Assalammualaikum
terasa cepat sangat masa berlalu dan sekarang anak mamy
dan sekarang masing masing dah berumur 6 tahun dan 3 tahun
membesarkan anak anak memang mencabar sangat
selalu pusing pusing mencari pengalaman dan tip tips yang bole digunakan
di dalam mendidik anak sehari hari
Semoga Ali Imran dan Alisa Maisara 
menjadi anak yang soleh/solehah yang selalu mendengar kata ibubapa
dilindungi Allah SWT,
Amin
 - Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama  panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa  rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah  digalakkan)
 
  |  
 - Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang  dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada  anak yang jarang dipeluk).
 
  |  
 - Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini  akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan  persekitaran).
 
  |  
 - Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah  pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman  untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
 
  |  
 - Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan  sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang  sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami  setiap perkara termasuklah berbuat silap.
 
  |  
 - Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah  keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu  terus berlalu dan tak akan kembali).
 
  |  
 - Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh.  Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu  bebanan kepada ibubapa mereka.
 
  |  
 - Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari  lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan  mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
 
  |  
 - Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan  kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan  menirunya.
 
  |  
 - Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.  Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan  akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya  daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang  lain.
 
  |  
 - Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama  belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada  sekali.
 
  |  
 - Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan  anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa  kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
 
  |  
 - Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
  |  
 - Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa  yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan  daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.  Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
  |  
 - Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
 
  |  
 - Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
 
  |  
 - Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan  belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada  keluarga.
 
  |  
 - Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala  cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua  puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah  mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak  mereka sendiri.
 
  |  
 - Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang  putih, terpulanglah  kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di  tangan anda.
 
  | 
 
No comments:
Post a Comment
loving me..loving you