Assalammualaikum
Macam ‘dream come true’ apabila kolin diberi peluang untuk menyertai
lawatan ke kilang Mamee yang terletak di Melaka. Seawal jam 8.00 pagi kami semua berkumpul di
Kilang Mamee yang terletak di Persiaran Subang Jaya untuk ditransitkan
mengunakan dua bas ke Kilang Mamee di Melaka.
Meriah sangat!
Lebih kurang dua jam perjalanan
kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kilang Mamee yang terletak di Bandar
Melaka. Acara
bergambar adalah wajib bila dah sampai kan.
Mamee-Double Decker yang kini
mempunyai rangkaian pembeli berjumlah 5.47 juta melalui data yang dikeluarkan
oleh Kantar Worldpanel baru –baru ini.
Malahan Mamee-Double Decker produk mi
segera laris iaitu pembelian sebanyak 4.2 juta oleh penguna di semenanjung
Malaysia. Jadi ianya memang produk yang dikenali ramai.
Kami seterusnya diberi taklimat
sejarah dan produk yang ada di sini. Tayangan video juga ada untuk penerangan
yang lebih jelas mengenai produk ini. Barulah kolin tahu yang mamee ini
mempunyai banyak sangat produk. Ingatkan mamee monster snek dan mi segera saja.
Rupanya ada juga minuman yang dikeluarkan oleh Mamee, contohnya: jenama Cheers
dan Lite Yo.
Semasa sesi penerangan
dilaksanakan, kami diberi peluang untuk melihat bagaimana kaedah traditional mi
tarik di lakukan. Menurut kata pegawai penerangan, kaedah mi tarik ini
digunakan untuk produk mereka Mamee Chef “lain
daripada yang lain”. Dengan chef yang dijemput dari China membuat
demontrasi untuk kami semua lihat bagaimana mi tarik itu dibuat.
Dan tak lupa juga photo booth
yang disediakan oleh pihak mamee amatlah menarik sampaikan semua berebut-rebut
ingin bergambar.
Begitulah cara mi tarik
dilakukan. Sangat menarik dengan doh yang telah dibuat lebih awal dan akhirnya
doh tersebut menjadi mee yang sangat enak. Itulah sebabnya Mamee-Double Decker
telah berbelanja sebanyak RM80 juta untuk
menyediakan mesin membuat mi tarik ini. Ini semua bagi memberikan rasa sebenar
kepada penguna kesedapan mee tarik seperti rasa La Mian mee yang terkenal di
China.
Selepas itu kami diberikan
demontrasi cara masakan mi kari laksa keluaran terbaru oleh Mamee-Double
Decker.
Aroma yang begitu menyelerakan
memang tidak dapat disangkal yang Mamee Chef Kari Laksa ini yang di iktiraf
diantara sepuluh yang terbaik bagi kategori Mi Segera di dunia untuk tahun 2014
oleh
www.theramenrater.com.
Mamee juga memenangi
Putra Brand Awards Recipient 2014 under Food Stuff Category dan
Frost and Sullivan Malaysia Excellence
Awards Recipient bagi dua tahun berturut-turut.
Produk Mamee Chef mi segera ini
disediakan dalam 3 citarasa. Ada Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, Perisa Laksa
Kari dan Perisa Ayam Pedas Shitake yang mana kesemua produk ini mengunakan
kaedah mi tarik. Untuk semua citarasa ini, Mamee- Double Decker telah
berkerjasama dengan Dato’ Chef Ismail untuk memastikan semua rasa mi segera yang
dihasilkan memenuhi citarasa sebenar.
Malahan semua paket mi segera
mempunyai berbagai makanan sampingan berlauk seperti udang, sayur-sayuran,
cendawan dan tofu. Yang penting seperti isu yang sangat hangat sekarang, Mamee-
Double Decker memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard halal yang
dikehendaki dengan memastikan kualiti dan kebersihan keberhasilan produk.
Selesai sesi penerangan, kami
semua dibawa melawat ke kilang mamee bagi menyaksikan sendiri bagaimana mi
segera dan produk lain dihasilkan. Ruang kilang yang sangat bersih dan luas ini
memberi gambaran bahawa mamee benar-benar mementingkan kualiti produk.
Selesai ronda-ronda kilang, kami terus dibawa ke ruang
makan untuk makan tengahari. Kali ini makanan kami dibawakan oleh Mamee Jonker
House. Ada nasi ayam Hainan yang sangat istimewa dalam bentuk bola kecil,
satay, kek dan air dari produk cheers.
Kami juga diberi rasa produk Mamee Chef yang terbaru iaitu Mamee Chef
Kari Laksa.
Selesai makan tengahari, kami
semua diberikan buah tangan untuk dibawa pulang dan lebih istimewa disertai
dengan kad ucapan ini.
Selesai melawat kilang mamee,
kami dibawa pula ke Mamee Jonker House yang terletak di Jonker Street Bandaraya
Melaka. Sampai sahaja disana kami
disambut oleh patung yang sangat comel dihadapan pintu masuk.
Comel sangat kan! Di sini ada
jualan produk mamee dan juga restoran yang menyajikan masakan oleh produk
mamee. Di sini kami berpeluang untuk mewarna sendiri cup mamee mi segera kami
sendiri dan memilih makanan sampingan yang kami ingini. Jum mewarna!!
Ini lah masanya kolin menunjuk
bakat mewarna yang terpendam ok. Seronok sangat aktiviti yang disediakan oleh
pihak Mamee Jonker House. Lepas dah mewarna masa untuk selfie pula.
Ohhh my Mamee…
Di Mamee Jonker House juga ada
jualan barangan yang kita boleh beli di Jonker Street. Harganya pula berpatutan dan yang penting
banyak pilihan.
So siapa kata
produk mamee ini tak best? Buktinya semua best dan kolin dah pergi tengok
sendiri bagaimana produk ini dihasilkan. So jangan lupa dapatkan produk
Mamee-Double Decker anda sendiri di pasaran okay. Jangan lupa like page fb MameeChef ok... www.facebook.com/MAMEEchef.
Khidmat pesanan masyarakat Mamee- Double
Decker dibawakan oleh alialisakreatif.blogspot.com