Assalammualaikum semua
Dah hampir 4 - 5 bulan lebih kolin balik dari Mekah menunaikan ibadah haji. Kalau nak tahu, umrah pun kolin tak pernah pergi.
Bebaru ni tengok kursus asas haji bermula semula untuk tahun 2025, teringat pula masa selalu teman mama pergi. Masa tu kolin tak fikir apa, just pergi aje kursus tu. Enjoy the proses :)
So masa terpilih menunaikan haji memang banyak buat kolin termenung sebenarnya. Macam-macam bermain kat kepala otak, ready ke? Kalau tanya persediaan memang 10% pun tak sampai. Jom kolin mulakan cerita.
Bermula dari mama kolin dapat panggilan sms untuk datang kursus haji dari bulan Oktober 2023. Disebabkan mama kolin aka cik timah memang tak boleh nak drive sendiri dan tidak larat, kolin memang luangkan masa setiap hari ahad pagi ke Kelana Jaya untuk join kursus asas haji. Kolin pun dengar sekali lah kursus tu wei...
Sampailah bulan Januari 2024 tamat kursus haji dengan kursus perdana. Masa tu kolin belum pun buat rayuan lagi sebab tak confirm mama dapat pergi. Nak jadikan cerita, lepas tu cik timah dapat tawaran haji dan perlu buat medical check up. Hampir 3 kali berulang klinik, akhirnya cik timah disahkan sihat untuk menunaikan haji. So 12 Mac 2024 tarikh itu lah kolin masuk rayuan mengunakan apps Tijari.
Tempoh menunggu tu bukan lah senang ye. Memang hari-hari cek kut-kut dah dapat kelulusan untuk merayu tu.
Akhirnya 3 Mei 2024, jam 11 malam masa tu kolin kat Langkawi dengan kawan-kawan. Dapat panggilan telefon mengatakan rayuan kolin nak menunaikan haji lulus!!!! Kita ingat takut scammer, tapi real ye. Kakitangan TH dedikasi call malam tu. Terima kasih!!!
Masa tu dekat pantai cenang, tengah tunggu nak makan malam, nangis kolin dengan kawan-kawan semua. Macam tak sangka!!!
Dapat tawaran 3 Mei, tarikh akhir menjawab 5 Mei. Dan kolin masih kat langkawi tau. Nasib kolin baik pegawai TH tu sanggup tunggu kolin balik dari Langkawi ahad tu, rezeki flight sampai jam 1.00 tengahari kat klia2. Terus ke Menara TH KL ambil segala form untuk langkah seterusnya.
Rezeki sangat pasport kolin baru renew Januari 2024 tu sebab trip ke Bali. Gambar pasport pun ada kolin simpan. Bawa semua dokumen ke klinik untuk disahkan sihat untuk menunaikan haji.
Terima kasih Klinik Shafi sebab bantu kolin. Buat semua saringan dan alhamdulillah, kolin sihat!! Hari yang sama 5 Mei, Ahad kolin ke Menara Tabung Haji KL pada jam 6.00 petang. Serahkan semua dokumen dan kolin terus buat visa haji dalam phone.
Sekelip mata, rezeki Allah nak jemput, kolin dapat surat tawaran haji. Terus terang masa tu hati sebak sangat terasa. Mudahnya perjalanan, senangnya. Simpanan pun cukup, segala cukup!!!!
Masa tu kawan-kawan cakap...Allah jemput yang mahu, bukan yang mampu. Dengan berkat doa mama kolin dan niat kolin nak teman mama buat haji sama-sama dimakbulkan!!!
Kita sambung episod 2 soon okay
PERJALANAN HAJI 2024 - EPISOD 1
Alhamdulillah... rezeki yang tak terduga Allah nak bagi. Moga sis juga turut diberikan kesempatan yang sebegini dan niat tulus ini dimakbulkan Allah SWT.
ReplyDelete