Friday, June 6, 2014

THROWBACK: ~ Bird Paradise Langkawi

Assalammualaikum

Ini cerita lama..ini cerita basi ...tapi rasa macam rugi pulak tak kongsi hehehhe. 
Trip tahun lepas semasa birthday alisa maisara sempat kolin singgah di Bird Paradise, Langkawi. Tempat ini memang best sangat-sangat untuk sekeluarga. Sebab kita boleh bagi makan kepada haiwan yang ada. Dan semestinya semua jinak-jinak belaka. Ditambah pula dengan sikap ramah-tamah pekerja di sini. Memang best! sesiapa yang nak ke Langkawi sila lah cari masa ke sini sebab memang berbaloi.


harga yang ditawarkan juga tidak terlalu mahal untuk warganegara

 papan tanda di hadapan tempat ini


jinak sangat kan..ini adegan hubby bagi makan dulu. sebab anak-anak macam takut memula


imran dan alisa dah mula berani. Mama aku nama dia cik timah pun bagi makan ok. Memang seronok tuk sekeluarga ke sini selain shopping di Langkawi.


comel sangat-sangat...geramm


 itik yang angkat sebelah kaki ..hahah..cute!!


landak pun ada ok..buat sesiapa yang tak pernah lihat secara semulajadi boleh lah pergi. Dan paling best uolss boleh bagi dia makan tau..


 tak boleh tahan sangat cantek tempat ini, kolin wajib pose ok. 


arnab pun ada tau. siap boleh masuk dalam tu dan lepak-lepak bagi arnab makan. 

selain dari semua ini ada juga burung unta, merak, ayam, itik, buaya, ular, monyet dan bermacam-macam haiwan untuk kita sekeluarga terokai. pendek kata bird paradise di Langkawi ini memang menjanjikan satu pengalaman luar biasa buat kita. Dan yang kolin suka tempat ini bersih dan haiwan semua dijaga dengan baik nampak sihat belaka.

So berakhir sudah cerita basi kolin..sebab trip ni last year september. Cuma tak dihupdate heheheh
Dan september tahun ini kolin akan ke Langkawi lagi huhuh..dah macam trip balik kampung. Baru aje Januari 2014 berkursus kat Langkawi, September pergi lagi. Takpelah kolin oii..sebab kali ini kolin pergi bersama family dan kolin percaya banyak lagi tempat di Langkawi yang belum jelajah. 

adios


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you