Assalammualaikum korang
Kali ini kolin nak kongsi tempat bersarapan di salah satu daerah di Kedah. Kalau korang ke daerah Yan boleh lah tengok google map jalan ke WARUNG LAH ROTI CANAI.
Sepanjang perjalanan ke Warung Lah ini korang bakal disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Penuh dengan gunung, bukit dan sawah padi terbentang. Masa kolin sekeluarga pergi tu berkabus lawa betul. Tak sempat lah nak ambil gambar, tapi semua tu kolin simpan dalam kenangan diri ini. Lawa tak boleh nak gambar, kena pergi sendiri okay.
WARUNG LAH
Warung ini di buka dari 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari sahaja, setiap hari Isnin cuti tau. Kalau ada apa-apa boleh call 0105629228. Kalau tengok dekat tiktok banyak perkongsian dah.
MENU DI WARUNG LAH
Antara yang kolin sempat cuba, nasi goreng cili kering dengan ikan lengat RM6.90. Yang ini memang sedap wei, rasa nenek/tok yang masak. Ni bukan paid review tau!
ini kolin makan sorang hahah. Sedap
kalau lontong dia 5/10 sederhana
cucur udang dia ...alamak tuan 10/10 Paling sedap! Kolin memang layan sangat dengan kuah kacang tu. Balik kampung lepas ini, memang kena lepak sini. Sedap ini 10/10. Selain itu ada mee kari, ada roti canai sarang burung juga. Ini lah menu utama WARUNG LAH ROTI CANAI
Kalau rajin cari sosmed search Warung Lah Roti Canai, memang banyak yang berkongsi.
Next time balik kampung, confirm nak repeat. Jangan lupa pergi okay. Sekian lah pesanan khidmat masyarakat saya :)




.jpg)
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you