Assalammualaikum dan salam hari selasa korang semua. Pertamanya kolin nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada MAIWP kerana telah mengadakan satu program yang sangat dekat dengan masyarakat dan golongan asnaf. Kalau korang nak tahu, ini adalah program julung-julung kali di adakan tau. Program berbasikal ke rumah-rumah asnaf menerusi PROGRAM JELAJAH RAHMAH @ AMBANG RAMADAN 2019.
Program yang telah di adakan pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 28 April 2019 telah berjalan dengan meriah di Taman Tasik Datuk Keramat. Bagi menyerikan lagi majlis, Raja Muda Perlis iaitu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mencemar duli menyertai program ini bersama-sama dengan lebih 100 orang peserta. Mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun. Malahan Pengerusi MAIWP Dato' Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain serta peserta MAIWP Cycling Club pun ada sekali dalam program ahad lalu. Siapa sangka program ini mendapat sambutan luar biasa!

Acara
 pagi tu dimulakan dengan senaman ringan dan bacaan doa bagi memberkati 
majlis. Apa yang kolin nampak, semua seisi masyarakat bersatu hati dalam
 menjayakan program yang memberikan bantuan kepada yang lebih 
memerlukan. Dari Taman Tasik Datuk Keramat, seramai lima (5) buah rumah 
asnaf telah dipilih bagi menerima bantuan tunai dan bantuan barangan 
keperluan harian bagi mereka menyambut bulan Ramadan nanti.
Beginilah agihan zakat dibuat korang, ini dalam program. Ada juga agihan bukan dalam program. Yang penting korang kena selalu percaya pegawai-pegawai agihan zakat ini buat kerja mereka tau. Cuma kekadang tak keluar di sosial media tu, jangan lah korang ingat semua wang zakat tu tak diagihkan dengan betul. Lihat sendiri lah, bagaimana bersemangat pihak MAIWP mengadakan program dan mengajak seisi masyarakat bersama dalam menjayakan program ini.
Seronok
 lah  dan sudah pasti besar hati kelima-lima (5) keluarga asnaf yang 
telah terpilih tu. Maklumlah DYTM Raja Muda Perlis, Menteri, Golongan 
VIP dan pelbagai lapisan masyarakat singgah ziarah mereka kan. Konvoi 
yang bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat ini berakhir di Masjid 
Al-Akram Kampung Datuk Keramat, lebih kurang dalam 1.5km lah pengayuhan 
hari tu. 
Program
 yang sungguh bermakna dan kolin bangga dalam terlibat sama. Ianya 
bertujuan ingin menyatakan kepada masyarakat bahawa pemerintah negara 
kita daan kerajaan sangat prihatin dan peka dengan golongan asnaf tau. 
Terima kasih juga buat yang terus membayar zakat menerusi agensi yang 
betul iaitu Pusat Pungutan Zakat (PPZ). So korang yang telah berzakat 
tu, tahniah tau. Dalam diam zakat korang tu membantu orang lain yang 
lebih memerlukan. Dengan program sebeginilah MAIWP dan pegawai agihan 
zakat mereka menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Sering betul 
kita tengok atau baca netizen cakap yang agihan zakat tak de lah, mana 
duit zakat lah. Nah korang, sila join program MAIWP dan follow lah laman
 sosial media mereka. Jangan lah follow artis glamor aje tau..follow @hqmaiwp dan boleh lah tau segala agihan hasil duit zakat yang telah dikutip kepada asnaf yang memerlukan. 
Inilah dia satu program sangat manis, pembuka awalan untuk kolin menyambut ramadan 2019. Kalau korang ada program sebegini yang ingin dikongsikan jangan lupa ajak kolin okay. Tak rugi berbuat baik sesama insan dan menghulurkan sedikit kepada yang memerlukan.
Tahniah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kejayaan program yang pada pengamatan kolin sangat meriah. Rugi kalau tak join lah. Kalau ada jangan lupa jemput lagi okay.
salam sayang, 
kolin zainal  

Bagus ada aktiviti macam nie kan..
ReplyDelete