Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PERJALANAN HAJI 2024 - EPISOD 1

 Assalammualaikum semua 

Dah hampir 4 - 5 bulan lebih kolin balik dari Mekah menunaikan ibadah haji. Kalau nak tahu, umrah pun kolin tak pernah pergi. 

Bebaru ni tengok kursus asas haji bermula semula untuk tahun 2025, teringat pula masa selalu teman mama pergi. Masa tu kolin tak fikir apa, just pergi aje kursus tu. Enjoy the proses :)

So masa terpilih menunaikan haji memang banyak buat kolin termenung sebenarnya. Macam-macam bermain kat kepala otak, ready ke? Kalau tanya persediaan memang 10% pun tak sampai. Jom kolin mulakan cerita.

Bermula dari mama kolin dapat panggilan sms untuk datang kursus haji dari bulan Oktober 2023. Disebabkan mama kolin aka cik timah  memang tak boleh nak drive sendiri dan tidak larat, kolin memang luangkan masa setiap hari ahad pagi ke Kelana Jaya untuk join kursus asas haji. Kolin pun dengar sekali lah kursus tu wei...

SMILE FAM - BERUS GIGI ELEKTRONIK UNTUK GIGI LEBIH SIHAT


 Assalammualaikum semua 

Sebenarnya kolin tak ingat berapa lama dah mula guna SMILE FAM ini. Ada kongsi kat IG dan FB tapi belum cerita dalam blog lagi. 


Produk ini adalah Singapore 1st Omni Cleaning Toothbrush. Kalau kata kita, berus gigi elektronik lah kan senang.

HAPPY BIRTHDAY ALISA MAISARA

Assalammualaikum semua

Macam tak sangka anak kolin yang baby tu dah besar. Tinggi pun dah kalah mak dia ni. Nampak gayanya kolin lah paling pendek dalam keluarga kalau carta terkini hahaha


Kalau tengok balik gambar-gambar lama memang macam tak percaya cepat betul masa berlalu. Kalau dulu kecik aje, selalu kita dukung, melayan bercakap yang bukan-bukan tapi sekarang dah remaja. 

LUNCH HANYA RM15 DI SAMURAI YAKINIKU, SHAH ALAM

 Assalammualaikum korang

Kalau kat shah alam tak tahu nak makan kat mana, meh kolin share satu tempat baru untuk korang pergi. 

Terima kasih juga sis anie yang jemput kolin lunch kat sini. Tempat yang kami berdua jamu selera bagi hidangan tengahari ialah di SAMURAI YAKINIKU.

Disebabkan promosi yang bakal tamat pada 30 September, kami berdua terus ambil kesempatan lah, sebab murah tau, RM15 per pax sahaja.


Terletak di Seksyen 9, Shah Alam, parking agak kritikal sedikit kalau masa lunch hour. So ikut lah nasib bab parking kereta tu.