Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Langkawi Getaway for School Holidays ~ 2

assalammualaikum

1. Makan Malam

Makan untuk malam pertama ini kolin memilih restoran yang berdekatan dengan Bella Vista Resort & Hotel. Disebabkan penat bermain kolam renang makan pun dekat dan simple aje lah.  Saujana Seafood di Pekan Kuah. Ianya berderetan dengan kedai-kedai lain juga.


Makanannya boleh tahan, tidak lah sesedap mana. Malahan nasi goreng papriknya sangat tidak menepati citarasa kami. Kolin bernasib baik order nasi goreng ikan masin, Sedaplah jugak



ini pula sotong goreng tepung, macam cekodok sotong aje rasanya hehehhe. Secara keseluruhan harganya boleh lah tahan. Takut juga makan di tempat pelancongan terkemuka ini. Semua harga melambung tinggi.

2. Shopping

Macam biasa kami shopping di Haji Ismail Group dan Idaman Suri. Tapi ada tempat baru yang kolin pergi Ram's. Di sini lebih banyak pilihan dan semua up to date. Nasihat kolin kepada sesiapa yang ingin membeli belah barangan keperluan rumah, sila ke Ram's dahulu sebelum ke HIG atau Idaman Suri. Kalau tidak sure menyesal weiiii. Banyak sangat pilihan, cuma kita lah nak membawa balik tu larat atau tidak sahaja. Meleleh air liur tengok mangkuk vantage..uuwaaaa
with anis dan huda...my bestie

ni kat luar idaman suri..sudah penat membeli hahahha

pendek cerita bawak aje duit banyak-banyak kalau ke Langkawi ni. Memang kalu boleh semua kita nak borong huhu

Langkawi Getaway for School Holidays ~ 1

assalammualaikum

akhirnya trip yang tidak dirancang ini menjadi. kolin bertolak dengan huda, kamilah, anis serta anak-anak dari kuala lumpur menuju ke kuala perlis. Kami sampai sekitar jam 9.00 pagi. Lega dah sampai..memang macam naik bullet train hahahhaha
Parking dan feri

1. Sampai sahaja terus cari parking kereta, huda berjaya mendapatkan parking kereta berdekatan dengan jeti feri dengan hanya RM10 untuk semalam. Murah kan! Sebab kalau cuti sekolah mahu berbelas ringgit tiket untuk parking kereta. Sesudah itu kami pergi mendapatkan tiket feri pula, paling awal yang ada 12.30 tengahari. Tapi elok juga, perut pun dah bunyi kami terus mencari sarapan. Dengan tak mandi, dengan keletihan usung cari makan hahahah

tiket feri

2. Makan dan tandas


kami duduk dan order air di kedai ini, manakala makan roti canai dan laksa di kedai yang bawah ini


orang memang lah ramai kan sebab cuti sekolah. Tapi bila kami dah selesai makan bertanya lah pasal tandas. Masing-masing tak bagi guna tandas. motip!!!..tu lah pasal mamak tu kaya, sebab melayu kita tak reti jaga pelanggan. Masa nak bayar tu barulah peniaga tu kata, kenapa tak cakap order makan dengan dia baru dia bagi guna tandas. Adoyaiii...ada ke patut sebelum tu suruh kami gunakan tandas jeti. Memang masa tu rasa marah sangat tau, sebab dah la letih semalam dalam perjalanan. Makanan pun tak berapa sedap, sekali nak guna tandas pun tak bagi.. Gagal!


tu lah rupa laksa nya..cair ntah rasa apa pun tak tau..jadilah nak isi perut tetap makan jugak ok
3. Feri

sekarang dah tiba masa naik feri, kolin ni dah bertahun tak nak feri. Sesak wei cuti sekolah, ini lah punca kolin selalu mengelak trip cuti sekolah. tapi kali ini tak dapat nak menolak sebab trip kengkawan wei..
i bet we have so much fun!!


keadaan dalam feri yang berkurun kolin tak pernah naik. Bagi kolin selesa lah berhawa dingin, tempat duduk ada nombor jadi tidak berebut, cuma jacket tu patut di bawah kerusi bukan di atas sana tu. Lepas tu video penerangan keselamatan tak dengan sebutir patah perkataan. Itu yang penting arahan-arahan keselamatan supaya tidak panik. Semoga kalau ada yang membaca selepas ini biarlah amaran dan langkah keselamatan itu didengari sekuat mungkin untuk keselamatan. Baik kita mencegah kan.


kepenatan..masa dalam feri lebih kurang sejam. Semua bantai tidur sebab letih. 

4. Hotel 

Penginapan percutian kali ini di Bella Vista Hotel & Resort  Langkawi. Memang cantik tempat ini, dekat sahaja dengan pekan kuah. Dan kalau nak ke kedai makan atau membeli barang keperluan hanya perlu keluar ke jalan besar sahaja semua ada. Lagi pulak hotel ini ada BBQ by beach hanya RM40 dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Paling mengembirakan hati anak-anak kolin adalah swimming pool mereka. 
 view waktu senja

ala ala disneyland

me and kids

bilik besar siap balkoni

toilet yang selesa

ok setakat ini itu dahulu, esok kita sambung lagi ok
ye kolin tahu..kolin asyik pergi langkawi aje tahun ini. 
Nak buat camner dah memang kena genapkan 3 kali setahun pergi langkawi baru afdal hahaha..
kan bagus bercuti dalam Malaysia hehehe

adios

udang harimau

assalammualaikum

hari ini kolin nak cerita pasal udang harimau yang dipancing
sekarang ini jadi kegilaan suami dan anak lelaki kolin suka sangat pergi memancing kolam dalam rumah kedai kat Taman Fadason Kepong. Katanya murah RM18 sahaja sejam..korang rasa murah ke mahal. Agak-agak RM18 tu kalau aku pergi pasar borong selayang tu berapa kilo udang dapat. 

But again manis dan segar katanya...
so hari ini hari bertuah, mereka pergi memancing dapat dekat 20 ekor udang harimau. Memula nak dibuat sambal, tapi kolin kata nak makan goreng begitu sahaja lagi sodap. Pakai pulak mentega dijadikan minyak lagi enak berkrim dan disukai ramai ler kan. 


sedap bukan!!! tapi awas ada juga yang makan udang ini terus gatal -gatal satu badan. Tapi kolin sangat bernasib baik makan banyak pun ok aje hehehe...

ini lah udang harimau malaya sedap digoreng
sedap dimakan begitu sahaja..

untunglah huda dapat pergi Bangkok tengok bola tu...nyampah aku
Good luck #harimaumalaya
semoga kita mengaum dengan jayanya pada 17 Disember ini

jom belanja satu lagi gambo udang harimau malaya


DIY bunga telur kertas crepe


assalammualaikum

adik kita nak kawen dah tak lama lagi
masa ini lah sibuk dengan semua DIY yang selagi boleh
buat yang first step ..bunga telor crepe paper campur dolly paper 
untuk hiasan tepi pelamin 


kolin target 100 batang bunga telur akan siap dalam masa minggu depan
selepas ini banyak lagi yang perlu disiapkan
maklumlah dia last perempuan

senang aje buat bunga pakai crepe paper ini..modal pun tak besar mana
tema dia putih merah, tapi kolin letak sedikit hijau dan tiffany untuk nampak real..kunun

yang benar

kolin yang kreatif 

tujuh perkataan mulia yang boleh diamalkan setiap hari

assalammualaikum

teringat kata ustaz dalam radio. tak salah kita ada FB, blog dan sebagainya kalau kita gunakan untuk berdakwah sesekali. Kolin tak pandai, tapi kolin nak cuba

ini antara yang kolin sempat save dan nak share untuk semua pengunjung blog kolin
sama-sama kita baiki diri ya...

love ya





TAHNIAH HARIMAU MALAYA

assalammualaikum

rasanya belum terlambat kolin mengucapkan tahniah kepada pasukan harimau malaya kita yang mengaum dengan sangat hebat di Hanoi. Tak sangka semangat pahlawan kita bangkit dan membalas kekalahan di stadium shah alam tempoh hari dengan 4 gol berbalas 2 gol. Gembira sungguh kolin tengok game tu kat TV, kalau kat hanoi memang tak taulah rupa apa kolin jerit..hehehhe

anyway, i would like to say a million thanks to all Vietnamese 
for their sport spirit, for their forgiveness

haa kolin tulis omputih manalah tau ada pembaca dari vietnam yang buka blog kolin..hehheheh
Kita jumpa di stadium bukit jalil 20 Disember ini..
ayuh penyokong harimau malaya..pastikan kita memang kali ini 

kolin tak dapat pergi uhuk uhuk..
tapi semangat kolin tetap bersama ye hehehhe

auummm...bangkit harimau malaya..


*gambor diedit oleh mat noh..tQ

#harimaumalaya
#pialaAFFsuzuki2-14
#kitamenang