini.
lawa tak? Nampak macam skirt kan, tapi sebenarnya seluar.
Happy giler..murah aje RM50 hihihi
Tapi ini free size, kalau naik balik badan, tak tahu lah boleh pakai ker tidak seluar ini nanti.
So kena lah maintain diet nampaknya.


Sekali lagi, permulaan yang baik untuk 2016.
Terima kasih semua!!


p/s: abaikan bangla sebelah kolin tu hahahah

Love,

Kolin Zainal

bangla = Asyraf ~ masih bujang, nak no tel, inform ahkak ye...

Bagaimana cara nak enjoy main layang-layang

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pernah ker korang main layang-layang? Kolin masa kecik-kecik dulu pernah la, tapi permainan ini bermusim. Bukan selalu main, tiba-tiba sahaja ramai main layang-layang baru lah
kolin gedik-gedik nak pergi main layang-layang. 

Sekarang dah jadi mak orang ini ajar lah anak-anak main layang-layang. Dekat sahaja dengan rumah Taman Metropolitan Kepong tu, memang tumpuan orang ramai main layang-layang. Dah hujung minggu, masa inilah
bawa anak-anak beriadah. Kasihan penat bersekolah seminggu kan. 

Nasib kami baik, angin memang kuat petang tu. Senang sangat layang-layang di naikkan. So Lisa dan Imran memang happy gila. Tapi bila dah nak tinggi lenguh laaaa tangan nak pegang tempat pemegang tali layang-layang tu kan. Lagi pula dengan angin kuat layang-layang kiri dan ke kanan. 

Nak dijadikan cerita, anak-anak kolin buat adegan yang jangan di tiru ye...






Begini lah cara anak-anak kolin enjoy main layang-layang. Baring dan lihat layang-layang mereka terbang tinggi. Sampai dah lewat petang sayang sangat nak turunkan layang-layang tu.

Takpe nanti kita datang lagi ye anak-anak.
Ini lah bagaimana kami anak beranak enjoy main layang-layang, korang camner?

Love,

Kolin Zainal

BountiFU Spring Celebration with Po the Panda di Sunway Pyramid

assalammualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kolin dijemput oleh pihak Sunway Pyramid untuk melihat sendiri Po Village di Sunway Pyramid. Po adalah salah satu karakter yang terkenal dari siri Kungfu Panda yang mencari kampungnya untuk meraikan Tahun Baru Lunar. Bersempena Tahun Baru Lunar yang diraikan oleh Sunway Pyramid ini. lokasi di LG2 Orange Concourse telah diolah menjadi seperti lokasi yang sama di dalam filem Kungfu Panda 3 di mana Po akan bersatu semula bersama keluarganya. Lihatlah cantik sangat dekorasi yang dihasilkan oleh pihak Sunway Pyramid. Sampaikan kolin asyik selfie sahaja sepanjang event hihih



Dekorasi yang hampir sama dengan yang ada dalam filem ini, siap ada Chinese Temple yang dikelilingi oleh pokok bunga cherry blossom. Untuk meraikan Po the Panda seramai 38 kanak-kanak yang super comel berbaju seperti Panda akan menari di hadapan semua pihak tetamu dan media. Memang comel sangat!!

credit pix to Sunway Pyramid FB
 
 Tak cukup dengan itu aktiviti "lou sang" secara besar-besaran juga di adakan bersempena sambutan tahun baru cina yang makin hampir ini kan. Ada juga aktiviti lagi di sepanjang sambutan macam dough doll making, fortune telling, chinese kaligrafi, cabutan bertuah dan banyak lagi. Siap ada Lion Dance Performance, meriah sangat dengan limau yang diberikan kepada semua tetamu yang hadir.

 credit pix to Sunway Pyramid FB

 credit pix to Sunway Pyramid FB

 credit pix to Sunway Pyramid FB

Buat makluman semua, dua minggu yang lalu Po telah berada di merata-rata di sekitar Kuala Lumpur, PJ, Subang, Shah Alam, KL Tower, Zoo Negara, KL Bird Park dan banyak lah tempat lagi. Ini semua bagi mempromosikan Kungfu Panda 3 yang bakal ditayangkan kelak.


Sekarang Po akan menyambut korang semua di Sunway Pyramid. Kepada kaki shopping anda juga boleh bergambar di boorh yang disediakan dan gambar akan di cetak terus untuk kenangan. Macam yang kolin dapat tu. Boleh simpan terus dalam album tau. Kepada yang suka makanan tradisi cina seperti Beard Candy dan Ting-ting Candy pun boleh dapatkan di sini. 

Menurut Loo Hoey Theen, Senior Manager of Marketing di Sunway Pyramid berkata kita semua selalu mencari tempat untuk mencari keperluan menyambut perayaan. Inilah tempat yang paling sesuai untuk keluarga dan kawan-kawan menghabiskan masa bersama di sini. Pembelian masa musim perayaan memang agak sesak jadi Loo mencadangkan semua buat shopping awal lah untuk mengelakkan sebarang kerumitan kalau shopping saat akhir kan. Takut sesak sangat aje, maklumlah nak beraya semua kena yang baru kan. 


 Untuk 2016, tahun Fire Monkey semua kaki shopping akan dihadiakan anak patung monyet yang sangat comel untuk dibawa pulang. Dari 8- 21 Januari juga sesiapa yang membelanjakan RM1000 dalam 3 resit atau RM800 bagi pemegang kad kredit HSBC, korang boleh menebus patung monyet tu juga. Manakala dari 22 Januari sehingga 9 Februari akan menerima mini Panda blankie untuk dibawah pulang. Tetapi kalau korang berbelanja lebih RM250 dan RM150 untuk pemegang kad HSBC boleh dapat JoyFU peket angpau. Ha...best kan, shopping dan dapat reward.

Event yang penuh meriah ini memberikan kolin kenangan yang sangat manis, sebab berjaya menang Lucky Draw. Alhamdulillah, rezeki satu bakul makanan dari Mark Spencer untuk di bawa pulang. Terima kasih Sunway Pyramid atas kenangan manis ini. 

 Jadi jangan lupa ke Sunway Pyramid untuk shopping, makan dan beriadah. Sunway Pyramid yang meraikan BountiFu Spring bakal menceriakan semua pengunjung mereka dengan persembahan akrobatik lion dance pada hari kedua sambutan tahun baru cina di pintu utama. Layari www.sunwaypyramid.com dan LIKE FB mereka di www.facebook.com/sunwaypyramid

Love, 

Kolin Zainal