Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

RUMAH IDAMAN DAN MODEN DI SEREMBAN, IZARA @BAYU SUTERA

 

Mencari rumah idaman dan juga mengikut arus pemodenan pada zaman kini menjadi pilihan setiap keluarga. Memilik hartanah berhampiran tasik atau dikenali sebagai Lakeside Residences memberikan satu ciri eksklusif kepada si pemilik. Izara @ Bayu Sutera menawarkan korang ciri-ciri perumahan idaman kepada semua keluarga.

 

‘SMART HOME FEATURES’ Izara @ Bayu Sutera


Projek perumahan terbaru ini memberikan satu sentuhan moden, ruang lantai yang telah direnovasi penuh, keluasan ruang bilik tidur dan jua kamar mandi bersekali. Setiap rumah dilengkapi dengan ‘smart home features’ antaranya jam digital, lampu automatik, penghawa dingin IR Blaster dan juga pengawalan keselamatan  menggunakan suara.

Setiap pemilik juga akan mempunyai laman mereka sendiri, ciri privasi ini menjadi satu daya penarik bagi perumahan ini di miliki. Untuk yang risau akan keselamatan, di Izara @ Bayu Sutera menjanjikan kawalan yang ketat bagi semua bakal pemilik hartanah di Izara @ Bayu Sutera

 

FASILITI YANG LENGKAP

Untuk makluman, kawasan perumahan Izara @ Bayu Sutera dekat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan buat semua bakal pemilik. Ditawarkan dengan ruang untuk beriadah seisi keluarga. Di antaranya ialah X Park Sedayan, d’ Tempat Country Club, Matrix Global Schools, pusat komersil Sendayan Merchant Square dan juga pam minyak. 

 

BELISIMO SUPER VIT ENERGY DARI NISABAKRIGOURMET

 

Bagi individu yang menjalani gaya hidup yang aktif atau yang ingin menambah  tenaga bagi menjalani aktiviti seharian, BELISIMO SUPER VIT ENERGY merupakan makanan tambahan kesihatan dalam bentuk jelly yang mudah dan ringan di nikmati di mana-mana sahaja.

Dihasilkan 100% daripada bahan-bahan semulajadi yang mempunyai formulasi yang unik merangkumi buah delima, kurma, delima, goji berry, bayam, halia dan buah-buahan campuran yang lain yang dapat memberikan manfaat yang kuat kepada tubuh badan kita.

Dibawakan dalam bentuk stick jelly mudah dibawa dan boleh di nikmati di mana-mana sahaja. Hanya perlu koyakkan stick dan makan begitu Sahaja.

Untuk makluman, Belisimo bukanlah produk pelangsing, produk kolagen khusus atau ubat-ubatan. Ianya adalah makanan tambahan atau supplement, dari bahan-bahan semulajadi yang diformulasi bagi menyokong kesejahteraan setiap individu yang mengamalkannya. 


MENU BERBUKA PUASA - HARI PERTAMA RAMADAN

Assalammualaikum korang

Tahun 2024, kolin nak buat menu berbuka macam diari kat dalam blog ini. Setiap hari berbuka nak tangkap gambar dan share kat sini. Siap share lah sekali berapa kos yang kena. Kolin rasa ramai juga antara pembaca blog kolin yang jenis merekod perbelanjaan harian, lebih-lebih bulan puasa. Kita kan tak mahu membazir, tapi akhirnya kita juga yang berbelanja kat bazar tu hahaha

HARI PERTAMA RAMADAN 

Untuk hari pertama kolin berjaya sampai rumah dalam 5.15 petang. So memang lega sangat. 

Untuk nasi kolin memang masak lebih masa sahur, so berbuka tak perlu masak nasi, panaskan sahaja. 

Untuk minuman, ais memang dah buat sendiri, so air sirap selasih untuk hari pertama.

MENU PEMBUKA SELERA

Kolin ni sekeluarga memang suka sangat masakan kampung. So hari pertama kolin goreng ikan bilis dan petai. Sambal pulak memang dah siap buat awal-awal. Just sira sahaja terus dalam kuali. Sambal tu senang aje korang, goreng bawang merah, bawang putih, cili dan belacan. Bila dah goreng layu, tumbuk semuanya. Lepas tu simpan sahaja dalam peti. Boleh makan macam tu sahaja atau makan bersama telur ke, ikan goreng ke, ayam pun boleh juga. 

Siap sudah 1 menu

 

SELAMAT BERPUASA SEMUA

 Assalammualaikum semua


Kolin nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pengunjung blog. Semoga Ramadan tahun ini membawa seribu satu kebaikan untuk diri dan juga keluarga. 

Di kesempatan ini juga, kolin nak memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah silap yang pernah kolin buat dalam sedar dan tidak sedar. 

Sekiranya ada salah, susun sepuluh jari kolin minta maaf dan halalkan makan minum

Selamat berpuasa semua :)

Salam sayang dari kolin, jaga diri okay...