Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

wedding


Assalammualaikum

terima kasih kepada pengantin iaitu ramdzan sekeluarga kerana sudi menjemput kolin. Lokasi yang amat mudah nak cari ini memang menyenangkan kami dari Jinjang Kuala Lumpur ini. Masa sampai pegantin sedang bersanding, So sempatlah kolin snap gambar...very very nice deco on pelamin ..

lawa sangat..love it!!



Guess what!!..pengapit senyum lebih..ehem ehem en. wafi ni macam soon aje kan..
doakan yang terbaik untuk mu..hehe


lauk kenduri yang sedap!
cendol yang ohsem!
buah oren yang manis!
apam polkadot yang lisa sangat suka!!

best nya kenduri kan...tahniah buat ramdzan dan alia
semoga kalian berkekalan sehingga hujung nyawa

ok dah makan..
jum pose orang kenyang..hua hua hua



p/s: i love this shawl soooo much! it make me pretty each time wearing it hahahha

purplelious

Assalammualaikum

Ini baju kawan kolin jugak
sama aje fesyen lace nya dengan yang biru hari tu hehehe
anyway ..purple ni dull tapi pandai dia main lace so nampak sangat lawa

syukur alhamdulilah..semua baju ni dah dihantar pun..lega hati
baju yang sedia ada sekarang bertingkek-tingkek..rezeki Allah SWT bagi..


Malam tadi kolin dah deliver pada cik suria din..hope boss dia suka lah
baju yang telah disiapkan..thank you darling..love love


pearl tabur di baju lace

Assalammualaikum

baju ini memang lawa
soft blue dengan pink lace, pemilik minta kolin manik kan pada lace dan juga di bahagian leher juga.

Alhamdulillah akhirnya siap juga walaupun sibuk dengan kerja seharian. Semoga dia suka!




Crumble purple

assalammualaikum

kasihan pemilik baju ini yang terpaksa menunggu lama untuk kolin siapkan baju dia. Dan permintaan dia untuk crumble dapat kolin siapkan. Sekarang ni tempahan memang tak pernah putus dan ada saja kawan menelefon, email atau bertanya terus pada kolin.

Syukur alhamdulillah ...

p/s: tengah tunggu baju dari tawau untuk dimanikkan..excited!!



manik pelangi

Assalammualaikum

manik sebegini memang di gemari oleh pemilik baju ini
Saja dia minta kolin buat yang simple dan sweet
kolin sendiri rasa sangat sesuai tau

manik ini senang aje
yang penting kena susun atur kemas aje
terima kasih menempah lagi
doakan rezeki kolin murah ye..



manik baju pengantin

Assalammualaikum

alhamdulillah tempahan tak putus-putus dari kawan ni
syukur alhamdulillah

Semoga pengantin baru menyukai baju nikah ini

Manik jua untuk veil nya


Secara peribadi, kolin memang suka baju ini...

Terima kasih menempah.

kesal

assalammualaikum

bila buka facebook, watsapp, wechat semua emosi dengan status memasing..sigh..
penat nya baca..positif 20% yang negatif 80%


kalu terasa diri dizalimi boleh lah try ayat ini...


saja share yang ini..kolin pun belajar jugak 

kesal sebab..ada juga yang berbunyi..

"kenapa ambil free hair bekerja"...

apa masalah nya kolin tak nampak sangat..
salah ke dia, berdosa ke dia sebabkan 'free hair'..sebab tak pakai tudung..
kita yang melebih-lebih nih..dah cukupkan ker amalan kita..

takut-takut akibat riak nya kita ni tak dapat cium bau syurga

kolin dulu tak bertudung, pakai seksi..mengaku semua tu
so sekarang bila pandang kawan-kawan yang masih tidak bertudung memang susah nak berubah
kolin faham sangat.. i've been there!! susah sangat ok...

kolin dulu pun fed up jugak masa nak mula-mula berubah..
tapi ada kawan-kawan yang bagi semangat yang tak berbelah bagi..
so sekarang masih belajar bertudung, belajar semua segala gala..

kepada orang yang rasa diri dah hebat dekat dengan tuhan...
janganlah kita hukum orang ...
tunjukkan yang terbaik..mana tau orang tu ikut yang baik


KESAL....masih ada lagi orang yang begini..
sian orang-orang 'free hair'...
nak berubah pun takut orang ngata memacam ...
bersabar laa...

crumble mumble

Assalammualaikum

Kali ini tempahan dari kawan kak chik
Terima kasih yee


Selamat hari raya aidiladha semua!!!
Mohon ampun maaf ye...


labuci labuci..


Assalammualaikum

Semakin hari makin murah rezeki
Syukur alhamdulillah
Atas sokongan, dorongan keluarga dan kawan kawan jua

jum review manik bunga labuci kali ini

kak su....thank you so much

pencarian model tudung fareeda

Assalammualaikum

kolin nak share kepada semua yamg berminat nak jadi 
model hijab boleh lah masuk contest ini.

daripada sia-sia kita post gambar kat facebook tu apa kata kita masuk contest ini. Mana tau boleh menang, yang penting jangan lah pakai kamera 360 tu hihihihi

apa pun boleh cuba dan dapatkan borang penyertaan dari akhbar tempatan hari ini juga.

Good luck girls!!!






crumble biru

Assalammualaikum

Dah lama tak update blog ni
sekarang kolin super busy dengan job manik yang kawan-kawan kolin bagi. Syukur alhamdulillah

jom cuci mata crumble biru milik reena



Terima kasih banyak banyak

langkawi - part one

Assalammualaikum

akhirnya tiket airasia yang dibeli dengan harga sangat murah ke langkawi direalisasikan
yeay..kolin booking last year september dan pergi this year bulan september jugak
nak dapat tiket murah beginilah, lain lah orang kaya nak berjalan boleh booking dalam masa sekejap aje. Kolin ni nak berjalan kene menabung ok. So berdikit-dikit menabung jum kita ke langkawi adik-adik. Flight jam 4.35 petang nasib baik tak delay. Tapi kolin huru hara sebab jalan sesak dan terlewat sampai ke LCCT. Nasib kami memang baik sebab petugas airasia tetap memasukkan beg kami dalam flight jam 3.45 petang itu. Wah penat nya berkejar flight kali ini..ngan anak-anak lagi. 
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan macam biasa anak aku memang nak pesan makanan ler dalam flight. Membazir aje meggi cup tu RM6 tau!!

 kami!!

Dalam masa 45 minit kami pun sampai ke Langkawi. Wah memang nasib baik cuaca cuma mendung dan tak hujan pada masa itu. Dah ambil luggage kami terus mendapatkan kereta sewa kami. Kali ini kami try VIOS ok! sesekali merasa ..dan vios tu hanya RM70 sahaja sehari. Kalau cuti sekolah memang tak dapat lah kan.


Destinasi pertama kami di Langkawi makan laksa ikan seekor, laksa power, cendol, char kuew teow dan mihun sup. Haaaa saja senaraikan bagi korang terliur. Hubby orang utara, so dah biasa pun makan menda-menda nih. Cuma kali ni nak berlagak ..i di LANGKAWI uoolsss hahahah

ni belum aku pergi EUROPE tau..tahap berlagak gaban


harga tak ingat pulak masa makan
yang pasti tempat makan ini memang berdekatan dengan airport. Dan paling best tempat makan ini memang tepi laut. Angin kuat sangat...

yang penting semua happy tuk holiday kali ini. Selesai makan, kami menuju ke tempat penginapan yang telah kolin booking pakai agoda. Murah sangat...

Percutian bajet kali ini memang best!!..

stay tuned...

Restoran Mawadah, Seksyen 4 Shah Alam

Assalammualaikum

ini kali kedua kolin datang makan breakfast kat kedai ini. 
ini pun gara-gara sufia yang bawa, memang sedap. 
masa 1st time datang dulu tak teringat nak share pasal makan disini. Di sini banyak sangat lauk, kepada sesiapa yang suka heavy breakfast boleh lah makan di sini. 

ada nasi putih, nasi lemak, roti canai pun ada jugak
layanan memang cepat hatta pelayan nya jarang melemparkan senyuman. 
muka masam semendang
 
keadaan dalam restoran

Pilihan kolin kalau selalu makan disini lempeng kelapa. Satu keping saja dah cukup membuatkan perut kenyang sampai ke petang. Serius tak tipu, kebiasaannya kolin makan dengan sambal dan tentunya ambil lauk jua

Lempeng kelapa

Inilah dua lauk yang selalu kolin akan ambil. Sambal kering ubi kentang dan tempe serta paru yang digoreng kering begini. Memang sedap sangat ok!

sangat-sangat menyelerakan


Dan tentunya kena tangkap gambar orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kolin dengan hidangan yang sedap ini. Ini lah cik puan sufia heheheh

Terima kasih sufia sudi ajak kolin keluar breakfast..ohsem sangat ok

muka aku teruk baru balik pulau la katakan

untuk 2 keping lempeng, air milo kosong dan teh air beserta lauk pauk tu bil kami hanya RM7.70 sahaja. Dan memang ok sangat hidangan ini.

Yang paling penting kami duduk berdua dan berborak seolah-olah bertahun tidak berjumpa. Kami ketepikan gajet-gajet canggih yang ada. Supaya kami dapat bertentang mata, bertukar senyuman dan bercerita penuh gaya dan perasaan.

Kepada korang yang suka keluar ngan kawan-kawan tapi sibuk hadap gajet, berubahlah. Sebab kalau korang susah bukan gajet tu dapat bantu korang pun. Hargai kawan-kawan dan teman yang ada, perlunya komunikasi berkesan berhadapan lebih penting bagi kolin.

Anggap lah ini coretan biasa dan bukan nak bagi nasihat sangat.
cuma sedih melihat perhubungan manusia makin renggang akibat gajet-gajet yang canggih sekarang ini sehingga lupa nilai-nilai persahabatan..

sigh~~.

last but not least...thk you sufia for today breakfast..
love u!!

trip to melaka

Assalammualaikum

Hari yang sama kolin ke melaka
destinasi yang kami tuju adalah tempat makan umbai
disebabkan takut sesat kolin mengunakan 'waze' wah..sangat-sangat membantu ok..

bila dah sampai waktu tu petang memang elok sangat cuaca
lihatlah perkampungan nelayan ini..teratur dan cantik
siap ada pengangkutan bot ke pulau besar..kalu dulu pernah masuk TV3 tempat orang bayar niat kubur-kubur lama. aish..takut..

perkampungan nelayan umbai

selesai acara makan kat umbai yang super mahal tu
bayangkan kerang rebus RM9 
siput buluh RM18 
nasi lemak dua RM1.40 
dan air untuk 5 orang kami berabis RM50 jugak tu..
mahal nyer makan di umbai ini..
nasib lah perut dah kenyang ..so kami terus ke melaka raya untuk mencari tempat menginap malam ini. Cadangnya di tengah pusat bandar supaya senang nak berjalan esok. Maklumlah anak-anak dah lama tak ke Melaka ...


 Hotel ini Hash Hotel House Melaka merupakan hotel yang sangat sederhana. Kolin dapat harga RM162 untuk penginapan semalam. Dua katil Queen dan pada kolin sangat-sangat selesa. Aircond dan TV juga bagus. Pendek kata puas hati lah...lagipun dah petang kan..saja nak lepaskan penat sebelum bertolak balik esok. Isnin kan cuti Hari Malaysia..

Malam tu kolin makan malam berdekatan dengan Mahkota Parade 
dan breakfast di Restoran Asam Pedas yang pernah keluar Jalan Jalan Cari Makan..
Memang sedap..tapi mahal makan di Melaka ini..hrmm
bukan dalam destinasi bajet dah Melaka

Selesai makan kami bersiap dan terus ke A Famosa untuk berjalan-jalan 
masa ini lah anak kolin alisa try naik beca 
excited tak ingat..RM20 untuk satu beca..
dan masa nak sampai tu..alisa request nak naik sorang-sorang ok..
sangat sangat karenah dia ni sekarang..huh



Selesai melawat semua di melaka kami meneruskan perjalanan balik ke kuala lumpur. disebabkan cuti panjang 3 hari lebuhraya plus memang sangat sesak. kami pun 'on waze' dah terus ikut jalan dalam untuk balik. Kebetulan masa perjalanan balik masuk rembau nampak lah water world pedas, kami pun singgah lah untuk merasa water world di sini. Sebab ada air panas kan..

daifnya kemudahan di water world ini tau.. ada ke tepi tu langsung tidak disediakan kerusi untuk orang duduk berehat. Sedih giler tempatnya. Mainan pun banyak tak bukak, dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10, warga emas RM10. Makanan memang strict sangat tak leh bawak masuk lah kan. Makanan yang dijual rupa haram aje tak sedap...ini lah orang nak berniaga untung besar-besaran. 

kalau nak suruh kolin ulang semula memang tak pergi dah. Ini saja nak pengalaman ke water world ini sahaja. Kunun canggih water world ini tapi kerusi tuk warga emas berehat pun tiada. Tidak prihatin akan anak kecil dan warga emas dalam ini. Sejam dua kami mandi manda terus bersiap pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan kami tak lalu tempat sesak langsung sebab balik ikut highway LEKAS.

berakhir sudah perjalanan kami dari batu pahat, melaka, negeri sembilan dan pulang kembali untuk rutin bekerja dan sekolah.

Can't wait for another 2 week..holiday coming right up!! yeay

p/s: to lose a pathetic friend is good that keeping it one..