Saturday, October 5, 2013

langkawi - part one

Assalammualaikum

akhirnya tiket airasia yang dibeli dengan harga sangat murah ke langkawi direalisasikan
yeay..kolin booking last year september dan pergi this year bulan september jugak
nak dapat tiket murah beginilah, lain lah orang kaya nak berjalan boleh booking dalam masa sekejap aje. Kolin ni nak berjalan kene menabung ok. So berdikit-dikit menabung jum kita ke langkawi adik-adik. Flight jam 4.35 petang nasib baik tak delay. Tapi kolin huru hara sebab jalan sesak dan terlewat sampai ke LCCT. Nasib kami memang baik sebab petugas airasia tetap memasukkan beg kami dalam flight jam 3.45 petang itu. Wah penat nya berkejar flight kali ini..ngan anak-anak lagi. 
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan macam biasa anak aku memang nak pesan makanan ler dalam flight. Membazir aje meggi cup tu RM6 tau!!

 kami!!

Dalam masa 45 minit kami pun sampai ke Langkawi. Wah memang nasib baik cuaca cuma mendung dan tak hujan pada masa itu. Dah ambil luggage kami terus mendapatkan kereta sewa kami. Kali ini kami try VIOS ok! sesekali merasa ..dan vios tu hanya RM70 sahaja sehari. Kalau cuti sekolah memang tak dapat lah kan.


Destinasi pertama kami di Langkawi makan laksa ikan seekor, laksa power, cendol, char kuew teow dan mihun sup. Haaaa saja senaraikan bagi korang terliur. Hubby orang utara, so dah biasa pun makan menda-menda nih. Cuma kali ni nak berlagak ..i di LANGKAWI uoolsss hahahah

ni belum aku pergi EUROPE tau..tahap berlagak gaban


harga tak ingat pulak masa makan
yang pasti tempat makan ini memang berdekatan dengan airport. Dan paling best tempat makan ini memang tepi laut. Angin kuat sangat...

yang penting semua happy tuk holiday kali ini. Selesai makan, kami menuju ke tempat penginapan yang telah kolin booking pakai agoda. Murah sangat...

Percutian bajet kali ini memang best!!..

stay tuned...

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you