Tuesday, June 10, 2014

THROWBACK~ Galeri Perdana Tun Mahathir di Langkawi

assalammualaikum

seperti biasa..ini cerita tahun lepas, cerita basi
tapi tetapi nak story sebab rasa sayang sangat tak share
kolin memang peminat Tun Mahathir, ini bukan pasal politik tau
tapi memang kolin minat cara dia..pemimpin terbaik di Malaysia bagi kolin
its my personal opinion..

Masa di Langkawi kolin sempat bersiar-siar di Galeri Perdana ini
ada caj bayaran masuk yang dikenakan. Tapi jangan risau sebab memang berbaloi dengan keadaan bangunan yang mempunyai senireka yang sangat cantik dan barang-barang pameran yang memang luar biasa dan lain daripada yang lain.


bahagian luar Galeri Perdana



dalam galeri ini banyak sangat potret yang dipamerkan
macam-macam ada..ada yang dihadiahkan dan ada juga yang dilukis
memang ohsemmmm




ruang pameran yang sangat besar dan berhawa dingin ini memang sesuai untuk lawatan orang tua atau yang muda. sampai anak kolin melepak di karpet ruang tengah yang gebu itu



kredit kepada pereka dalaman galeri ini memang sangat-sangat menawan hati
lawa lerrrr...


ini antara yang ada di dalam pameran, lukisan dan ukiran kaabah


kemudian kami bergerak ke bangunan lain untuk melihat koleksi lain yang ada
terutamanya kenderaan yang memang menjadi koleksi Tun Mahathir






banyak sebenarnya koleksi yang ada 
tak dapat kolin nak share semua yang ada
untuk yang bakal berkunjung ke pulau lagenda Langkawi
siapa cakap boleh bershopping sahaja

banyak yang boleh kita lihat dan tambah pengalaman tau semasa bercuti di sini

so jangan lupa singgah Galeri Perdana Tun Mahathir ok!!

adios

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you