HAPPY BIRTHDAY TO DEAR SELF

 Assalammualaikum semua

Terlambat betul nak update kisah yang ini. Kisah penghargaan terhadap diri sendiri, 'self love'. Wanita ni perjalanan hidup dia kebanyakkannya berkisar pengorbanan. Bila ada ruang dan masa memang penghargaan perlu buat diri. 

HAPPY BIRTHDAY TO DEAR SELF

Jujur 2024 ini membawa banyak sangat kemanisan dalam hidup seorang kolin. Macam-macam jadi dan bersyukur sangat-sangat sebab semuanya tak apa yang kolin kesali. 


Paling manis, Allah jemput kolin menemani mama menunaikan haji. Bermula 28 Mei sehingga 11 Julai 2024 selama 45 hari di Mekah membuatkan kolin terasa bertuah sangat. 

BELI TABUNG ECO SHOP RM2.40 - TIPS MUDAH MENABUNG

 Assalammualaikum korang 

Menabung ni sekarang jadi satu 'obsession' untuk kolin kalau korang nak tahu. Suka betul menyimpan tak tahu kenapa. So dalam tahun ini kolin beli tabung kat kedai RM2.40 tu dan mula masukkan duit. Tak perlu tabung mahal-mahal dan kolin tak mahu stress menabung. So tiada carta berapa yang perlu masuk. Masuk ikut hati dan perasaan. 

Sebagai contoh, kalau kolin makan pagi, tengahari tak makan kan, so duit lunch tu RM10 atau RM5 masuk tabung. Kalau rasa nak guna duit lebih, tak lah masuk tabung. Cuma setakat ni memang begitu amalan kolin. Kalau puasa, RM10 atau RM20 masuk tabung. So bajet makan sehari tu kiranya kolin masuk tabung.

Cer teka berapa jumlah dalam tabung tu :)