Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

MASAK LEBIH MUDAH DENGAN SANTAN MAWAR

Hey korang semua, tak sabar rasanya nak 'show off' dengan korang semua pasal produk terbaru yang kolin cuba iaitu SANTAN MAWAR. Inilah dia emosi mak-mak kalau nak memasak memang nak yang mudah, cepat dan paling penting SEDAP!

Inilah dia SANTAN MAWAR yang telah pun ada sijil halal. Masakan bersantan memang menu harian kita sebagai rakyat Malaysia. Dan kalau kuih-muih atau minuman pun pakai santan juga. Itu yang kolin nak berkongsi dengan korang semua ni. SANTAN MAWAR adalah santan segar 100% asli dan tiada bahan tambahan. Lagi teruja santan ini korang boleh minum terus tau! 

Santan segar biasanya tak boleh simpan lama kan, tapi dengan SANTAN MAWAR boleh simpan 7 hari di dalam peti sejuk tau. Santan premium dan tidak dicampur air ini memang kolin sendiri dah guna dan ternyata lauk jadi lebih sedap.

korang boleh baca kat sini, macam-macam kebaikan santan mawar ini kan. Khasiat santan sebenar tau!


Ada 1000ml, 500ml atau 250ml untuk dibeli.

Harga *SANTAN MAWAR (segar)*
  • RM16untuk 1000mi/1kg
  • RM8 untuk 500gram 
  • RM4 untuk 250gram

Bila dah ada SANTAN MAWAR ini memang kerja memasak hari-hari balik kerja itu dah mudah. Kolin sendiri suka sebab dah jadi cepat siap semua lauk pauk. Tak ada kolesterol lah pulak!! Maklumlah dah umur banyak ini memang kena jaga kesihatan kan. Kalau korang tak percaya mudah dan senang memasak dengan Santan Mawar kena lah order. Cara nak order ikut langkah di bawah okay.

hubungi atau whatsapp  di talian +60172097173

IG santan mawar :

Tiktok santan mawar :

Mudah aje kan. Tengok sendiri laman media sosial mereka untuk lebih penerangan mengenai santan premium ini. Sesuai lah nak pakai masa bulan puasa dan hari raya nanti. Tak payah susah payah beratur cari santan nak masak rendang kan. 

Untuk kolin inilah dia masakan pertama mengunakan SANTAN MAWAR iaitu Masak Lemak Cili Api Cendawan.


Siap masak nasi panas-panas dan ikan goreng garing untuk makan. Memang sedap berlemak dan tak lari langsung rasa masak lemak cili api pakai santan ini. Sedap bangat!

Video tiktok kolin klik sini okay

https://vt.tiktok.com/ZS8DBqtb6/

 
Kalau korang klik dedua tu tahan air liur ye hahaha. Sedap ye masak lemak cili api cendawan. Manis!! Sekali hadap aje seisi keluarga kolin memang suka sangat. 
 
Bila masak guna pula santan mawar, alahai..memang sedap wei.
Sumpah korang kena cuba! Cuba sekali lepas tu order banyak kali. Gerenti sedap!! Hari hari suami puji tau..
 
MASAK LEBIH MUDAH DENGAN SANTAN MAWAR 

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you