Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

StarCruise Libra Penang (2)

assalammualaikum

lalu laa pemeriksaan sekali lagi sebelum naik kapal cruise tu. bestnya macam nak p holiday mana kiri kanan jambatan nak masuk kapal persiaran besar tu ada belon warna warni. Perkara pertama dilakukan ialah mencari bilik. Kolin dan kamilah anak beranak dapat deck 2 dan bilik kolin dan mama no. 2151A dan hubby bersama anak-anak A2142. Satu bilik untuk 2 orang dan satu lagi bilik untuk 3 orang. Naik cruise ni hanya ada paling ramai pun 4 orang sebilik. Disebabkan kami nombor ganjil iaitu 5, sengaja kolin pecahkan begini heheh. Alah memalam aku tido ngan anak aku gak sekatil, ada kesah!!


ini lah keadaan cabin/bilik di Deck 2, sangat bersih ok. Selesa sangat..


haa yang tengah-tengah tu namanya ina, dia lah bertanggungjawab mempromosikan pakej ini dan dapatlah kolin merasa naik cruise. Sebelah tu nana, kami berkawan dari form 1 sehingga sekarang..dan janganlah tanya perangai kami..masih tak berubah ye hahahahha

disebelah tu gambar bilik..lawa kan..selesa..nampak 2 katil kan. Tapi kat dinding tu boleh turun lagi satu katil dan ok sangat.. merasa ko duk mandi dalam cruise. Biarlah korang nak mengata aku semalam aje kut..ada aku kesah. Rasa nak buat 'gwiyomi' depan korang bagi sakit hati hahaha..
memain ye..kang ada yang sentap..bulan puasa  ni oii...


selesai maghrib kami terus ke restoran halal, atas kapal ni ada berbagai tempat makan. so ada halal dan tidak tau. kene tanya dulu lah. Anyway pakej makan malam memang dah termasuk dalam pakej yang diambil. Super best!

Makanan ala carte kali ini, tak tau kenapa buffet dah takde. Masa kami booking tu kata buffet sekali ala carte aje. Tapi makanan ala carte tu pun tak terhabis ler..besar sangat portion nya. Dan kalu tanya sedap ke tidak, memang sedap!!...

Selesai makan, siap ada buah-buahan lagi. Tu pun tak abis sebab terlampau kenyang sangat ler. Pada masa ini kami dah tengok apa event yang ada boleh kami ikuti. Masa kita naik tu ina dah bekalkan program atas kapal, Ada live band, piano, belajar joget cha cha dan berbagai-bagai lagi lah..Disko dan Kasino pun ada cuma tepuk dada tanya selera lah kalu nak pergi hahahha


selesai makan kami terus naik deck 10 sebab nak tengok laut lepas, masa ini cruise dah pun berada di tengah lautan, tapi masih dalam daerah penang/kedah ler. Kami pusing-pusing laut aje hehehe. Masa naik tu tangkap gambar dan memang senario yang dah diketahui ramai yang ambil 'standing pax' tidur merata -rata di kawasan ini. Ini adalah senario biasa..maknanya depa tak ada bilik lah...semata-mata datang nak berjudi atau nak merasa naik kapal persiaran aje kut. 



Layan Flifino Band...lisa and imran main bubble..
kolin dan kamilah siap belajar menari cha cha dari kabin crew tau..haa ngko..sekarang aku dah pandai cha cha..sapa berani meh ah!! sekali aku cha cha..makan bubur cha cha ko kat sinun hahaha
 
layan layan layan..sampai mengantuk..balik bilik tido..

anak-anak tido lah..aku laki bini meraban hahaha
owesome starcruise..ada peluang leh repeat lagi heheh

adios...


4 comments:

  1. Bestnya...berape RM per person?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best!..alahai murah aje nico..tak sampai RM200 per person. Sbb promo kann

      Delete
  2. cam tk ramai org jer time kolin gi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai zura..cuma tak nampak masa kat kabin tu.
      cer pergi kasino.. kul 2 pagi rupa pasar malam nihihihih

      Delete

loving me..loving you