Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

throwback: alisa maisara turns 5 celebrations at Langkawi

assalammualaikum


Selamat hari lahir alisa 29.9.2014
genap sudah anak dara kolin 5 tahun...

sambutan hari lahir alisa maisara kali kedua di Pulau Langkawi
sambutan malam itu kami buat di Restoran Ramli
di Pantai Chenang
ini kali kedua kolin makan seafood di sini
harga agak memberangsangkan tapi ada dua ekor ikan besar
yang kami pilih untuk makan malam kali ini
kek pun kolin beli sepotong aje untuk alisa heheh
dah pastinya kami akan kenyang makan nasi dan lauk pauk yang sangat banyak

pada mulanya alisa frust sebab papa terlupa bawak pemetik api
kesudahannya lisa membebel-bebel laa
lilin tak menyala hehehe


tepuk dahi birthday girl hahah
mana lighter nak nyalakan lilin dia

bila dah menyala korang tengok aje lah betapa
gembiranya anak dara seorang ini


siap cakap.."alisa dah 5 tahun yee"
 masa berlalu begitu pantas apabila tengok alisa membesar dengan jayanya


HAPPY BIRTHDAY DEAR ALISA MAISARA
MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS
MAY YOU HAVE A BRIGHT FUTURE AND WE LOVE YOU SO MUCH GIRL

dan inilah menu kami dinner malam terakhir di Pulau Langkawi








review restoran ramli:

Semua tukang serve dan masak kebanyakkan orang thai..
tak tau nama restoran tu nama melayu
masakan memang ala-ala thai kesemuanya

harga untuk lauk pauk di atas itu hampir cecah RM200 ++
so bersedia aje lah kalau nak makan disini

siapa cakap pergi melancong pulau langkawi murah??!
tak macam dulu dah..serba serbi mahal..

so jom berlangkawi lagi next year hihihi



Jahitan manik mengunakan pearl kecil

assalammualaikum

manik yang simple tapi meriah untuk kawan ini
semoga dia suka di datinkan sebegini
terima kasih sebab menempah

Rezeki Allah Luas


QUOTE OF THE DAY


Tempahan jahitan manik bunga simple



 Terima kasih menempah kak chik..
lebiu...hehhe
yang ini untuk ibu kak chik  dan tadi kak chik cakap 
ibu dia suka sangat. yeay..alhamdulillah
 

jahitan manik crumble daun


Syukur Alhamdulillah rezeki masih ada


Quote of the day:

Selamat Pengantin Baru

assalammualaikum

Kolin memang suka pergi makan kenduri
kalau boleh semua jemputan yang diterima nak pergi
suka lauk pauk kenduri, suka door gift..
suka tengok orang kawen pakai cantik-cantik 

paling suka kalau pergi kenduri dapat telur rebus hahahah
sedap ko balik buh kicap makan..

buat kawan-kawan se opis dengan kolin adi thakib dan syafiq
Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal ke akhir hayat
Dilindungi Allah SWT selalu

I am soo happy for both of you
terima kasih menjemput yaa


ko tengok lah anak dara aku posing duk tengah-tengah pengantin
aku ketepi nun jauh sana
kuang asam betul hahah
untuk adi dan siti..u have a really beautiful wedding in FRIM
sejuk..best..tenang..lauk pauk pun sedap


ini syafiq dan nadiah
soo sweet combination white blue dan pink
sampaikan alisa sibuk nak posing kat pelamin tau


tengok laa lawa sangat pelamin diaorang...

bila balik alisa pun buka mulut

alisa: mamy..kawen lah dengan papa please ...
mamy: ..dah kawen laa..berapa kali nak kawen
alisa: please papa kawen ngan mamy...
papa: ok sok papa kawen ngan mamy ok...

yang benar

alisa ngada...

Dream Trip to Macau

assalammualaikum

apabila kolin dapat email dari Nuffnang Malaysia tentang peraduan memenangi satu percutian yang di taja penuh, terus hati membuak-buak tergedik-gedik untuk menyertai peraduan ini.
 Kolin terus ke laman web yang disediakan iaitu
Macau Government Tourist Office (MGTO)) untuk mengetahui lebih banyak 
informasi mengenai tempat-tempat menarik yang harus dilawati di Macau. 

Mari kita jelajah bumi Macau melalui Macau Government Tourist Office (MGTO)
hopefully kolin menang lah peraduan ini..
Please Nuffnang Malaysia pilih lah kolin...merayu serayu ayu nya...hihihi

1. Muzium Di Macau



Muzium Macau adalah sebuah muzium sejarah dan budaya dengan sebilangan besar objek yang bernilai besar dalam sejarah, yang menunjukkan cara hidup dan budaya pelbagai komuniti yang telah mediami bandar ini bertahun-tahun.

kolin percaya dapat lebih mengenali dunia Macau dengan lawatan ke tempat bersejarah yang berada di bumi Macau. Semuanya ada di sini sejarah, budaya dan kewujudan Macau. Alangkah bestnya kalau kolin menang wei....

2. Kereta Kabel




Kereta kabel ini terletak di Bukit Guia menguasai semenanjung Macau dan atasnya menawarkan pemandangan landskap terbaik di bandar, iaitu Sungai Pearl dan pulau-pulau sekitarnya. Sekiranya kolin terpilih untuk menyertai lawatan ini tentunya kolin dapat menaiki kereta kabel ini dengan melalui Flora Garden Gate (Avenida Sidónio Pais). Sudah pasti sebahagian bumi Macau kolin dapat saksikan melalui kereta kabel ini. 

Macam kita pergi Langkawi lah kan, satu pulau kita boleh nampak. Macam ini jugak lah dengan kereta kabel ini. Kolin percaya pengalaman menaiki kereta kabel yang terletak di Bukit Guia ini bakal menjanjikan satu pengalaman yang hebat.

3.  The House of Dancing Water




berikut adalah penerangan dari laman web Macau Government Tourist Office (MGTO)

 Dicipta dan diarahkan oleh Franco Dragone, 'The House of Dancing Water' adalah produksi bernilai USD250 juta yang cemerlang mempamerkan pertunjukan menakjubkan berasaskan air yang melahirkan budaya Asia di atas pentas. Pertujukan popular ini - berakar umbikan kepercayaan Cina klasik (Confucian) mengenai 'tujuh emosi' - memaparkan kesan pentas yang fantastik bagi produksi paling mewah yang pernah diadakan secara langsung di Asia

nah...baca sendiri sikit punya best kan..
dihasilkan oleh produksi paling mewah dan ianya adalah satu pertunjukkan yang paling cemerlang
pastinya kolin nak saksikan persembahan itu kalau kolin terpilih nanti. 

baiklah, ini sebab-sebab kenapa Nuffnang Malaysia harus memilih kolin:

* kolin memang suka melancong dan tak pernah pergi ke Macau
* kolin janji akan menulis blog secara terperinci mengenai trip itu nanti, share di instagram dan facebook untuk tatapan semua orang
* kolin tak pernah berjumpa dengan blogger-blogger Nuffnang Malaysia yang hebat-hebat belaka. harap dapat bersama mereka di dalam trip ini

bagaimanapun, ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia kerana memberi peluang untuk kolin menyertai peraduan ini. Selamat berjaya kepada semua Nuffnanger!!!

Doa banyak-banyak semoga kolin meNang weiii...

#MYMacau
#Nuffnang

sekian terima kasih 

kolin yang meroyan nak ke MACAU..uhuk uhuk


*semua gambar dan maklumat kredit kepada Macau Government Tourist Office (MGTO)