Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Blogger aje pun !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Haa propa sangat tak tajuk entri kolin kali ini. Kepada semua pengunjung blog kolin yang sendu ini, percayalah korang pun boleh jadi blogger. Sangat mudah, daftar sahaja di blogspot, create nama blog dan mula lah menulis. Menulis lah pasal kehidupan, keseronokan, kesedihan atau apa saja yang korang mahu.

Baru-baru ini ada satu entri mengenai vacation yang kolin ada share dalam blog. Well, nama pun vacation bukan kolin di upah menulis pun pasal tempat tu. So kolin tulis ikut naluri dan pengalaman. Tak sangka tempat tu rupanya jadi tumpuan selepas entri itu naik.

Nak kata ada silap kolin, memang ada bila ada gambar yang tidak sepatutnya dalam blog. Kolin di tegur dan gambar tu terus kolin remove. Tapi kalau ada sedikit maklumat dalam blog tu, jangan lah ingat kami ni blogger memandai pun. Kami rujuk website yang ada. Dan kalau ada pertukaran selepas entri dimuat naik. Salah ke blogger??

Kolin buat 'homework' sebelum bagi segala informasi kepada orang yang nak bercuti di situ. So salah ker blogger share? Blogger aje pun !!!!

Nama pun pergi bercuti, saya tidak diberikan press realease, saya tidak mendapat apa-apa bayaran atau imbuhan pun, jadi kolin tulis ikut pengalaman yang ada. 
Kepada orang yang tersinggung tu, kolin minta maaf. Tapi kalau nak lebih bagus, betulkan pada bahagian penempahan tu. Saya BLOGGER cuma share pengalaman saya sahaja. 

Pelik bila orang pandang serong sangat apabila blogger share satu pengalaman. 
Macam kolin cakap, korang pun boleh kalau nak berkongsi. Tiada niat lain untuk kolin berkongsi, hanya nak beri panduan kepada orang lain sekiranya ada yang ingin ke tempat itu. 

Dan tidak semestinya semua pembaca akan percaya bulat-bulat tulisan blogger. Banyak lagi sumber lagi orang ramai boleh pilih kalau nak cari maklumat. Again, Blogger Aje Pun !!!


Love,

Blogger aje pun !!!!

Atasi masalah penghadaman dengan Zinnia Inner Cleanse

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin dah consume atau makan ZINNIA Inner Cleanse Kapsul ini selama dua minggu.
Alhamdulillah, memang memberangsangkan betul wei. Segala sisa dalam perut yang menyebabkan buncit ini dah hilang dengan jayanya. Sekarang perut pun dah memang nampak makin kempis dan badan memang rasa lebih segar. Kolin makan dengan 2 kapsul sehari selama 3 hari dan hari ke 4 
kolin makan satu sahaja kapsul sebelum tidur. Simple sahaja.


Inilah dia ramuan herba tradisional yang ada dalam setiap kapsul ZINNIA Inner Cleanse

 Kapsul ZINNIA Inner Cleanse ini mudah dimakan dan dibawa kemana sahaja.
Kotak yang cukup kecil untuk kita letak dalam tas tangan sahaja. Mudah sangat tak perlu nak bancuh.
Cuma buka satu kapsul dan makan. Pastikan kita minum air masak yang banyak untuk memudahkan lagi sistem penghadaman kita. 

Sesiapa yang ada masalah susah buang air besar dan sembelit sesuai sangat ambil supplemen ini. 
ZINNIA Inner Cleanse adalah produk kesihatan yang diformulasikan daripada 100% rumusan herba untuk mengatasi masalah penghadaman dan juga sembelit. 

Setelah korang makan, kesan boleh di lihat dalam masa 8 hingga 12 jam. Jadi kolin makan sebelum tidur, dan esoknya memang senang sangat ke toilet. Lagi teruk sekarang asyik makan open house raya kan, memang banyak sangat lah lemak yang ada kat perut kolin ni. 

Cadangan kolin, korang makan hujung minggu duduk rumah. Sebab pada kali pertama, memang 2-4 kali akan ke toilet. Ini semua nak buang toksin dan lemak yang ada tu. Lagi lah kalau korang memang ada masalah sembelit, memang akan ke toilet. Tapi selepas sehari dua semua akan jadi normal kembali. ZINNIA Inner Cleanse bukan julap tau, cuma dia melancarkan lagi sistem usus kita dan membuang 99% najis kita. 

Siapa yang simpan najis dalam badan kan. Nanti kulit pun jadi tak cantik sebab usus kita tak sihat. 



Banyak testimoni orang lain selain kolin yang dah cuba ZINNIA Inner Cleanse ini. 
Kolin for sure akan continue untuk amalkan makan kapsul dari ZINNIA Inner Cleanse. 
Sebab ianya ternyata dapat atasi masalah perut buncit dan dapat tolong kolin kekalkan berat badan ideal.
Lagipun harga mampu milik hanya RM68 sahaja untuk 30 kapsul. 


Untuk lebih banyak testimoni sila follow www.instagram.com/vtox2u 
atau www.facebook.com/VTOX2U dan website mereka di www.vtox2u.com 

Gunakan kod Blogger Kolin VTB020 untuk diskaun istimewa ok.
Sekarang nak perut yang sihat, nak atasi masalah sembelit semuanya atas diri sendiri.
Yang penting usaha dan jaga kesihatan baik-baik, betul tak.

Yang mana rasa nak cuba, jangan segan nak cuba ok. Kita kan perempuan semua sure nak cantik kan. 


Sekarang nak pakai baju kebaya atau kurung moden pun dah lawa aje nampak.
Perut buncit dah surut yeay. Eh lupa nak bagitau, lelaki atau wanita boleh guna tau ZINNIA Inner Cleanse ini. Kalau rasa suami boroi tu, boleh lah hadiahkan kepada mereka. Untuk kesihatan mereka juga kan. 

Kolin dah amalkan selama dua minggu dan kesan sangat menakjubkan.
Korang tak nak cuba ke ?

Love, 

Kolin Zainal


Episod raya bersama Emmy tak habis lagi !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kali ini kami beraya open house Afjet pulak yang terletak di Subang Jaya.
Jadi seronok apabila Afjet mempamerkan semua yang ada.
Dari yang kecil sampai yang ke besar kapal terbang ada. Mana korang nak dapat open house dengan pemandangan macam ini kan. Walaupun kolin dah pernah ke sini sebelum ini, tapi bila bawa chikaro Emmy ini memang lain jadinya.

Ada saja kerja gila, kami baru berkawan dalam setahun pun tak sampai rasanya.
Tapi cepat mesra, macam kolin cakap. Saya suka berkawan, tapi kalau kena 'sekali' memang serik. 
So kengkawan aje, lawan dah tak mau..tak mahu layan. Sorry !!



 Jom kita posing dulu sebelum makan ye. 
Terima kasih Fikri sebab ajak kita heheheh




Dalam banyak-banyak menu tahun ini, kolin akhirnya dapat merasa ketupat pulut periuk kera.
Alhamdulillah sangat !! Selama ini kolin hanya tengok saja dalam TV
Sekali dapat makan akhirnya. Semua menu sedap-sedap.
Macam biasa sate mesti lah ada kan. 


Lagi best semua tetamu dapat merasa tengok kapal terbang ini secara dekat. 
Paling gembira anak-anak lah.
Tahniah AFJET, kalau ada buat lawatan sambil belajar untuk bebudak bagitau ye.
Teringin nak hantar anak-anak belajar pasal kapal terbang. 

Chikaro Emmy sibuk main wassap aje kerjanya. hahahhahahha

Inilah kami yang suka benar pergi open house sana sini.
Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Love, 

Kolin Zainal






Berhari raya di Open House Ambank Group di Hotel Shangri LA Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ambank Group telah berbesar hati mengadakan Open House pada 28 Julai 2016 yang lalu di hadiri tetamu, rakan niaga dan media yang dijangkakan seramai 1,200 orang dari jam 4.30 petang sehingga 9.00 malam di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. 
Raya Open House ini dihoskan oleh Tan Sri Azman Hashim, Chairman, Ambank Group.

Antara tetamu yang hadir di senior management ialah Dato'Sulaiman Mohd Tahir, Group Chief Executive Office, Board Members dan Chief Executive Officers daripada kumpulan subsidiari iaitu Retail Banking, Investment Banking, Wholesale Banking dan Insurans - AmGeneral Insurance, AmMetLife Insurace dan AmMetlife Takaful turut hadir memeriah acara open house tersebut. 


Tan Sri Azman menegaskan, rumah terbuka atau tradisi open house ini adalah salah satu cara Ambank menghargai dan merayakan hari yang berbahagia ini. Ini juga memberikan nilai penghargaan di untuk semua yang telah bekerja di dalam satu pasukan selama ini. Seperti mana yang diketahui, pelbagai bangsa turut meraikan hari raya bersama. Beliau juga berharap suasana harmoni ini akan berkekalan selamanya. 

Hotel Shangri La Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan menyediakan pelbagai hidangan enak buat semua tetamu Ambank Group yang hadir. Banyak sangat pilihan dari yang berkuah, pedas dan bakar. Memang naik sendat nak cuba makanan yang dihidangkan semua ini. Tapi memang sedap sangat !!!




Ini antara menu yang sempat kolin makan masa kat sini.
Banyak lagi sebenarnya, pelbagai menu disediakan dari timur sehinggalah ke barat. 

Tapi bukan setakat makan sahaja tau, Tan Sri Azman turut menyanyikan beberapa lagu untuk semua tetamu. Memang kolin setiap kali hadir event Ambank, Tan Sri suka menyanyi, sporting gila. 

Nak tengok video Tan Sri Azman singgah lah IG kolin ya. 
Ini antara menu yang dihidangkan sempat kolin tangkap gambar
Yang lelain semua mampu tengok sahaja, sebab banyak sangat hidangan yang mereka sediakan.






Seronok dapat makan sedap sedap kat Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.
Lagi meriah dengar nyanyian dari The Singing Shop yang mendendangkan pelbagai jenis lagu.

Terima kasih Ambank, moga tahun depan kita jumpa lagi.

Love,

Kolin Zainal

ICE-WATCH Fashion Showcase @ NU Sentral Fashion Fiesta 2016

assalammualaikum dan salam sejahtera

Khas buat semua peminat jam Ice Watch, kini dah ada koleksi baru wei.
Baru-baru ini kolin berkesempatan untuk melihat sendiri ICE- WATCH  Fashion Showcase di Nu Sentral pada hari minggu yang lalu. Pelbagai warna yang lebih trendy dan menarik untuk korang semua miliki. Cakap banyak tak guna, jom kolin share koleksi terbaru dari ICE Swatch yang diperagakan ini. 


Kesemua koleksi terbaru ini ada dua warna. DUO yang menampilkan koleksi yang lebih segar untuk lelaki dan wanita ini sure buat korang terpikat. Jangan lupa singgah semua Galeri ICE-Watch yang ada ok.


Banyak color menarik kan, nak pilih mana satu berkenan pun dah pening. 


Kalau tengok sendiri semua koleksi yang diperagakan oleh semua model ini memang rasa nak beli semua aje. Ada pelbagai pilihan warna iaitu BlueStone, Ombre Orange, Blue Pink, Atlantic, Dusty Coral, Gray Yellow, Anthracite Pink, Pink Mint, Khaki Pink, Anthracite Yellow dan Mint Coral. 

Kalau kolin memang dah terpikat dengan Pink Mint wei..korang kena terjah juga Galeri mereka dan lihat lah sendiri pelbagai pilihan yang sesuai dan memikat hati. 






Antara Galeri ICE Watch yang boleh korang lawati di Ampang Point, The Curve Shopping Mall, Palm Mall Seremban, East Coast Mall Kuantan, The Shore Melaka, Plaza Shah Alam Selangor, Mitsui Outlet KLIA dan banyak lagi. Nak mudah layari sahaja website mereka di www.ice-watch.com

Tengok dalam gambar dan terpikat, ini kan pula pergi Galeri.
Mau ada yang shopping jam jugak nanti.
Tambah koleksi yang ada, yang penting kualiti dan tahan lama. Betul tak?


Kalau korang nak tengok koleksi lain pun ada juga macam ICE Sporty, ICE Crystal 2015, BMW Motorsport Steel Collection, ICE Happy, ICE Glitter dan juga ICE City.


Jangan lupa korang semua ke Galeri Ice Watch yang terdekat ok. Kolin pasti ada yang korang suka !

Love, 

Kolin Zainal

Seven Seas berkongsi dengan Ibubapa di Malaysia mengenai makanan sihat #DontWorryMom

assalammualaikum dan salam sejahtera

Beruntungnya kolin dapat menjadi sebahagian dari program ini sekali lagi. Terima kasih sebab jemput kolin ya. Kali ini memang teruja sebab dapat lihat sendiri bagaimana pemakanan sihat seperti salad dan buah-buahan dapat menarik perhatian anak-anak untuk makan. 


Berlangsung di Tree Top House Kindergarten di Segambut, kolin bersama-sama ibubapa yang lain diberikan sesi penerangan mengenai kebaikan yang ada di dalam setiap sayuran dan buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklumlah, anak-anak memang memilih kan bab yang ini. Kalau jumpa warna hijau semua diasingkan, betul tak?  Memperkenalkan Mrs. Mohana Gill, pemenang award sebanyak 6 kali dalam menghasilkan buku mengenai resipi pemakanan. Orang yang murah dengan senyuman dan peramah ini memang berjaya membuatkan sayur nampak sedap aje tau.


Bersama dengan Seven Seas, mereka amat peka mengenai anak-anak yang kurang nutrisi. Dengan pemakanan harian yang sangat penting sememangnya agak membebankan ibu bapa yang sibuk macam kolin kan. Tahu sajalah bila mereka meningkat naik dan membesar, tahu aje nak memilih makan apa. Kadang tu memang bekalkan mereka dengan rangkaian

Sebahagian dari kempen #DontWorryMom yang telah dilancarkan pada April 2016 yang lalu, kini sekali lagi Seven Seas melancarkan kempen kepentingan nutrisi kepada semua. 


So jom kita buat makanan sihat bersama anak-anak. Pastikan semua tangan dicuci bersih, sayur-sayuran juga dan apa kata kali ini kita libatkan anak-anak kita semua dalam penyediaan makanan. Ini bagi memastikan si kecil lebih seronok dalam diet harian mereka. Menurut Richard Lee, General Manager of Merck Consumer Health Division Malaysia, semua ibubapa sememangnya menghadapi cabaran masa kini bagi memastikan anak mereka tidak kurang nutrisi, beliau berharap dengan kempen #DontWorryMom ini semua ibubapa dapat idea dan inspirasi bagi merealisasikan kempen ini dengan berjaya.

Menurut Mrs. Mohana, dia mahu mengikis stigma yang di mana anak-anak tidak makan sayur dan buah-buahan. Menjadi tanggunjawab ibubapa agar menyediakan makanan berkhasiat dan kita boleh tunjukkan betapa lazatnya makan sayur dan buah-buahan.

Jadi kita semua apabila di dapur kena lah ajak anak-anak dalam penyediaan makanan seharian. Macam adik-adik ini, potong sayur sendiri dan buah sendiri. Pastikan semua dalam keadaan selamat dan di bawah pengawasan kita lah. Lagi meriah sebab mereka sediakan makanan mereka sendiri.




Dah sesi bersama anak-anak, ibubapa juga diberikan dua ke tiga resipi untuk dibuat di rumah. Memang tak sangka burger dari sayuran pun sedap wei. Dapat tengok buat jus bunga raya pun dah sedap.
Siapa sangka semua ini boleh buat di rumah sahaja.

Tahniah buat Seven Seas di atas kempen #DontWorryMom ini.
Kolin pasti lebih ramai rakyat Malaysia akan lebih peka mengenai pemakanan sayur dan buah-buahan lebih membawa manafaat yang baik.



Maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini korang boleh layari www.facebook.com/SevenSeasMalaysia dan boleh dapatkan lebih banyak info bagi menjamin kesihatan yang lebih baik untuk anak-anak.


Love,

Kolin Zainal