Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GUARDIAN memperkenalkan MYguardian Rewards - Revolusi Pembelian Harian dengan Keutamaan pada Kesejahteraan

Dengan lebih 3 juta pendaftaran sejak Mac, platform ganjaran serba lengkap ini mentakrifkan semula cara rakyat Malaysia membeli-belah, berjimat, dan berpenampilan hebat dengan matlamat untuk menjadi program kesetiaan No.1 di Malaysia




guardian Malaysia secara rasminya telah melancarkan inovasi terbaharunya dalam penglibatan pelanggan - program MYguardian Rewards melalui aplikasi guardianMY. 



Ia merupakan sebuah platform kesetiaan generasi baharu digital sepenuhnya, digamifikasi dan diperibadikan, direka untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia bagi setiap pembelian serta meningkatkan pengalaman membeli-belah ke tahap yang lebih tinggi.

LUNCH AT BURGER & LOBSTER KLCC

 Assalammualaikum korang

Pertama kali tau kolin makan di Burger & Lobster KLCC. Terima kasih buat kawan yang mengajak, kalu tidak memang tak merasa ler.

 


Punca nak makan sini sebab nak try Classic Lobster Roll yang viral tu. 

Burger & Lobster KLCC ini terletak di aras sama dengan taman yang ada fountain water tu. Masa kami pergi, bahagian dalam penuh jadi kami melepak di luar. Jangan risau ada portable air-cond. 

PADANG, INDONESIA

 Assalammualaikum korang

Trip Padang, Indonesia kolin dan geng pergi Disember 2024. Tapi rasanya Mei 2025 cerita tak basi lagi kan hahaha. Jom kolin cerita serba sedikit itinerary kami semasa mengembara ke Padang, Indonesia.  

HARI PERTAMA

Untuk penerbangan kami ambil seawal pagi, so jam 4.00 pagi kami dah sampai kat KLIA2. Memang mengantuk tak tidur semalaman sebab dah excited kan. Langsai subuh, kami fly tepat waktu jam 7.10 pagi.

Dan best pulak rasanya sebab Padang ini lambat sejam dari kita, so kami sampai kat airport Padang jam 7.10 pagi juga. 

Untuk perjalanan kami kat sana, dah siap tempah supir. Anak muda yang kami panggil Aji. Sangat menyenangkan, kami dapat lah ootd kat sekitar airport dan terus sarapan pagi. 

Tempat viral LAMUN OMBAK lah tujuan kami sarapan. Tapi overrated, mahal dan tak sedap. So untuk korang yang bakal pergi sila elak makan di sini okay. Cari tempat lain tau.