Thursday, October 3, 2013

Restoran Mawadah, Seksyen 4 Shah Alam

Assalammualaikum

ini kali kedua kolin datang makan breakfast kat kedai ini. 
ini pun gara-gara sufia yang bawa, memang sedap. 
masa 1st time datang dulu tak teringat nak share pasal makan disini. Di sini banyak sangat lauk, kepada sesiapa yang suka heavy breakfast boleh lah makan di sini. 

ada nasi putih, nasi lemak, roti canai pun ada jugak
layanan memang cepat hatta pelayan nya jarang melemparkan senyuman. 
muka masam semendang
 
keadaan dalam restoran

Pilihan kolin kalau selalu makan disini lempeng kelapa. Satu keping saja dah cukup membuatkan perut kenyang sampai ke petang. Serius tak tipu, kebiasaannya kolin makan dengan sambal dan tentunya ambil lauk jua

Lempeng kelapa

Inilah dua lauk yang selalu kolin akan ambil. Sambal kering ubi kentang dan tempe serta paru yang digoreng kering begini. Memang sedap sangat ok!

sangat-sangat menyelerakan


Dan tentunya kena tangkap gambar orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kolin dengan hidangan yang sedap ini. Ini lah cik puan sufia heheheh

Terima kasih sufia sudi ajak kolin keluar breakfast..ohsem sangat ok

muka aku teruk baru balik pulau la katakan

untuk 2 keping lempeng, air milo kosong dan teh air beserta lauk pauk tu bil kami hanya RM7.70 sahaja. Dan memang ok sangat hidangan ini.

Yang paling penting kami duduk berdua dan berborak seolah-olah bertahun tidak berjumpa. Kami ketepikan gajet-gajet canggih yang ada. Supaya kami dapat bertentang mata, bertukar senyuman dan bercerita penuh gaya dan perasaan.

Kepada korang yang suka keluar ngan kawan-kawan tapi sibuk hadap gajet, berubahlah. Sebab kalau korang susah bukan gajet tu dapat bantu korang pun. Hargai kawan-kawan dan teman yang ada, perlunya komunikasi berkesan berhadapan lebih penting bagi kolin.

Anggap lah ini coretan biasa dan bukan nak bagi nasihat sangat.
cuma sedih melihat perhubungan manusia makin renggang akibat gajet-gajet yang canggih sekarang ini sehingga lupa nilai-nilai persahabatan..

sigh~~.

last but not least...thk you sufia for today breakfast..
love u!!

4 comments:

  1. ohhh...terkena batang hidung aku...sibuk dgn gadjet sebab nk menang contest..!!!! candy crush lama dh oi x mainnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahah...seyes ah
      kuar lepak2 rimas aku tengok org pegang gajet.
      aku ngan su..x tgok pun gajet..
      suka that environment...

      jgn marah aaaa

      Delete
  2. bagi alamat restoran tu ... nak try lempeng kelapa tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang tau alamat. Tapi restoran tu kat seksyen 4 memang senang nak cari kalau tanya org tempatan.

      Delete

loving me..loving you