Assalammmualaikum
Cuti panjang kan..sabtu, ahad dan isnin sempena Hari Malaysia
Kolin rasa tak terlambat nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua.
Semoga Malaysia senantiasa aman dan makmur tiada huru-hara
Kolin sekeluarga manfaatkan cuti ini balik ke kampung arwah abah kolin yang terletak di Kampung Peserai Batu Pahat, Johor. Di samping memenuhi undangan perkhawinan sepupu kolin, trip ini juga trip melawat kubur abah. Lama dah rasanya kami tidak ziarah kubur arwah abah
kenduri sepupu kolin diadakan pada malam 14 september 2013
masa ini lah kami beramai-ramai berkumpul. Rindu suasana balik kampung dulu, masa tu arwah abah lah yang menyatukan kami. Merapatkan silaturrahim kami sepupu sedara mara semua. Alhamdulillah silaturrahim masih terjalin mesra. Semoga pihak yang bertandang selesa dengan yang kami sajikan. Bagi kolin..ini lah masa lepas dendam makan telur pindang hahaha
masa ini lah kami beramai-ramai berkumpul. Rindu suasana balik kampung dulu, masa tu arwah abah lah yang menyatukan kami. Merapatkan silaturrahim kami sepupu sedara mara semua. Alhamdulillah silaturrahim masih terjalin mesra. Semoga pihak yang bertandang selesa dengan yang kami sajikan. Bagi kolin..ini lah masa lepas dendam makan telur pindang hahaha
Selesai acara semua kolin balik rumah sebab nak tengok bola
Syukur Malaysia menang 3 - 0 menentang Myammar..Menang bergaya kita..heheh
Keesokkan harinya ahad, seperti yang di idamkan kami semua ke Jambatan menghala ke Bandar Penggaram untuk menikmati nasi kandar. Memang sedap lah! Kalau sesiapa ke sini harus cuba nasi briyani Mohd Shah ini. Tak rugi!!..
Briyani Mohd Shah terbaik dari ladang!!
Pilihan suami kolin hari ini adalah nasi briyani daging. Selalu nya kami memilih lauk kambing. Tapi disebabkan kenduri malam tadi dah belasah kambing. Jadinya kami ambil daging. Sedap sangat, hilang rindu makan nasi briyani
Sambil-sambil itu kami makan buah dukong yang sangat manis. Hanya RM10 untuk 3 kilo.
Murah kan!
Menu kami~
Inilah model medan selera heheheh..alisa maisara
Selesai makan tengahari..cuaca yang redup mengiringi ziarah kami ke pusara abah.
Kubur dah berpuluh tahun, kali ini kami ziarahi lagi.
Rindu pada abah tak dapat kolin nak bayangkan..kehilangan abah semenjak umur 15 tahun banyak mengajar erti tabah dan hidup pada kolin.
Abah dipinjamkan kepada kolin sekejap aje, dan kenangan bersama arwah abah, alang tak akan lupa sampai bila-bila.
Doa alang, semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman
ditempatkan di dalam syurga
Al - fatihah untuk abah...
Berakhir lah trip kolin ke batu pahat..
semoga kolin berpeluang ke sini lagi..
al-fatihah to your abah kolin.....ko buat aku terliur rindu nak balik batu pahat jugak nak makan nasi briyani mat shah
ReplyDeletealfatihah jua..balik ler BP oii bukan jauh ehhehehe
Delete