Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

SHORT TRIP TO PULAU REDANG

 Assalammualaikum 

Dah lama nak jelajah pulau di sebelah pantai timur Malaysia. Akhirnya menjadi juga trip ini. Masa seminggu sahaja kami realisasikan percutian ni tau. So jom kolin cerita, baca sampai habis ek. Simple aje trip ini, bajet pun bawah RM600. So kalau korang nak pergi dengan bestie memang best.


18 April 2025, Jumaat

Jumaat tu kami naik bas dari BTS ke Jeti Merang. Bas yang kami ambil Bas Mutiara dan tempat duduk dia sangatlah selesa. Berhenti satu kali sahaja sebab ramai pun yang tidur sepanjang perjalanan. Sampai sahaja, pemandu bas yang bagitau kami untuk turun kat Shell Merang tu, yang ada bus stop kecil sahaja. 

Risau akan keselamatan kami yang sampai jam 6.00 pagi tu, kami ke Shell seberang jalan, syukur surau telah dibuka. So kami bersihkan diri dan solat subuh. Tunggu jam 7.00 pagi hari pun dah terang, kami jalan kaki ke Jeti Redang Mutiara yang terletak lebih kurang 500 meter dari Shell. 

19 April 2025, Sabtu

Berjalan kaki perlahan-lahan banyak juga kedai makan dibuka untuk sarapan. Tapi kami ambil keputusan untuk ke Jeti terus. Sampai jeti kami tengok memang kosong tak ada orang. So tawakal tinggal bagasi kami dan berjalan ke seberang jalan untuk breakfast. Nasi kerabu 2 pinggan, nasi minyak 2 pinggan dan air untuk empat korang kami kena RM35. Kata kawan yang selalu ke pantai timur, harga tu agak mahal la. Dah macam makan di KL

Dalam jam 9.00 pagi, bot pun sampai. Kami pun naik bot menuju ke Redang Mutiara Resort. Kami booking pakej terus, kawan kolin yang wasap. Pakej Redang Mutiara siap dengan bot pergi dan balik, Penginapan untuk 1 malam, 1 lunch, 1 minum petang, 1 makan malam dan 1 sarapan pagi berserta percuma 1 sport untuk kami snorkeling. 

Sampai resort dalam jam 10.30 pagi, kami diberi bilik untuk berehat. Maklumlah malam tu kan tidur dalam bas. Ambil kesempatan juga berlegar-legar depan pantai tu, agak panas tapi memang cantik laaaa sangat.

Lunch bermula pada 12.30pm, makanan kat sini lauk pauk kampung memang sedap wei!!! Jam 2 petang kami pun pergi snorkeling sampai jam 4 petang. Balik snorkeling tengok ikan nemo, kami makan petang iaitu bubur kacang dan pau kacang merah panas2.

Kalau dah sampai Pulau Redang jangan lupa ambil pakej berenang bersama Penyu gais. Kami bayar RM45 seorang untuk itu. So jam 5.00 petang kami ke tempat penyu. Tak boleh nak bayangkan betapa bertuah untuk pengalaman ini. Jinak-jinak penyu dan menyaksikan keindahan Pulau Redang memang menda yang tak boleh dibeli. 


Selepas berenang bersama Penyu, kami di bawa Sand Bank semulajadi atau pun Little Maldives. Kat sini kami ootd lah tempat lawa kan. Air pula memang biru, bagus Pulau Redang ini, tak nampak banyak sampah. 

Lebih kurang jam 7.00 malam kami kembali ke resort dan makan BBQ sebagai makan malam. Tak sempat lah nak tukar baju, kami sebat dinner dulu. Sekali lagi lauk pauk memang tak mengecewakan. Sedap!!!! Cuma dia kontrol lauk lah. Ambil sorang satu sahaja, kalu nanti semua dah makan ada lebih baru leh ambil extra. 

Selesai dinner kami dah plan nak beraya kat Pulau Redang. Kami pakai baju raya lawa-lawa dan melepak di dewan makan resort. Kat situ air panas teh dan kopi memang percuma sahaja. So makan biskut, kuih muih, keropok sambil borak-borak. 

Habis melepak, lepak pula tepi laut. Selesai semua, kami pun masuk tidur. Sebab esok ada aktiviti lain pula. 

20 April 2025, Ahad

Seawal 6.00 pagi kami semua dah siap sedia untuk hiking, bak kata omputih 'hiking for sunrise'. Untuk aktiviti ini kami bayar RM50 untuk 4 pax. Jom lah kita tawan Bukit Maxiran!

Naik atas dalam gelap wei, trail pun dah lama tak masuk sebab puasa dan raya kan. Memang tawakal la dengan 3 orang pemandu dari resort. Kolin memang dah pancit nak give up! Trail memang pacak sepanjang jalan, tak ada yang landai. Ikutkan memang dah lemau wei. Akhirnya perlahan-lahan kolin sampai kat atas, matahari dah naik, tapi tetap cantik view nya. 



Alhamdulillah, satu keindahan pencipta yang dapat di nikmati. Sini private tau, Redang Mutiara aje tawarkan ke Bukit Maxiran, kalau resort lain kolin kurang pasti. 

Sebab penginapan kami memang ada 1 resort dan sebelah Redang Mutiara ada Warisan Resort, yang itu lagi lah private ramai mat-minah saleh sahaja menginap. 

Turun ke resort sampai dalam 9.00 pagi, makan lah kami breakfast nasi lemak paling sedap mendonia. Dah lapar, penat pun satu hal memang makan banyak lah. 

Kami terpaksa check out jam 10.00 pagi sebab bot sampai 10.30 pagi. So sejam tu take turn lah kami dengan bilik air satu aje lak tu. Bilik agak kecil sebenarnya untuk kami berempat. Ruang solat pun sempit betul!!! Bilik berdua dijadikan berempat, memang sempit ler. 

Siap naik bot ke Jeti Merang semula sampai dalam jam 11.50 pagi. Kami ambil grab ke stesen Shell Merang semula. Berehat sebentar dan solat kami ke bus stop berdekatan, sekali lagi kami tinggalkan bagasi kami untuk makan tengahari. Alhamdulillah...semua okay.

Bas kami pun datang lebih kurang jam 3.00 petang dan jom lah kembali ke KL sebab isnin kan kerja. 

Itu lah sahaja cerita short trip kolin ke Pulau Redang bersama kawan-kawan. 

Next jom perhentian, mersing, semporna dan semua lah pulau kat Malaysia kita kasi tapau!!! Yahooooo 

 

3 comments:

  1. Seronoknya...paling best berenang dengan penyu tu...hiking pun best sebab pemandangan sunrise kat peak tu memang mahal

    ReplyDelete
  2. seronok kak ana tengok Kolin and the gang cuti-cuti bersama selalu..

    ReplyDelete
  3. Perghh syoknya... teringat zaman muda remaja enjoy di Pulau Redang. Memang asyik snorkeling

    ReplyDelete

loving me..loving you