Tuesday, August 19, 2014

sambal tempoyak daun kayu

Assalammualaikum

Lauk ni memang jadi kegemaran kolin sejak mengenalinya. Kali pertama kolin makan di rumah mak sedara di negeri sembilan. Yaa ampun, kolin tak pernah makan tempoyak, tapi sekali cuba nasi bertambah-tambah lah.

Kali ini sebabkan dah gian sangat kolin cari resipi dan cuba buat. Kredit kepada blog Dapur Tanpa Sempadan ini kolin berjaya merealisasikan lauk kegemaran kolin ini.

Sedap sangat ok! Bila post kat FB semua kata perlu dipekatkan sedikit. Well...usaha tangga kejayaan kan. This is my 1st time cooking it dan sedapppp!!!




Bahan-bahannya
1 cekak pucuk ubi, cuci dan toskan
5 helai daun kunyit muda
1/3 cawan isi petai
1 liter santan
1 keping asam gelugor
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 camca besar penuh tempoyak
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)
3/4 inci kunyit hidup
4 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi dan daun kunyit, dimayang halus seperti bunga rampai, petai dipotong dua setiap satu dan ikan bilis ditos, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan
  2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar halus, tempoyak, ikan bilis dan santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau hingga kelihatan pekar sedikit. Masukkan petai dan masak sekejap. Tambah daun pucuk ubi dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga pekat (seperti dalam gambar). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng......sedapp okehh!..
THANK YOU TO BLOG DAPUR TANPA SEMPADAN

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you