Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

assalammualaikum

rasanya belum terlambat kolin mengucapkan tahniah kepada pasukan harimau malaya kita yang mengaum dengan sangat hebat di Hanoi. Tak sangka semangat pahlawan kita bangkit dan membalas kekalahan di stadium shah alam tempoh hari dengan 4 gol berbalas 2 gol. Gembira sungguh kolin tengok game tu kat TV, kalau kat hanoi memang tak taulah rupa apa kolin jerit..hehehhe

anyway, i would like to say a million thanks to all Vietnamese 
for their sport spirit, for their forgiveness

haa kolin tulis omputih manalah tau ada pembaca dari vietnam yang buka blog kolin..hehheheh
Kita jumpa di stadium bukit jalil 20 Disember ini..
ayuh penyokong harimau malaya..pastikan kita memang kali ini 

kolin tak dapat pergi uhuk uhuk..
tapi semangat kolin tetap bersama ye hehehhe

auummm...bangkit harimau malaya..


*gambor diedit oleh mat noh..tQ

#harimaumalaya
#pialaAFFsuzuki2-14
#kitamenang

Perlawanan Malaysia vs Vietnam

assammualaikum

Perlawanan ini telah pun berlalu semalam dan Vietnam mengatasi Malaysia dengan 2 gol berbalas 1 gol.Pada kolin lah kan, memang salah penyerang Malaysia yang kurang menyengat, Setiap kali bola sampai ke gawang pihak lawan mesti berjaya dipatahkan. Tetapi apabila melihat penyerang pasukan lawan memang senang dan terus mara untuk jaringkan gol Sedihnya semalam di depan ribuan para penonton harimau malaya yang berhabis, berhempas pulas, bersesak, berhujan tapi kita tak berjaya menguasai perlawanan ini. Kolin rasa kita perlukan lebih ramai penyerang. Sebab apabila kita keep on serang dan menyerang. Tak lah teruk penjaga gol asyik nak selamatkan gol, tak lah teruk pertahanan kita. Ini penyerang lemah gemalai sedih kolin tengok. Anyway it was a good game, cuma tergores luka sedikit apabila ada yang membuat aksi ganas.
Come on lah penyokong Malaysia, tingkatkan semangat kesukanan bukan keganasan. Semoga kita bangkit melawan Vietnam di Hanoi nanti.


kami bersiap ke stadium!!!
seawal 5.00 petang kami dah sampai sebab takut parking susah nanti

kolin berangan selfie kejap hahahha
go Malaysia!!






haaa mesti nyampah kan kolin posing anak beranak heheh. Alah sesekali kami turun berkampung untuk game yang sebesar ini. Memang sangat teruja dengan gelagat semua penyokong yang hadir. Kolin sengaja ambil di bahagian tingkat atas kerana faktor keselamatan. Maklumlah bawak anak-anak kecil kan. Cuti sekolah memang nampak banyak ibubapa bawa anak untuk menyaksikan perlawanan ini. Nasihat kolin, bawalah anak-anak yang 5 atau 6 tahun ke atas. Yang ke bawah tu baik duduk kat rumah tengok TV dalam keadaan selesa dan teratur. Sebab kat stadium ini sangat tak best fasiliti dia. Tandas wanita pun jauh dan gelap..adess..ngeri akak


saksikan lah sendiri dah macam semut
memang stadium gamat dengan kehadiran semua penyokong bola sepak Malaysia



stadium penuh peminat
tapi kami pulang hampa dengan kekalahan

semoga harimau malaya mengaum di bumi hanoi

chaiyookkk

Doll Foundation by Sendayu Tinggi

assalammualaikum

jum selfie dulu!!!...
kolin selfie tak guna 360 camera, tak guna magic skin atau apa saja aplikasi kat play store tu
ini guna kamera handphone sahaja ..lenovo s920 


nampak tak flawless tu hehhehe


yeee saya tau saya poyo
tapi ada kesah...hahahha


ok..selfie ku menjadi jadi..
perasan sudah retis sangat aku kann


selfie with my anak dara 

nak tau kenapa tak kolin berangan lelebih ini. Ini semua cubaan berani kolin mencuba satu produk foundation baru yang sangat ringan, tak berminyak dan senang dipakai. Harga pun tak sampai RM50 pun, memang kolin gembira sangat guna produk ini. Produk ini adalah foundation, concealer dan ada SPF ok. Memang sangat membantu untuk kulit yang gersang seperti kolin. Senang sangat selepas basuh muka, pakai pelembap (kolin guna total effect) dan sapukan foundation ini. Selesai ratakan kolin sapu blusher, lip gloss dan sedikit celak dan maskara. Terus menjadi ok!...Happy to meet you Doll Foundation by Sendayu Tinggi

kredit to goggle

comel sangat bekas dia dan kotaknya. Ianya boleh dibeli di watson saja, tak perlu online dan bank transfer. Kolin ambil yang paling deep iaitu too pretty. Memang sesuai sangat dengan kolin dan tak berminyak. Nampak natural dan look fresh sangat, itu yang penting.

kepada yang nak cuba memang tak rugi
harga yang berpatutan dan krim yang bermutu tinggi.

kolin bagi 5 bintang untuk produk ini heheheh

Beli tiket Piala AFF Suzuki 2014

assalammualaikum

hari ini bermulanya penjualan tiket online untuk perlawanan MALAYSIA vs VIETNAM
yang bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam

Demi Harimau Malaya 
Demi Team Malaysia
Demi Malaysia ku


Saya sudah ...heheheh
Malaysia Boleh!!


see you all on sunday babe....



AKTIVITI DI MAHA 2014

assalammualaikum

Minggu lepas kolin sempat singgah ke MAHA 2014 yang diadakan di UPM Serdang
Sangat teruja dan sememangnya setiap tahun kolin tak pernah melepaskan peluang
untuk melihat semua yang disediakan di tapak MAHA ini


Tempat letak kereta yang disediakan sangat luas dan dikenakan bayaran sekali masuk RM5 sahaja. Tempat menunggu dengan tram-tram yang disediakan sangat membantu. Walaupun panas tetapi semangat untuk melihat pameran kali ini sangat teruja.


antara jualan yang sedia ada di tapak MAHA kali ini ialah pokok sayuran, buah-buahan, ulam dan ada juga tanaman hiasan. Semua pokok yang ada di sini sangat segar dan berkualiti baik. Malahan kolin sempat merasa nenas yang sangat manis dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk peminat bunga orkid pula dengan hanya RM15.00 dah boleh bawak balik pokok bunga yang sangat berkualiti.


pilih sahaja warna apa yang suka
semua ada



sempat juga lah kolin selfie di tempat jualan bunga orkid ini. Semua cantik-cantik belaka


antara gerai-gerai jualan yang bersedia untuk semua pengunjung MAHA 




perkhidmatan motor roda tiga juga disediakan buat pengunjung yang mungkin membeli dalam kadar yang banyak. Semua yang memerlukan perkhidmatan mereka hanya perlu ke kaunter ini dan buat bayaran yang sepatutnya. Kemudahan yang sangat selesa buat pengunjung

Selesai kami membeli belah di bahagian depan tapak MAHA ini 
kami terus mendaki bukit untuk melihat apa yang ada di dewan pameran



di sini banyak tempat informasi yang boleh kita tengok. Semua senang aje, cuma larat atau tidak aje lah nak ronda semua pameran MAHA ini. 


kolin mulakan dengan menjenguk di Dewan A 
Pameran Agensi Kerajaan


Dewan nya berhawa dingin, selesa sangat. Banyak pameran yang ada. Siap tunjuk hasil tuaian ladang-ladang terbaik lagi. Ada permainan tradisional untuk anak-anak cuba main. Ada ruang pameran orkid yang sangat unik, buah-buahan yang besar saiz dari biasa. Paling penting ada ruang istirehat untuk keluarga. Ye lah kan..penat tau berjalan di sekitar pameran MAHA ini. Luas sangat...



lihat lah keterujaan anak-anak kolin, memang sangat seronok tengok akuarium yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat cantik. Semua yang terbaik dipamerkan di sini.


keluarga kecil kolin di MAHA 2014


dan tentunya selfie with my anak dara


selesai ronda-ronda dalam Dewan A 
kami semua beredar untuk melihat ruang pameran ladang ternakan
ya ampun....jauh ye, naik tram lagi lah kami 
tetapi jangan risau, tram banyak dan senang sahaja. Lagi pula petugas petugas di MAHA ini sangat-sangat peramah dan membantu. Walaupun berhujan dan berpanas


yang ini kami ke tempat ladang ternakan. Disini banyak sangat pameran, kolin rasa sehari tak cukup masa untuk habis semua. Ada ladang nenas, ladang padi, rumah burung walit, pameran jentera..memang tak tersenarai lah. Yang pasti memang banyak!!!


yang ini kambing baka campuran
memang panjang dan besar sangat. yang bestnya orang tempatan kita yang menternak kambing ini. 
Good job!


ini kambing..lembu sebesar kereta pun ada tau
ayam, anak ayam, mak ayam dan bapak ayam pun ada

di sebelah ladang ternakan ini ada satu khemah putih yang besar menjual berbagai makanan yang boleh dicuba. Tapi memang MAHAL la bagi kolin, sebiji telur pindang RM1.80 terkejut mak.
Giler mahal betul la makanan kat sini, sewa mahal sangat kut. Anyway kalau ke sini tahun depan jangan lah risau sebab surau dan toilet memang banyak dan senang. 

Sebab apa kolin kata tahun depan sebab MAHA 2014 telah pun berakhir pada 30 November 2014. Dan pastinya MAHA 2016 kolin sekeluarga tak akan melepaskan peluang untuk ke sini lagi. Mana tau, pada tahun 2016 makanan yang dijual murah sikit hehehe..

chow



resipi buat roti tampal

assalammualaikum

bersawang sudah blog ini
kolin demam teruk sangat..memang satu keje pun tak buat
memang ke laut ler aktiviti semua

resipi ini kolin tengok kat IG (instagram) zarina zainuddin
dia ni sangat pandai memasak tau
kalau lah rendang tok yang dia buat tu memang sedap sangat
baru tengok sudah menyelerakan
kalau nak tahu sila lah follow IG zarina zainuddin
ini resipi simple yang kolin buat semalam

haa nampak ..sedap kan
boleh dibuat sarapan pagi, minum petang atau makan malam

langkah-langkah membuat roti tampal ini ialah

1. ambil roti..tak kisah lah roti apa ..kolin try wheatmealbread
2. buat bulat kat tengah roti tu..kolin guna aje penutup botol yang besar sikit
3. ambik kuali leper tu..buh minyak sikit
4. letakkan roti tersebut atas tu tuk kesan garing sedikit, pecah telur dan pastikan 
kuning telur di bahagian tengah yang berlubang itu
5. biarkan agak masak sebelum diterbalikan dan  tutup api.

 tak tipu..memang sedap sangat bila di letak salt and pepper sikit atas telur goyang tu
sedap pula kalu pekena dengan kopi panas kan..

so jangan lupa try ok

yang benar 

kolin yang rajin sangat