Ha...siapa yang tak suka makan cendol? Dulu sebelum PKP ni memang banyak yang suka berlonggok bawah pokok sambil minum cendol kan. Lagi sedap kalau pepanas tu melepak minum cendol, jangan lupa pesan rojak sekali heheeh.Itu antara kenangan sebelum ini lah.
Dah disebabkan semua tak boleh berniaga, tapi jiwa tu teringin nak makan cendol. So kolin pun buat sendiri oi..Resipi buat air minuman cendol ini mudah aje. Jom korang buat sesama, petang ni boleh hidangkan pada seisi keluarga.
Ini barang yang perlu korang ada
~Cendol ready made (beli kat kedai runcit jerr)
~Santan Super Light @ayambrandmy
~Gula merah/melaka
~ais secukupnya
Caranya:
1. Letak cendol dalam bekas
2. Masukkan gula merah yang telah di masak dan dicairkan.
3. Masuk santan super light tu
4. Buh ais secukupnya. Kacau kacau sampai rata. Dah siap!
haa mudah kan, lagi satu korang yakin bersih sebab buat sendiri. Jangan risau korang, rasanya memang sesedap kat kedai. Nak lagi power boleh lah perah santan sendiri. Kolin guna santan light tu untuk jaga kesihatan.Santan selalu kang kolesterol naik pula. Kalau nak tahu, rasanya sama aje..sedap!
SELAMAT MENCUBA!
senang kan ada santan ayam brand :D
ReplyDeletesimple resepi nak buat cendol tapi rasanya sangat sedap !! 😋boleh try ni nanti
ReplyDeleteSedapnya.. lama tak makan cendol..
ReplyDelete