Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sekitar Karpet Merah - Anugerah Bintang Popular 2014, Arena of Star Genting Highland

assalammualaikum

Bertuah rasanya kolin dapat hadir di acara yang julung-julung di adakan bagi dunia hiburan. Kolin bukanlah artis hahah, cuma salah seorang yang menyokong industri hiburan tanah air. Terima kasih kepada Cik Huda sudi memberikan kolin dan kamilah pass VIP untuk ke acara ini. Jasa mu di kenang sampai bila-bila huda. 

I know you are reading this, just want you to know that you one of the good person in my life.
May Allah Bless you!

Tajuk: Anugerah Bintang Popular 2014, Berita Harian
Masa: 7.45 - 8.15 Malam
Tempat: Arena of Star Genting Highland
Tarikh: 5 April 2015


We are ready for the ABPH 2014
Semua simple aje..bukan artis pun hahahah



Baju hijau itu Hanis Soraya dan disebelah adalah Nabila Huda pengacara karpet merah pada malam itu.
Baju Hanis sangat-sangat lawa, lupa designer dia siapa. Dan dia menang best dress award untuk malam itu. 
Serius memang lawa...


Gambar pun kabur aje..
inilah bintang utama 'Teman Lelaki Upahan'
love you EL & KYRA

Kinah dan Ayda Jebat


ha nampakk..si huda dan milah in the house uoolsssss


Dia menang tiga award untuk acara ABPH2014
Tahniah Ayda Jebat..dia sangat humble dan kelakar
Good talent with a good character...Congrats..


Dayang paling senang...kita panggil aje 
terus pandang dan senyum
#dayangsayangkamu
saja tangkap gambo gitu..poyo tak hahahha


Bersama azmil juara Mentor Legend
Kolin memang suka pada nyanyian azmil..tahniah azmil
Masa ini azmil cakap.."alaaa kenapa tinggi nih? hahahha
Kolin jawab.."takpe..azmil memang dah pendek hahahhaa"




Ifa Raziah yang sangat sangat sporting dan humble
lawa sangat baju ko kak...i like!


Shaheizy Sam dinobatkan bintang paling popular ABPH 2014
Bawa pulang Camry Hybrid lagi. Tahniah Sam!!!!









Persembahan menarik..
Malam yang gemilang..yeay...

#beritaharian #ABPH2014 #arenaofstar #gentinghighland #zarrasinarputeri #semarakancinta


khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com untuk ABPH2014

Kartika Sari, Bandung - #throwback


lamanya kolin tak datang sini, last tahun 2009 masa itu mengandung alisa maisara.
Tahun 2015 baru lah kolin dapat ke sini semula #throwback
Tempat ini mengamit kenangan kolin dan mama, masa tu mama baru pencen dan ini hadiah kolin bagi dia kita bershopping di bandung. Buat sesiapa yang belum pernah ke sini, Kartika Sari terkenal dengan brownies dia yang super lazat. Ada juga jual kek yang lain dan pemanis mulut. Coklat, gula-gula, sesuai dijadikan hadiah kepada kawan-kawan dan keluarga.





Kalau ke sini tak beli brownies dia memang rugi lah, 
Satu brownies dalam 55,000 rupiah sahaja, yang penting muat masuk beg
untuk bawak balik sudah lah kan. Ngan kain baju lagi..naya betul. Dah la kami semua backpackers
so membeli berpada-pada hihihi

Kami tidak melepaskan peluang untuk melepak makan di Kartika Sari 
Memang banyak dah berubah di sini, dulu tiada surau dan tak lah luas sangat, sekarang siap ada playground untuk anak-anak. So kita boleh shopping dengan aman damai lah kan.



Jom makan!!



sharing is caring..


my banana split!


pastries!!


lupa laa nama air ni ..huhuhu


lupa jugak nama mee ni..
dah disebabkn semua lupa..jom la balik hahaha


sekian terima kasih

#bandung #throwback #kartikasari #makan #bercuti #foodporn

Anugerah Bintang Popular 2014, Berita Harian bertema Semarakkan Cinta

assalammualaikum

Berikut senarai penuh semua penerima Anugerah pada malam gemilang di Arena Of Star, Genting Highland


Pemenang Kategori Utama ABPBH 2014

5 April 2015 @ 11:46PM
Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 - Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular - Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular - Ayda Jebat
Artis Duo / Berkumpulan Popuar - Akim & The Magistrate
Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa
Penyanyi Lelaki Popular - Akim
Penyanyi Wanita Popular - Adira
Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular - Abam
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular - Johan (Era)
Penyampai Radio Wanita Popular -Fara Fauzana (Hot)

Sumber: Berita Harian

Tahniah kepada semua pemenang dan kolin sangat gembira sebab menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini. 




Nanti kolin share apa yang berlaku masa karpet merah ok. 

sekian terima kasih

 

First World Hotel, Genting Highland

assalammualaikum

Kali ini kolin berpeluang untuk review bilik deluxe yang baru di renovate bagi memenuhi kehendak semua pengunjung yang ingin menginap di sini. Dengan perabot dan karpet baru memang menbuatkan bilik ini tampak ceria sangat. Harga yang sangat berpatutan untuk kita sekeluarga bercuti singkat di hujung minggu.

jom kita ke Genting Highland sambil menghirup udara segar. Dan bergembira dengan Indoor Games, sebab yang Outdoor Games masih di dalam pembinaan.


Lawa tak..newly carpeted dan semua di design serba baru
Ini kolin sempat selfie di lif..seronok oii..lif ada cermin hehehe


Inilah cinta hati kolin...mereka bertiga dalam hati selalu!

Jom review bilik deluxe di First World Hotel, Genting Highland...




Alisa Maisara ini bakal blogger tak lama lagi. Kolin sibuk snap gambar nak share dalam blog dia pun sama buat. Dah ada sama spesis ngan aku duduk serumah. Sejak papa dia belikan dia Sony Experia tu, abis gambar kita tengah tidur pun dia snap. 


Ali Imran akan cek rancangan apa yang ada. Dia ni 'kaki movie' baru aje semalam kami pergi MBO tengok Movie HOME. Alah cerita kartun, orang semua update pasal FF7, aku update pasal HOME. 





Haaa selesa bukan, tak jauh pun dari KL kalau kita nak getaway di hujung minggu.
Sekarang ini pihak Genting mengadakan pelbagai promosi yang murah. Nanti rajin-rajin jengah website mereka okay. Mana tau ada promosi, boleh tidur kat genting.

manik tabur warna warni

assalamualaikum

Rezeki lagi untuk bulan ini
boleh lah buat top up bayar parking kereta pergi pejabat tu kan..
buat top up bayar tol pergi kerja
buat top up barang barang keperluan dapur..
buat top up belanja harian kita sehari hari
kita golongan marhein..tak dapat elaun beli itu ini...

tak boleh merungut kan...So kita terima..

so terima kasih menempah
thank you nyah...lebiu


Pelaksanaan GST pada 1 April 2015 - Mydin tanggung kos GST





SUBANG: Mydin Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok.

Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos GST berkenaan.

Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.
"Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.

"Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, hari ini.
Ameer berkata pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.

Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi GST serta kos sara hidup yang tinggi.
Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.

"Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik," katanya.
Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.

Selaras pelaksanaan GST mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen 'Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!' di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.
Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan GST secara berterusan.

"Saya akan terus memantau kedai -kedai supaya mereka melaksanakan GST dengan cara yang betul. Malah mulai esok seramai 13,000 pegawai kastam akan melakukan lawatan ke premis-premis," katanya kepada pemberita. - BERNAMA

********************************************************************************

assalammualaikum

Syukur ada yang prihatin akan isu GST
Belanja lah dengan bijak, pilihan di tangan kita

Thank you MYDIN