Saturday, October 18, 2014

makam mahsuri - langkawi episode 5

assalammualaikum

kali terakhir kolin jejak ke makam mahsuri ini masa mula berkahwin dulu
kali ni saja nak repeat bagi anak-anak kenal sejarah mahsuri
sekarang masuk dah RM10 wei..cuti sekolah lebih mahal lagi katanya
dulu kolin datang free aje..sigh



nak beli tiket kat kaunter ini lah
alahai tukang jual tiket pun masam aje muka nya...tak senyum langsung
ntah kenapa laa semua yang jadi front counter kat langkawi ni
tak ramah...letih!! setahu kolin orang kedah semua suka senyum...


masa nak masuk ke makam mahsuri tu dan banyak attraction dah
ada gamelan dan ada patung-patung mengambarkan suasana zaman dahulu kala
penjualan barang-barang kraftangan pun banyak


inilah keluarga kecil kolin di langkawi
satu-satunya gambar kami beramai-ramai
beli dengan harga RM20 tau.
disebabkan kenangan kolin beli dan simpan


inilah makam mahsuri
batu nesan pun dah ditukar
tengok dari jauh aje..sbb ada binaan sekeliling
tak macam dulu kita boleh tengok jarak dekat


selamat datang ke kampung kedah katanya
sekarang dah  macam-macam mereka buat tarikan disini
ada 2-3 biji rumah lama juga


masa kolin sampai di sini perigi mahsuri tengah buat pemasangan pagar
maknanya selepas ini tak de dah timba air perigi 
buat basuh muka ...hurmm
siap ada botol air jual RM2 air perigi mahsuri
semua nak jual..semua nak komersil..abis laaa
kopak kobana datang langkawi...
dari tadi aku komplen kan hahahhahahah


siap ada cafe dalam kawasan ini


anak-anak kolin seronok betul tengok keadaan rumah lama ini
sangat unik. aku pun nak bergambar juga ler atas tangga hihih



inilah group berzanji di dalam rumah mahsuri
siap ada buaian..jika kita ada baby..boleh letak dalam buai dan mereka
marhaban. suara makcik-makcik ni memang sedap
bergema satu kawasan


dah penat berjalan, kami lepak atas pangkin bawah rumah mahsuri
sorilah nampak tangan tu..inilah capture by ali imran katanya hihih
sambil makan kuih karas, kuih telinga keling, kuih ros
minumlah air perigi mahsuri yang diproses tu


dah abis pusing...jum kita ke tempat lain pula


ali imran suruh tangkap gambar patung 
helang tangkap ular belakang tu sekali kurang jelas pulak

so jum berjalan lagi heheheh



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you