Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

oh my ferrari !

assalammualaikum

kereta kolin rosak!!
well kereta ferrari dah 10 tahun pun, sayang giler kat kereta ni. Dulu nak beli kan mahal almost 40k dah tu memang laa sayang nak let go. Nak dijadikan cerita, lampu bateri kereta mula menyala dan seterusnya tempreature naik. Kejadian hari khamis lepas kolin tersadai nasib baik dah dekat dengan pejabat. Dan bernasib baik juga kawan-kawan sepejabat yang datang membantu. Seperti biasa pendekatan nya adalah buh air hahahha

Malangnyer balik kerja jadi lagi..kali ni kolin tersadai tepi nkve. Ya Allah lori besar-besar lalu bergoyang ferrari ku. Sejam kemudian suami ku datang rescue..syukur boleh berjalan balik ke rumah. Dan seperti biasa, tambah air dan tambah air bateri. Dan try pusing-pusing kereta ok aje..tak ler pergi bengkel sebab ingat masalah air bateri.

Hari rabu nan indah selepas bercuti 4 hari...hrmmm kereta kolin berasap lagi. Adoi..tepuk dahi lah kan. Nasib kali ini ngam-ngam sampai rumah. So declare esok hari cuti ..sebab nak ke bengkel.


haaa ini lah rupanya ferrari kolin
firstly dia cek bateri tu charging atau tidak...
well bila tak charging..pulling belt dynamo tu rosak ler katanyer
memang nampak belt tu jalan perlahan dari sepatutnya dan disebabkan itu, bateri tak caj dan air mengelegak tempreture pun naik ler.



pukul 10 pagi kolin ke bengkel
dekat pukul 1 tengahari siap ferrari ini dibaiki, dan kos pada bulan yang sesak ini ialah:

RM120 tuk pulling dynamo
RM75 brake pad

jeng..jeng..jeng...pitam


akhir sekali snap lah muka aku yang benggang kene keluar duit!
kena cuti kecemasan!
kelam kabut berkejar ke majlis anugerah anak!
 oh my ferrari!!

beads for gray black dress

Assalammualaikum

This dress is pretty!
suka sangat kombinasi warna yang ada ni.
nak pakai dress ini untuk menghadiri dinner dan dia mahukan kilat kilat di bahagian bawah dada ini. So apa yang kolin buat, ambil basic color yang sama iaitu grey, silver dan putih untuk effect kilat tu.

semoga suka yaa

terima kasih banyak banyak


bunga labuci putih

Assalammualaikum

Sempat juga kolin siapkan tempahan ini
Tempahan dari orang yang kolin tak pernah kenal hihihi
Ini la rezeki..rezeki yang tak pernah putus
Alhamdulillah

Rezeki cari duit tuk anak naik sekolah yeay


proud of you

Assalammualaikum

Kolin rasa bangga sangat, tak tahu nak gambarkan macam mana
Bila ali imran balik dan tunjuk surat ni. Kolin melompat terus peluk imran (hatta masam busuk)...

Gembira sebab berjaya jua impian kolin pergi tengok anak naik pentas. Allah SWT makbulkan doa kolin, syukur sangat.

Buat ali imran, semoga berjaya dan terus berjaya..
Mamy bangga sangat dengan ali imran

Damn proud of you son!




bead with lace


Assalammualaikum

Sekali lagi projek tampal lace guna manik
Nasib juga orang percaya kolin tuk belikan lace untuk dema

Syukur alhamdulillah rezeki tak pernah putus...

manik pink

Assalammualaikum

Baju sutera creep ni memang lawa sangat
Permintaan tuan punya baju cik ellie manikkan di bahagian bahu dan tangan sahaja.

dah siap, dah hantar ...dia happy
kolin pun happy...yeay
terima kasih banyak ellie








note: kenapa lah sibuk cari bahan nak menyakitkan hati orang sahaja. Get your own life lah. Phatetic woman!